Osama Terbunuh - Al Fatihah

0 Membangkang
Osama dikatakan terbunuh kelmarin. Al-Fatihah buat beliau, walaupun aku tak setuju cara ekstrimis Islam yang melibatkan keganasan, tapi itu lebih baik dari kita yang duduk di sini tanpa dapat melakukan apa apa, bila Amerika dan Israel sesuka hati membunuh dan menceroboh Palestin.
Apa yang menariknya selepas disahkan oleh Obama, gambar yang diedarkan pula diragui. Gambar tersebut dikatakan gambar yang dah di superimpose kan. lihat gambar di bawah ni..


0 Membangkang
ada barang hilang pulak kat office, ni yang aku alergic ni, kalau ada barang hilang je mesti aku rasa semacam je...

bukannya apa, dulu dulu masa bujang dulu dah penah dah sekali barang hilang kat kampung, boleh aku pulak yang kena tuduh, siap dengan bukti bukti pulak tu.... letih betul la aku ceritanya maam ni..


Lepas STPM dulu aku pun pegi la merantau kerja kat bandar lain, tinggal kan keluarga sbb mmg macam tu kot kalau umur dah cecah 20 tahun, ingat nak berdikari lah.. masa tu aku duduk berhijrah ke sandakan, sewa rumah dekat rumah atas air kg Sim Sim jambatan 5, yang tak best nya duduk rumah dekat sini jamban dia pun direct je ke dalam air. pulak tu duduk berjiran dengan budak budak pompuan bujang kat sebelah rumah, bila mandi ke buang air kecil besar pun kita boleh tau.
..
Sbb tu la kalau sakit perut nak buang aku tahan je tunggu sampai ofis esok nya baru buang, itu kalau dapat tahan kalau tak dapat tahan caranya aku pegi dekat masjid daerah yang jaraknya lebih kurang 700 meter dari rumah.. buang air kat tandas dia dan terus sembahyang magrib & isyak kat situ la, tapi dalam seminggu 2 - 3 kali je.. bukan hari hari..
sbb tu la jugak bila ada kecurian kat masjid tu takde org lain yang kena tuduh, aku la suspek utama sbb budak budak masjid tu kata ada sorang budak jarang2 datang masjid, seminggu sekali je, tak campur org.. mata pulak liar liar tengok org masjid dengan barang dalam masjid.. mmg la aku tak campur dengan org masjid tapi mata tak lah liar macam yang dorang cakap tu, lagi satu bila time sembahyang aku jarang pakai kopiah, jadi selepas sujud atau ruku aku dongakkan kepala sikit, mungkin tu yang diorang kata mata aku liar tengok barang kat dalam masjid..

masa aku nak sembahyang lagi hari lain nya kat situ, dua org CID tangap aku masa nak ambik wudhu, nak bawak p balai pulak, soal punya soal, nasib baik imam besar masjid tu kenal atuk aku .. dia pun baru habis kursus 3 bulan kat tawau, dekat dengan kampung atuk aku, aku mmg tak heran kalau orang kenal atuk aku, dia mmg glamour sbb Orngnya penuh dengan sense of humor kalau berkawan...
Tu la yang buat aku fobia tu bila ada barang kecurian, tup tup disbbkan kita ada kat situ kita pulak kena tuduh, mmg la org cakap kalau tak salah tak payah takut, tapi yang au kita tak salah kita ngan tuhan je org lain semua tak tau...

Genting Strawberry Park

0 Membangkang
Sekali lagi aku ke genting, kali ni berdua je dengan wife, duduk kat Hotel Seri Malaysia yang cukup pelik servis dia. 4h 5m kat situ, hari last dalam pukul 9.00 telefon berdering, panggilan dari housekeeping dept,
" Hari ni en. last day, tak check out lagi ke? "
" belum lagi, nanti pukul 12, ni awal lagi"
"ok"..
Ini mengingatkan aku masa berkursus induksi selama sebulan di hotel ni 4 tahun dulu.. staf hotel buat inspection bilik ke bilik dan mengambil gambar lalu di tampal di notis board bg bilik yang besepah dan senarai tetamu dlm bilik tu, sudah spatutnya housekeeper dia yang kemas boleh pulak guess kena warning, bukannya tinggal free2 kat situ...

Dan masa makan tengah hari dan malam sorang pekeja hotel pantau jumlah lauk dan kekerapan makanan yang di ambil oleh peserta kursus ataupun guess hotel bagi dorang, paling tak lupa bila kena sound oleh waiter,

"ingat2 sikit org belakang, hotel ni bukan J*N duduk sorang,"

TAMAT pasal hotel,





3 tahun lepas strawberry park ni tak de lagi, ni berapa gambar yang sempat aku terambil

Kembara Johor

0 Membangkang
Aku berada di Johor sepanjang 20 hingga 28 Jun Lalu.

(Menyedari diri tak hensem, terus aku delete balik gambar ni)Singgah melalak di Neway City Plaza JB sambil mendendangkan lagu Hermantino- Yale Yale

Tak dapat habiskan dessert, aku create jadi benda pelik2..















Selama ni aku tak tau yang camera compact ni boleh setting manual walaupun aku ada nampak mode manual, bila dapat tahu je aku pun mula la bereksperiman dengan skill yang lama aku simpan konon nak buat kalau dapat dslr 42 tahun akan datang..
ni bila aku delaykan shutter jadi 20''
























Tambak Johor time tengah malam..

Toyota Alphard

0 Membangkang

Muka riak penulis yang mampu menaikkan temperature kawan kawan lain..
( penulis, penulis, dah macam baca majalah variasari )


Ke Genting hari tu naik alphard.. selamba je dia naik.. tak payah tekan race.,erk

U.p; En.Mat

0 Membangkang
Berikut disertakan beberapa keping gambar untuk separa boss, en. mat. U bekenan ok.. tak bekenan sudah




Gabungan warna coklat gelap dan susunan kotak merah/biru mencipta sensasi yang jarang2 dikecapi lebih2 lagi pada kehidupan di tengah kota















Warna gelap menjadi pilihan penulis kerana ia memberikan ketenangan dan kelegaan sakit belakang kronik.Tetapi awas kepada anda yang tidur mulut berbuih,
Dipercayai satu dari dua orang didunia memilih untuk paten meja tv sebegini, ia turut diakui oleh ipar dan menantu keempat Menteri pertanian Bolivia Darat dan kembar tak seirasnya.


Menurut kajian dilakukan oleh Licorice Extract Ltd yang berpangkalan di Kabutpaten Ambowo ke atas sekumpulan sukarelawan mendapati rekaan ala gapas sebegini mampu memberian ketenangan dalaman kepada pemilik. secara peribadi penulis mengakui merasai ketenangan luar biasa saat melangkah masuk ke dalam rumah tatkala terpandang sesuatu berwarna gelap di sudut dinding ruang tamu walaupun sesekali diganggu oleh bau najis kucing yang mengancam kesihatan buah pinggang secara kekal dan terkumpul



































Abaikan dinding yang berwarna ke pink pink ngan ini!!!! juga dilarang memperbesarkan isu ini di kalangan rakan sekerja lain. Tiada niat di hati penulis untuk mengecat dinding dengan warna sehina ini tetapi akibat tipu daya penjual cat, warna biru laut yang dicat bertukar ganas kepada warna sebegini kurang 4 jam masuk waktu mandi safar tahun lepas.









.

Program Juara Rakyat di Negeri Sembilan

0 Membangkang



Peluang bersalaman dengan MB Negeri Sembilan.. lebih kurang 4 kali bersalam sblum YB Dato' Seri perasan.




















Pemain Singa yang dianggotai oleh En. Suresh

MISTI Johor 2010 Minggu Sains dan Teknologi ICT di Persada Johor Bahru

0 Membangkang
Minggu ICT berlangsung dari 21 Jun sehingga 28 Jun ini bertempat di Persada Johor Bahru. Ada banyak aktiviti aktiviti menarik dijalankan disini dengan acara dimulakan seawal pukul 9 pagi sehingga 6 ptg.
Temui Comsonout negara Dr Faiz, Upin dan Ipin, serta ramai lagi. Aku kempen lebih2 orang lain, temui jugak kami di booth JPN no 163 untuk mendapatkan souvenir menarik dari kerajaan berupa topi nelayan, buku nota, beg kain dan kertas serta oksigen dan sedikit argentum bromida.
Johor Bahru ke, Bharu ke ataupun Baharu, aku keliru sejak dari penggal kedua darjah tiga dulu lagi sampai sekarang, kenapa tak eja baru je macam Kg Baru, ataupun Kg Malaysia Baru dekat Sri Petaling? anda tanya sendiri Dr Faiz di sini, bahru/baharu/bahru/barulah anda tahu!!!

Badminton Persahabatan KDN dan JPN (bukan laporan rasmi)

0 Membangkang
Pada hari minggu yang lalu, saya dan beberapa orang rakan terlibat dengan aktiviti yang menyihatkan di mana satu pertandingan persahabatan antara JPN Putrajaya dan KDN VVIP diadakan. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan JPN dan KDN selain menggalakkan kakitangan awam membuat aktiviti berfaedah di hujung minggu contohnya beriadah dan bermain badminton bersama majikan..


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato Seri Mahmood bin Adam tiba lebih kurang pada pukul 10.45 pagi seperti yang dijadualkan dengan disambut oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negera (selepas ini disebut sebagai KPPN), Dato Alwi Ibrahim dan urusetia JPN serta para VIP KDN lain yang tiba lebih awal.

Ditemani isteri, Dato Seri KSU meluangkan masa untuk memenuhi aktiviti yang dirancang JPN dengan penuh komitmen dan semangat kesukanan walaupun diketahui ruang dan peluang beliau terhad dek tuntutan kerja dan tanggungjawab.

Selepas sessi bergambar lebih kurang perlawanan dimulakan dengan Dato Seri KSU dan partner En Liew berbaju kuning dengan sticker 1Malaysia dipercayai pegawai dari JPAM menentang KPPN dan En Lee, seorang Pengarah salah satu bahagian di JPN. Perlawanan pertama berlangsung sengit dan meriah, penuh dengan jeritan sokongan dan kata kata semangat dari penonton kedua dua pihak dengan satu laungan yang paling diingati adalah " Dato' !!, Kembalikan zaman kegemilangan tu Dato" beberapa kali dengan pelat semacam dan kadang kadang kepayahan pelaung menyebut perkataan kegemilangan menjadi ' kegegemilannngan' hampir setiap kali cubaan laungan.. sungguh mengganggu tapi menceriakan.. Walaubagaimanapun perlawanan ini dimenangi straight game oleh Dato Seri dan partner dengan KPPN dan partner dilihat menyaingi rapat lebih lebih lagi di pusingan kedua.

Seterusnya barulah perlawanan lain antara KDN dan JPN dibuat serentak 4 perlawanan sekaligus dengan keputusan memihak kepada KDN 3-2 sesuai dengan status mereka
sebagai majikan. Penulis berpeluang bermain di perlawanan ke 7 dengan JPN dilihat menurunkan pemain pemain muda sekitar lewat 20-an dan awal 30-an. Namun tetap mendapat saingan sengit dari KDN dengan penulis sendiri diheret sehingga ke perlawanan penentuan walaupun melawan Tuan Haji dan Tuan 'sesuatu'(nama) yang sudah tentu berpangkat tinggi dan berusia hampir 60. malahan pemain JPN Khairil dan Dari sendiri kalah dengan Pemain dari KDN walaupun mereka lebih berusia.. jangan lihat dari usia tapi nilai dari pengalaman mereka, itulah kata yang kerap didodoikan sepanjang perlawanan, mujur penulis menang kalau tak dah tentu menanggung malu selama hampir 4 hari dan tak direncanakan di dalam blog.

Selepas siri beberapa lagi perlawanan yang tidak dijadualkan (untuk memenuhi slot satu jam sehingga tamat waktu sewaan dewan) barulah acara penyampaian cenderahati dilakukan dengan pemain pemain rasmi lima perlawanan mendapat goody bag dari JPN. Penulis cuba untuk memujuk urusetia dgn banyakkan bertanya " baju ada lagi tak?" beberapa kali namun urusetia tetap tidak berganjak dgn keputusan penulis tak layak dapat baju, walaupun ada kalanya penulis hampir menggesel-gesel beberapa urusetia dalam usaha merayu dan memesongkan fokus mereka.

Selepas itu majlis diteruskan dengan jamuan tengahari (Mirazy Catering). namun penulis dan beberapa kawan lain meneruskan perlawanan menentang sesama sendiri atas dasar tidak mahu membazirkan wang yang dibelanjakan untuk menyewa dewan yang ada lebih kurang setengah jam lagi berakhir, keputusannya penulis menang straight set. Hebat sungguh penulis!!

Selepas itu penulis dan rakan-rakan di Psycho oleh urusetia dengan lalu lalang sambil mengangkut peralatan seperti PA System, Kerusi Meja dan Projector di tepi gelanggang. Penulis cair dgn merelakan diri mengangkat beberapa item yang boleh tahan berat dan mengujakan.
Malahan agak melampau bila penulis dilihat naik sehingga ke belakang truck untuk mengikat peralatan yang dibawa untuk mengelakkan dari jatuh dan merugikan kerajaan persekutuan. Sambil dalam hati penulis, lagi tinggi aku naik lagi la boss perasan. Namun usaha penulis sia-sia kerana tetap jugak tidak diberi baju cenderahati oleh urusetia namun bersyukur kerana dijemput makan.. Untung dapat merasa makanan yang disediakan untuk VVIP sebuah Kementerian Kerajaan kerana menunya tentulah berbeza dari menu kenduri kahwin di kampung ataupun jamuan raya ke empat oleh jiran sebelah menyebelah.

Selepas makan lebih kurang, kerana Mirazy Catering yang dah susun sebelum penulis habis makan, penulis pun balik ke rumah kerana ada urusan lebih penting iaitu membahagiakan isteri dan ipar duai..

View dr ofis

0 Membangkang
Jambatan dan Masjid Putra, tak nampak sangat sbb jerebu.. susah2 sangat nanti aku zoom.

Jambatan ni famous dulu2 org buat shooting scene, smbilu, filem hindustan pun ada..







Bangunan baru, tak bukak lagi, pas ni snang la time semayang jumaat dak pompuan boleh p shooping, kdg2 tengahari jumaat aku pun boleh la jd budak pompuan.
Masjid Putrajaya, yang kat atas tu dipanggil Masjid Putra.. jangan keliru pulak.. juga di panggil masjid besi sbb strukturnya 90 % besi.. dekat je ngan ofis, jalan kaki tak sampai 219 langkah, tapi panas sikit kat putrajaya ni, kalau kat kampung jalan kaki 2 -3 batu aku ikut shortcut, bypass ladang kelapa sawit je, tak panas.. sini dekat2 mcm ni pun naik moto/keta.. bulan lepas ada sorang budak jpn cair separuh badan masa nak pegi semayang jumaat, jenazahnya di buang ke dalam tasik di belakang tu, selebihnya bg makan ayam.. Gerun aku dengar..




Belakang masjid ni, tasik buatan . belakang lagi bukit bukau, belakang lagi langit pertama..




Staff Pos yang Kurang Ajar

0 Membangkang
Aku baru balik dari pejabat pos tadi. Sebelum ni aku cuma dengar khabar je kakitangan pos malaysia yang kurang ajar dan takde sopan. Hari ni baru dapat aku konfirmkan.. 
Ye, Sah. Orang Pos memang kurang ajar. 
aku datang situ bukan mintak tolong suka suka, dah la kena bayar RM44. Kena layan macam tu pulak oleh org pos. Tak tau la masa mintak kerja dulu dia fikir apa, macam kena paksa kerja je. 
Takde kerja mintak. Dah dapat kerja tekanan pulak.

Popular Posts