Ujian Otak Kiri dan Kanan melalui pembacaan

1 Membangkang
Jom kita buat ujian untuk mengenalpasti anda cenderung kepada otak belah mana. Sebut satu persatu warna dalam gambar ni;

Jika anda membaca tulisan = Otak Kiri
Jika anda menyebut warna = Otak Kanan

Untuk mengetahui fungsi otak kanan dan kiri ada saya postkan sebelum ni. >>Perbezaan Otak kiri dan kanan.<<
Anda juga boleh mencuba satu lagi ujian otak kanan dan kiri dalam post sebelum ni.

Wanita Ini Menjadi Tua Dalam Tempoh Hanya Lima Tahun

0 Membangkang
 Perubahan wajah seorang wanita Vietnam yang menjadi tua dalam masa lima tahun kini membingungkan para doktor di negara itu.
Lima tahun lalu umur Nguyen Thi Phuong ialah 21 tahun dan wajahnya cantik mencerminkan rupa paras seorang gadis di umur itu.
Namun, kini umurnya 26 tahun tetapi wajahnya umpamanya wanita yang sudah berusia lebih daripada 70 tahun.
Kulit muka, dada dan perutnya kendur.
“Kulit perut saya berlipat umpama seorang wanita yang bersalin sedangkan saya belum pun mempunyai anak,” katanya.
Bagaimanapun, kitaran haid dan jumlah gigi, rambut serta pemikirannya masih seperti wanita muda.
Katanya, perubahan terhadap dirinya bermula selepas dia menjamah makanan laut pada tahun 2008.
Mungkin disebabkan alergik, dia mengalami gatal-gatal di seluruh badan.
Mulanya Nguyen memakan ubatan hospital yang menghilangkan rasa gatal tetapi meninggalkan parut gatal.
“Kemudian saya beralih kepada ubat tradisional, rasa gatal dan parut itu hilang namun kulit saya pula yang mula kendur dan berlipat,” katanya.
Beliau dan suaminya tidak ingat ubat tradisional apakah atau di mana ia dibeli.
Suaminya, Thanh Tuyen mempertahankan versi cerita isterinya itu dan setia bersama Nguyen walaupun wanita itu sudah kehilangan keremajaan wajahnya.
Wanita itu bagaamanapun bernasib baik apabila menerima rawatan percuma dari Hospital Universiti Ho Chi Minh yang mana para doktornya mengesyaki dia mungkin mengalami masalah kulit peringkat serius yang dinamakan mastocytosis.
Daripada diagnosa yang dibuat, doktor yakin antara 50 hingga 70 peratus keadaan kulitnya yang asal mungkin dapat dikembalikan.

Legoland Malaysia - Legoland yang pertama di Asia

0 Membangkang
Mungkin ramai yang dah tahu Legoland Park. kat dunia ni cuma ada lima sahaja, ianya terletak masing masing dua di  Amerika  (Legoland Florida dan  Legoland California), Denmark (  Legoland Billund ), England ( Legoland Windsor ) dan German ( Legoland Deutschland).

Malaysia adalah negara ke lima yang menempatkan Theme Park ini, dan merupakan lokasi pertama di Asia. Lebih tepat lagi lokasi yang dipilih adalah Iskandar,Nusa Jaya, Johor dengan keluasan seluas 511,000 batu persegi seterusnya menjadikan ia sebagai Legoland Park terbesar di dunia. Terdapat lebih 40 permainan interaktif (konfem roller coaster berjenis2).  Dekat dengan Singapore, bijak jugak idea ni, ye la Genting tu pun kalau dah time cuti sekolah dipenuhi dengan pelancong Singapore . Kalau dah duduk dekat cam ni lagi lah senang diorang nak meriahkan taman cam ni. 

di MALAYSIA punye Legoland.
di PHILIPPINES punye Resorts World Manila, dan selepas ni ada PAGCOR yang nanti punye menara terbesar di ASEAN
di SINGAPORE dah punye UNIVERSAL STUDIOS
di INDONESIA punye theme park terbesar dunia, Trans Studio Bandung Maju terus Asean!! (Sajer je aku capture comment dari Youtube) 
Taman ni akan dibuka pada 2012, maknanya tahun ni jugak. Sama sama lah kita meriahkan. Tapi kalau dah dekat dengan Singapore takut belanja mahal je nanti. Hujung2 aku pegi anak beranak main air kat presint 9 Putrajaya :)

Oh ya bagi sesiapa yang berminat like la fan page diorang ni




Astral Projection ku yang hampeh

4 Membangkang
Berhubung Astral projection ku yang pertama, sebenarnya aku mula skeptik dan pesimis pengalaman tu adalah real  AP. Satu yang aku musykil bilik bebudak yang tengah borak dalam AP aku tu cuma bersebelah dengan port tidur aku. So tak mustahil aku dapat dengar suara mereka dan match kan suara tu dengan watak2 dalam AP aku. Lagi pun ofismate, daripada suara memang dah terbayang dah muka. Tak mustahil tu cuma mimpi. 

Yang kedua aku tak terfikir nak ingat baju diorang pakai hari tu, tapi nampak lain dari yang sebenar. Dan yang ketiga aku perasan ada monitor putih atas meja kawan aku, sedangkan set komputer semua dah warna hitam dah sekarang ni. Itu point2 yang menidakkan astral ni..

Tak pe lah kalau bukan AP pun inilah dinamakan Lucid Dream. Kebolehan mengawal diri dan fikiran dalam mimpi. Aku terbang saat tu. Ciri ciri Lucid Dream jugak tu.

Pengalaman Astral Projection aku

4 Membangkang
Semalam selepas beberapa kali berlatih untuk membuat astral projection, akhirnya membuahkan 'hasil'.

Teknik memanjat tali tak boleh jalan, sbb otak logic ku sentiasa berfikir. Kemudiannya lagi aku try fokus kepada cakra jantung dan solar plexus. pun tak boleh.

(Sebenarnya aku tak suka kaitkan cakra dengan spriritual. Cakra tu bahasa sanskrit sebab meditasi yang berkembang banyak pada hari ini adalah dari cabang hindu. Ramai tak tau meditasi ni jugak diamal oleh banyak bangsa dan budaya. Nusantara pun boleh tahan, cuba google tengok frasa meraga sukma. Ini semua meditasi jugak, budak2 silat yang bertapa behari hari tu pun jenis2 meditasi jugak. Pekataaan meditasi ni pun aku tak suka pakai sebenarnya. Boleh kata bertafakur kalau dalam bahasa melayu tapi kan selalu tafakur tu diisi dengan zikrullah dan membesarkan Allah jadi kalau nak gantikan dengan tafakur nampak tak sesuai pulak.)panjang gila ayat dalam kurungan cam ni mak ai.

Astral projection ni aku buat kat ofis je time rehat pukul 1pm. Berhari hari  buat tak pernah serius, cuma sekadar mencuba. Dah terbaring kat port tidur tu, terfikir la pulak untuk mencuba. Tapi tak pernah so serius untuk fokus atau berharap ia terjadi, selalunya terus tertidur, dan bangun tanpa rasa kecewa sbb tak jadi, kalau tak dapat tidur itu aku frust.

Nak dijadikan cerita, lagi 20 minit nak ke pukul satu aku terjaga dan macam biasa kena sleep paralysis, tapi kali ni aku tak gabra lagi dah macam yang sebelum ni beribu2 kali kena sleep paralysis. Aku biarkan diri dalam keadaan lumpuh sedar tu. Fokus ke tak semena mena ke pintu bilik port aku tidur tu, Dalam kurang dari 15 saat aku dalam tubuh astral ku berjaya keluar dari bilik tu menuju ku bilik sebelah yang di diami oleh staff lain. Aku boleh lihat diorang berbual sambil begelak ketawa, ye la time rehat. Kemudian aku teruskan ke partition lain tempat kawan kawan aku duduk, semua kosong agakny a sebab diorang keluar makan. Dalam tengah melayang layang dengan tubuh astral tu aku rasa tiba tiba disedut oleh seseorang pegawai yang boleh nampak pulak aku, dia sergah buat apa ngintai orang ni, sambil pegang kaki kanan aku..

Aku tak le gabra sangant kerana pegawai ni bukan direct pegawai atasan aku kalau dalam realiti, tapi aku pelik kan ini astral projection, tak patut dia boleh nampak aku. Rimas tak boleh bergerak ke mana2 aku terus niatkan balik ke tubuh asal yang tengah terbaring di port tidur tu, Bila bangun aku rasa puas dan tegelak sorang2, rasa mcm tak percaya benda tak logik  boleh jadi.

Nanti aku huraikan alasan skeptik pasal ni

Menaip dan dibayar

0 Membangkang
Ntah apa punya tajuk ntah. Bab2 seo ni aku mmg fail. Tak apa la, blog ni pun lebih kepada diari peribadi daripada blog. Bukan tak nak kongsi tapi mmg tak menarik langsung untuk dibaca, traffic boleh dikatakan tak sampai 10 dalam tempoh setahun. 

Kecewa betul bunyinya tu.. Dah. terus ke point:

Baru baru ini saya telah dijemput oleh seorang kwn yang tidak dikenali melalui email. Kawan sy itu telah memberikan saya satu link yang sangat bermakna kepada saya iaitu pendaftaran ke satu program yang membayar kepada user yang menaip captha imej yang diberi. Banyak nya yang.

WWW.megatypers.com - Sangat memenuhi kehendak memandangkan kemampuan touch typing yang aku miliki (segmen riak). So payah sangat nak buat duit melalui adsense, clickbank, amazon etc, apa kata aku cuba  ini je. lagi pun dah dapat kumpul $1 pertama.

so for those yang laju menaip aku sarankan daftar la, jgn siasiakan bakat anda tu, tengok keliling brapa ramai orang yang boleh touch typing, tak ramaikan so jangan sia siakan.

kalau register jangan lupa referral code ni: RP6 atau RP8 sebagai menghargai aku punya jasa mengenalkan ini pada korang( setahun ada 10 org lawat blog, kalau dah 12 tahun ramai jugak org baca ni, lumayan, kalau 31 tahun.. fuyooo) 

Popular Posts