0 Membangkang









Tan Sri Khalid Ibrahim Dipecat dari PKR, kekal Menteri Besar Selangor sebagai Adun Bebas

0 Membangkang
KENYATAAN AKHBAR
PRESS RELEASE

PARTI KEADILAN RAKYAT

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor).
Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:

o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;

o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT

9 OGOS 2014

Lagi Pesawat Komersil Terhempas

0 Membangkang
Sebuah pesawat penumpang kepunyaan TransAsia Airways yang berpangkalan di Taiwan  terhempas dan terbakar di Lapangan Terbang Penghu Taiwan. Pihak berkuasa Taiwan berkata pesawat itu terpaksa membuat satu pendaratan cemas di Bandar Penghu yang juga dikenali sebagai Pescadores.

Seramai 47 orang terbunuh manakala 11 lagi cedera dan telah dihantar ke hospital. Media tempatan melaporkan Jjuruterbang berhadapan dengan detik cemas pendaratan dalam kawasan taufan membadai.

"Taufan sedang berlaku semasa kapal terbang tersebut mendarat," menurutHsi Wen-guang, jurucakap Bomba Penghu sebagaimana dipetik Reuters. 

Penerbangan GE222 dijadualkan berlepas dari Kaohsiung pada 4 pm menuju ke Lapangan Terbang Magong tetapi penerbangan ditunda sehingga 5:42 pm kerana taufan tersebut.. GE222 terputus hubungan dengan menara kawalan ketika berada 300 kaki di atas daratan menurut Agensi Berita Pusat Taiwan.

Gambar Mayat Penumpang MH17 bergelimpangan

0 Membangkang

12 : 30p.m : Kesemua anak penumpang maut- Awani

12 : 30p.m : Putin sedang berbincang kejadian nahas dengan Obama- RIA

12 : 25p.m : Obama arah pegawai kanan AS berhubung rapat dengan pegawai-pegawai Ukraine mengenai pesawat dijatuhkan- Reuters

12 : 20p.m : Pegawai Kementerian Kecemasan berkata serpihan kapal berselerak di sekitar sehingga 15 km dari tapak kemalangan, sekurang-kurangnya 100 mayat kelihatan- Reuters

12 : 15p.m : Perdana Menteri Ukraine, Areseny Yatseniuk arah siasatan segera terhadap nahas." - NST

12 : 07p.m : Perdana Menteri, DS Najib - "Saya terkejut dengan laporan kapal terbang MH terhempas. Kami sedang melancarkan penyisiatan segera." - Twitter

12 : 04p.m : Kawasan berkenaan terlibat dengan peperangan antara pasukan Ukrain dan pemisah Rusia - AP

11 : 57p.m : 280 penumpang, 15 krew tidak terselamat :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters

11 : 50p.m : Misil dilepaskan oleh puak pemisah :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters

11 : 47p.m : MAS mengesahkan hilang komunikasi dengan pesawat
11 : 45p.m : AP melaporkan kapal terbang ditempak misil pada ketinggian 33,000 kaki


sumber : siakapkeli

Pesawat Mas MH17 ditembak jatuh di Ukraine

0 Membangkang
"Syarikat penerbangan Malaysia mengadakan penerbangan dari Amsterdam - Kuala Lumpur berjarak 50 batu sebelum memasuki ruang udara Rusia, mula terbang rendah, dan kemudiannya ditemui terbakar di atas tanah di Ukraine," kata sumber, sambil menambah bahawa 280 penumpang dan 15 anak kapal berada di atas kapal.

 Pakar tentera Dmitry Tymchuk berkata pesawat Malaysia Airlines itu terhempas di utara Torez di rantau Donetsk, menurut wartawan Ukraine Myroslava. Kawasan ini dikawal oleh puak pemisah pro-Rusia yang sedang menentang tentera Ukraine.

 Pada 8 Julai, Pentadbiran Penerbangan Ukraine menutup ruang udara kepada pesawat awam selepas sebuah pesawat pengangkut tentera ditembak jatuh. Pesawat itu dilaporkan menyeberangi sempadan Rusia pada kira-kira 09:30 EDT.



Popular Posts