Panas betul aku semalam. Apa pun permainan Singapura lebih berkualiti (tolak belakon pura2 nazak tengah padang). Kita kena belajar sebahagian taktik Singapura kalau nak main lebih bagus. Hantaran jauh yang dibuat oleh pemain singapore lebih tepat. Manakala hantaran jauh pemain kita masih banyak kekurangan. Ahmad fakri misalnya nak bola dihantar tepat ke kaki dia. kalau nak kejar tunggu tahun depan la.
Sharbinee pun satu lagi, goal kick gila -gila jauh, tapi sia sia dapat kat kaki defend lawan. buat apa, ptuih.. tengok gol tunggal singapura.. goal kick tepat ke mamat tua tu, tanduk ke china buncit tu tinggal tolak masuk je. GOL.
nak buat counter attack, nak atur stategi, even nak score gol pun pentingkan hantaran jauh yang tepat, kalau tak mimpi la nak jadi gergasi bola sepak.
Masa sekolah dulu, walaupun main cuma untuk sekolah tapi jurulatih cikai aku pun ada tekan kan. JANGAN BUANG BOLA TAK TENTU PASAL. Maknanya kalau tak terdesak tak payah la buang bole keluar padang, dah tentu tentu lawan dapat lontaran masuk. Dia la yang pegang bola..
Sama jugak kalau defend nak buang bola, main rembat je ke atas, dapat kat defend lawan buat apa.. senang senang je dia atur balik serangan. tak payah nak rebut bola, dekat2 gol malaysia defend malaysia akan sepak balik ke tempat lawan.. cuba pegang bola tu, passing sesama sendiri.
kalau coach sekolah pun boleh fikir aku rasa banyak lagi datuk jurulatih patut diberi.
aku cuma kenal dua tiga orang je pemain malaysia, Safee, Khairul Fahmee, Muslim, Mahali, Gunalan, Norshahrul Idlan.. yang lain main lebih kurang je..
bukan apa.. gaji pemain dibayar atas peruntukan kerajaan, pendapatan kerajaan pula melalui cukai2. Pendek kata dari pada duit kita yang menonton dan tak tonton ni. Kalau boleh biarlah pemain yang betul2 menghargai posisi mereka sebagai pemain negara yang menerima gaji dari duit rakyat Malaysia.. bukan sebab diorang hebat, bukan sebab orang lain tak cukup hebat.
Aku tetap sokong Harimau Malaya, penyokong lain jangan lah sampai mencarut dan menghina peribadi pemain. Cukup skill permainan. Dan Team Negara pun kena terima pendapat penyokong.. oklah kalau ada orang nak ambil tahu, ikut perkembangan..
Lagi 10 Imej menarik yang dicapture Google Earth
Ni pun bestu jugak. Peminat Oprah, pada tahun 2004 telah mengukir/membuat apa benda nak sebut, kata menganyam macam tak sesuai la pulak, korang letak lah word yang sesuai. Dia buat kat ladang jagung dia sendiri atas penghargaan kepada Celebrity wanita terkenal kat amerika ni. Adalah sikit muka Oprah, tapi yang heran macam mana dia pantau lukisan dia dari mula, payah jugak sbb pandangan ni jauh dari atas udara. Org kalau dah expert macam nilah. Kacang je dia buat.
Ni pun tak kurang jugak bestnya. Ada pulak jet pejuang kat tempat letak kereta. Gambar ni diambil berdekatan Paris. Ada orang kata ni Model Skala penuh Mirage 2000 dekat kampus Universiti Paris. manakala pendapat lain menyatakan bahawa ia adalah Mirage lama yang berpusat di pejabat Systeme Dassault.
Atlantis Found? Gambar ni diambil diluar pantai Afrika. Grid tu macam struktur jalan yang teratur, macam bandar moden, Saiz grid ni sebesar Wales. Besar tu.
Tasik merah darah di Iraq telah membawa kepada khabar angin yang menakutkan bahawa ia telah disebabkan oleh rumah sembelih yang berdekatan. (bukan sembelih unta, tapi sembelih orang) Tapi skeptik pulak cakap mungkin pencemaran air pada kumbahan yang menyebabkan air tu tukar kaler, atas alasan ketidak seimbangan kimia.
Jassim SS feri Bolivia kargo yang terkandas dan tenggelam pada Reef Wingate di luar pantai Sudan pada tahun 2003. Bila dah tau info rasa macam dah tak amazing pulak.. takpelah
Pada tahun 2006, Oregon State University Linux Users mereka bentuk logo Firefox gergasi di ladang jagung di Oregon. Bulatan tanaman yang besar menjangkau 45000 kaki persegi dan telah dicipta pada sambutan 50 juta pelayar muat turun Web. Bepeluh ketiak diorang dengar ceritanya. Nice Work!
Ok ini translatenya.
Tidak hairanlah pulau berbentuk hati yang ditemui di Google Earth menjadi hit besar di hari Valentine. Ia terletak di Adriatic di luar pantai Croatia dan kini tidak didiami. Ia adalah 130,000 kilometer persegi dan telah dinamakan Galesnjak. Pemilik pulau itu tidak pun sedar bentuknya sehingga dia telah dibanjiri dengan permintaan dari pasangan romantis yang ingin menyewa pulau!
Pemilik pulau tu yang tak tahan. Pulau pun ada pemilik, ni mesti orang kaya gila babas ni
Korang nampak tak bentuk Santa claus tu.. bahagian kepala macam real semulajadi, tapi kaki perfect pulak.
Ni kat Finland. tinggi santa ni dalam 36 batu.. memang tak logik kalau ada orang buat. takde faedah.. so aku terima je la semulajadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Comel tak kanak kanak perempuan ni. Kalau google nama dia memang lagi banyak gambar yang comel2 keluar, ramai yang mengatakan dia adalah kan...
-
Salah satu kepercayaan suku di Tibet, selepas mati tubuh sudah tidak bererti dan harus dikembalikan kepada alam semulajadi untuk mendapat l...
-
Ujian Otak Kiri Dan Otak Kanan. Setiap individu cenderung menggunakan samada otak kanan atau kiri. Ini adalah ujian ringkas untuk mengetah...
-
Kecik dulu aku kerapkali dimomokkan dengan perkataaan pengait, yang tidak jelas maksud dan samar kewujudannya.. tapi tidak pada masa itu. D...
-
Petang ni aku dikejutkan dengan ketukan di grill pintu bertalu - talu. Serentak dengan pintu gril jiran sebelah menyebelahku jugak. Bila aku...
-
Lagu cuti sekolah yang paling meninggalkan kesan paling dalam pada diriku dan adik beradik lain... Hatiku riang bersama ayah keliling kota a...
-
Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian. Kedua-dua belah otak manusia berfungsi secara bersilang yang mana otak kanan berfungsi terhadap...
-
12 : 30p.m : Kesemua anak penumpang maut- Awani 12 : 30p.m : Putin sedang berbincang kejadian nahas dengan Obama- RIA 12 : 25p.m : ...
-
Jom kita buat ujian untuk mengenalpasti anda cenderung kepada otak belah mana. Sebut satu persatu warna dalam gambar ni; Jika anda membaca ...