Compose lagu..
Donut Kulit Telur
Mesti makcik tu ingat aku kondem donut dia, nak buat camna ko buat kuih cincai2, pastu jual
Buat Wallpaper guna Photoshop Cs2

Selepas2tu aku buat lain pulak

Brushes test, sebelum digunakan melukis, tapi bila dah banyak kali tindih, nampak ada charcter pulak.
Mengabadikan kekiutan wife sendiri dalam Photoshop..
Baby & its baby
Baby, dia ingat time ni dia comel, dia cuba melupakan time dia kena hambat pakai sangkutan baju warna oren tempo hari
Kun, berfikir tentang kejadian kucing dan tanggungjawab mereka terhadap pencipta
Nampak tenang, sebenarnya Kun baru diherdik isteri penulis atas kelantangannya yang kuat mempercayai yang kucing juga punya hak untuk bersuara dan perlunya masa tidur yang berkualiti.
Ini Com, bosan mendengar karenah artis artis tempatan yang lebih banyak menjual cerita peribadi daripada kualiti persembahan mereka. Tanpa merujuk pada mana mana artis terlibat dia berharap akan adanya sinar muncul mengembalikan kegemilangan muzik tanahair seperti di sekitar tahun 60an. begitu harapan si kecil molek ini yang juga meminati lagu Jong jong Inai dan Bunga Melur
Com lagi, masa ni com sangat merindui alam rahim, syahdu bila mengenangkan com membongkok berbentuk C pepet sambil berkongsi ruang bersama adik beradik yang lain. Sayang sejurus selepas gambar ini diambil, com cedera selepas tengah belakang disiram air panas dipercayai dilakukan oleh penulis sendiri selepas dia gagal menjawab pertanyaan tuannya "mana remote astro?"
Com cuba menilai penulis, dia tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya terhadap kekurangan bekalan makanan di sesetengah negara dunia ketiga dan rancangannya untuk memungut dana yang hampir pasti gagal dilaksanakan
This is Tina. Tina adalah terjemahan Com dalam bentuk positif dan optimistik, dia percaya yang bumi berbentuk bulat juga Alexender The Great dan Iskandar Zulkarnain dua individu berbeza tapi pernah tinggal di asrama lelaki yang sama, walaupun dibantah oleh kebanyakan kucing hatta dari ibu kandung dan bapa mertua ibunya
Berpandangan Jauh. Tina berkira kira untuk menubuhkan
Tidak seperti rupanya yang hina dan serupa makhluk sumpahan Neraka Jahim, Smeagol petah pada tutur bicaranya.. berpegang kuat kepada prinsip jus Soli dan tidak tunduk kepada tekanan
GAMBAR:Smeagol menyuarakan kebimbangannya tentang pemanasan global dan kesan terhadap industri kelapa sawit dunia...
Mengenang mukanya yang seperti setompok taik separa kering dan masih hangat, terkadang Smeagol merasa kekurangan dirinya menghalangnya untuk pergi jauh lagi ke peringkat antarabangsa dalam mengejar cita2nya muncul sebagai pemidato terbaik pada Pidato Piala Diraja German, di Karachi Oktober depan.
Popular Posts
-
Kecik dulu aku kerapkali dimomokkan dengan perkataaan pengait, yang tidak jelas maksud dan samar kewujudannya.. tapi tidak pada masa itu. D...
-
German di Berlin (ANTARA News)- Sebuat syarikat di German telah memecat seorang pekerjanya hanya kerana dia didapati mencuri elektrik ber ni...
-
"Syarikat penerbangan Malaysia mengadakan penerbangan dari Amsterdam - Kuala Lumpur berjarak 50 batu sebelum memasuki ruang udara Rusia...
-
KENYATAAN AKHBAR PRESS RELEASE PARTI KEADILAN RAKYAT Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disipli...
-
12 : 30p.m : Kesemua anak penumpang maut- Awani 12 : 30p.m : Putin sedang berbincang kejadian nahas dengan Obama- RIA 12 : 25p.m : ...
-
Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian. Kedua-dua belah otak manusia berfungsi secara bersilang yang mana otak kanan berfungsi terhadap...
-
Sebuah pesawat penumpang kepunyaan TransAsia Airways yang berpangkalan di Taiwan terhempas dan terbakar di Lapangan Terbang Penghu Taiwan. ...
-
Sedih berbaur kasihan melihat gambar ini. Entah apa sebabnya si ibu dibunuh dengan kejam yang turut mengorbankan sang bayi. Apa daya seorang...