Spy Website org lain: Traffic, Ranking, bla bla bla
Best jugak website ni, mungkin aku telambat tau tapi boleh la spy spy org lain punya blog. tu saja je letak redmummy.com kalau letak website sendiri takde data malu la pulak.. Klik Disini Pak
Datuk Misbun bersara dari dunia kejurulatihan badminton.
Sangat mengejutkan bila tahun baru ini jurulatih perseorangan negara Datuk Misbun Haji Sidek memutuskan untuk meletak jawatan. Berikut sedutan berita dipetik dari bernama
PARIT BUNTAR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit berhubung peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek sebagai jurulatih perseorangan badminton negara.
Beliau yang terkejut dengan laporan itu berkata, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan kepadanya bahawa tidak ada alasan diberikan Misbun.
"Jadi, apabila tiada alasan kemungkinan Misbun mempunyai alasan tersendiri. Saya akan dapatkan maklumat daripada BAM, kebetulan pula Presidenya (Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh) berada di luar negara. Saya akan tunggu laporan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Ahmad Shabery diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang memetik Pengurus Besar BAM, Kenny Goh, sebagai mengesahkan Misbun meletakkan jawatan menerusi satu surat bertarikh 31 Disember yang dihantar melalui emel ke pejabat BAM.
Goh bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata beliau juga akan mendapatkan penjelasan daripada Misbun bagi mengenal pasti punca sebenar bekas jaguh badminton negara itu bertindak demikian.
"Apakah keadaan sebenar yang berlaku, apakah peletakan jawatan itu biasa atau ada perkara yang tidak kena dalam pengurusan terutama dalam program latihan yang ditentukan.
"Ini kerana saya sangat percaya apapun tindakan yang dilakukan oleh Misbun adalah berasaskan kepada kepentingan negara kerana kepentingan negara mesti diletakkan di atas segala-galanya," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan meminta Misbun menangguhkan peletakan jawatan itu, Ahmad Shabery berkata beliau perlu mendengar penjelasan kedua-dua pihak sebelum mengambil sebarang tindakan.
Bagaimanapun, Ahmad Shabery berkata pihaknya akan memastikan prestasi badminton negara tidak terjejas sekiranya Misbun tetap dengan keputusannya.
Beliau juga memberi jaminan persiapan "Road To London" juga akan diteruskan seperti biasa.
Mengenai kebimbangan beberapa pemain akan menarik diri daripada BAM berikutan tindakan Misbun, beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan itu.
Menerusi bimbingan Misbun, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan All England tahun lalu serta meraih pingat emas pada Temasya Olimpik Beijing 2008.
Misbun juga membimbing Mohd Hafiz Hashim ketika menjuarai All England pada 2003.
SUMBER : Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Comel tak kanak kanak perempuan ni. Kalau google nama dia memang lagi banyak gambar yang comel2 keluar, ramai yang mengatakan dia adalah kan...
-
Salah satu kepercayaan suku di Tibet, selepas mati tubuh sudah tidak bererti dan harus dikembalikan kepada alam semulajadi untuk mendapat l...
-
Ujian Otak Kiri Dan Otak Kanan. Setiap individu cenderung menggunakan samada otak kanan atau kiri. Ini adalah ujian ringkas untuk mengetah...
-
Kecik dulu aku kerapkali dimomokkan dengan perkataaan pengait, yang tidak jelas maksud dan samar kewujudannya.. tapi tidak pada masa itu. D...
-
Petang ni aku dikejutkan dengan ketukan di grill pintu bertalu - talu. Serentak dengan pintu gril jiran sebelah menyebelahku jugak. Bila aku...
-
Lagu cuti sekolah yang paling meninggalkan kesan paling dalam pada diriku dan adik beradik lain... Hatiku riang bersama ayah keliling kota a...
-
Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian. Kedua-dua belah otak manusia berfungsi secara bersilang yang mana otak kanan berfungsi terhadap...
-
12 : 30p.m : Kesemua anak penumpang maut- Awani 12 : 30p.m : Putin sedang berbincang kejadian nahas dengan Obama- RIA 12 : 25p.m : ...
-
Jom kita buat ujian untuk mengenalpasti anda cenderung kepada otak belah mana. Sebut satu persatu warna dalam gambar ni; Jika anda membaca ...