Tolak Bala pulak

0 Membangkang
Bukan tolak bala subramaniam!!

cakap pasal tolak bala baru aku teringat sesetengah kampung masa aku kecik2 dulu ada satu jenis menadah tangan ni ketika kenduri doa selamat. Masa imam baca doa yang lain menadah tangan macam biasa sambil sebut amin, diikuti dengan tunduk mengangguk2 buat sesetengah orang yang tak berapa waras macam pacik ahau..
Tapi ada satu part dalam bacaan doa tu imam akan menerbalikkan tangannya sambil digoyangkan sedikit ke atas dan bawah, org kata time tu maksud doa tu adalah mohon untuk dijauhi bala dan perkara buruk.
Lojiknya lagi, kalau dah maksud doa tu mohon untuk menhindari bala sepatutnya masih perlu diaminkan dan menadah tangan kerana memang itu yang kita pohonkan. eh serabut2.. aku pun tak berapa nak paham diorng ni

Tarian Poco Poco Diharamkan

0 Membangkang

Poco-poco diharamkan. Apa reaksi makcik-makcik kita agaknya. Kat bawah adalah salinan surat dari mufti Perak.



Dapat dilihat jelas di atas alasan poco poco diharamkan adalah kerana mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama lain, dan juga bercirikan agama kristian.. Melalui sumber yang aku baca dan survey lagi kononnya poco poco ni berasal dari satu tempat di filipina
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib [...]

itu sebahagian,

apa pun dah diwartakan haram jangan lah kita memandai mandai pulak lebih ariff dari pada mufti, bergantung pada niat la apa la.. ikut je, kalau nak excersize jugak buat lah tarian lain.. bukan apa nanti bising lagi negara jiran kesayangan kau tu kata kita tiru tarian bangang dia..




Maero Attack!!!

0 Membangkang
Boringnya, ada astro tapi tak tau nak tengok cerita apa.. tiba tiba teringat cerita jepun masa kecik kecik

Cerita yang best aku masih ingat antaranya..


1. Ninja (sasuka)
Gila payah nak carik tinggalan jejak2 dia kat internet. Sbb tak tau tajuk. tapi Drama ninja ni dulu mmg femes. Fenomena satu Malaysia, Hero heroin dia Sasuka, Yen (Rambut Panjang), sorang lagi lelaki gemuk bawak kayu. Kemudian nya drama  ni diharamkan kerana kononnya menyebabkan kanak kanak dan remaja terikut2 senjata dan teknik dia. yg femes adalah bintang ninja, dulu dulu yang buat dari tutup tin biskut pun ada. Kemuncak nya sorang remaja mati sbb tiru aksi ninja ni..


2. Maero Attack ( Summer sault)
Ini lagi satu crita jepun yang famous. Heroin dia nama Cun. tak payah citer ni semua org tau..







3.Gaban

Cerita pasal polis angkasa 







4. Satria Perkasa Hitam (Surya Baja Hitam)

aku kurang sikit cerita ni sbb kawan kawan aku yn minat ni tak suka gaban, jadi sebagai org kuat gaban aku pun otomatik tak tengok sangat citer ni..




5 .Kickers
Hero dia Kakeiru.. Best jugak crita dia, tapi ada kelas tambahan sbb nak ambil upsr, jadi banyak yang miss




6.Blue Blink

Rasanya tak ramai tengok crita ni, tapi lebih kurang macam alice in wonderland, harry porter, dan saga artakusiad tulisan Sasterawan Negara Ahmad Patria Abdullah. Aku minat crita ni sbb banyak kisahnya yang aku dgn arwah adik aku selalu bualkan.. sekarang kalau aku sebut citer ni depan kawan kawan konfirm sorang pun tak penah tengok..



citer gaduh gaduh lain dari gaban aku mmg tak layan, mungkin sbb faktor umur kot, jadi takde lah kalau nak tengok flashman, maskman, power ranger, dragon ball, semua tu.. cuma kadang kadang aku tengok jugak sailor moon sbb aku suka tengok time dia betukar. kui kui

Respon tak logik dalam lakonan

1 Membangkang
Ikutkan aku bukan suka tengok pun cerita dari seberang sbb provokasi yang dimainkan oleh rakyatnya pada kita di Malaysia, diorang yang datang merompak di Malaysia kita pula di tuduh maling. Tapi itu cerita lain

Masa mak mertua aku ada di sini lebih kurang dalam tempoh waktu sebulan dia suka tengok cerita 'Kejora dan Bintang' yang main di Channel 104 Astro, tengok ramai ramai temasuklah aku dan bini aku. Jadi bila dia dah balik Sabah, bini aku pun teruskan amalan murni ni mungkin untuk mengetahui ending dia je.


Aku perasan banyak benda tak logik berlaku dalam lakonan. Terutamanya drama melayu, tapi itu orang lain pun perasan so aku tak cakap pasal logik tak logik aksi tu tapi respon kepada sesuatu scene. Banyak betul benda yang aku tak puas hati tapi rupa rupanya aku sorang je yang perasan sedangkan orang lain termasuk isteri sendiri adik beradik dan rakan taulan yang bersepah tak perasan pun benda tu.

Ini antara benda yang berulang ulang dibuat dalam lakonan sampai dah jadi perkara wajib. Contohnya bila Si Janet buat muka tekejut ibunya berulang kali tanya walhal dah sah sah Janet tu tekejut beruk sbb tengok something bad happens betul betul depan dia. Selepas lebih kurang 4 saat baru lah si ibu tadi menoleh ke arah tempat janet tu tengok sampai nak tejojol bijik mata.. Ni contoh dalam Kejora dan Bintang, tapi sebenarnya banyak dalam drama melayu pun.

Home Shower Rosak

0 Membangkang
Bulan ni aku banyak menghabiskan masa di rumah sebab istei dah nak masuk 9 bulan. takut dicepatkan, mana lah tau.. so bila dah duduk rumah tak kluar kluar rasa bosan boleh sampai ke tahap oren. Nak tengok tv pun mmg payah sebab remote control astro dicipta untuk lebih kemas di tangan perempuan. Tak boleh nak kata apa itu teknologi dia.. Jadi untuk menurunkan kebosanan ke tahap hijau kalau tidak pun kuning, aku penuhi masa dengan membaiki beberapa peralatan elektrik yang rosak di rumah.. dari Soket lampu, radio cd, Komputer yang lembab sampailah kipas meja dan kipas siling. Semalam lepas minum kopi putih ipoh aku jadi hang tak boleh tidur, jadi aku pun bongkar stor nak tengok balik Home shower yang dah beli dua tahun lepas tapi baru 2 minggu pakai dah rosak.

Aku x ada pengalaman khas atau basic knowledge tentang elektronik melainkan yang kita belajar dulu dulu masa dekat sekolah dalam subjek kemahiran hidup. Selebihnya more kpd sifat ingin tahu dan minat yang timbul bila lihat bapak aku yang pandai membaiki alat alat elektrik di rumah. Dia buat wiring keta jadi tahu lah sikit sikit.

Jadinya aku pun tiada tool khas melainkan sebiji mentol (untuk test componen), test pen dan pemotong wayar. Ammeter, volmeter( lebih kurang) tu semua aku mmg takde kalau ada pun aku tak tau pun apa fungsi dia. Check punya check litar dekat board dalam tu komponen semua ok cuma ada dua peralatan yang test pen tak nyala kat kaki dia. Iaitu Triac dan satu lagi Reed Switch. payah jugak aku dah la tak tau apa fungsi dia ni, yang aku ingat dulu dulu triac ni macam diode untuk arus AC, Reed Switch ni pulak suis yang berfungsi secara magnetic. Kalau baiki komputer senang je, cabut, plug lain habis cerita.. tapi barang elektronik ni kena cabut componen la satu satu, aku pun tak tau ada ke jual benda benda kecik macam ni kat jusco.

CipTa Lagu Malaysia Ambank 2011

0 Membangkang
Sebenarnya dari tahun lepas lagi aku nak join pertandingan ni, tapi macam biasa tangguh punya tangguh sampai tak ingat. Bila ternampak iklan kat tv1 tempo hari baru teringat balik. Harap harap tahun ni jangan lah lupa lagi. Hadiah Utama RM 40,000.00 Fuh Lumayan tu..

Aku pernah jugak cipta lagu ni kalau sekadar untuk peringkat kumpulan dalam kursus. Atau masuk pertandingan cipta lagu sekolah/kelab/persatuan masa sekolah dulu. Why nak sia siakan, mana la tau juri tu mabuk time tu terus dia pilih aku jadi pemenang..

Aku dan lagi melalui blog pengumumanjfm.blogspot.com aku dapat tau pertandingan ni dilanjutkan sehingga Jun 2011.. Agak agak sebab apa dilanjutkan. Sebab tak ramai penyertaan. Jadi besarlah peluang menang bagi sesiapa yang mmg dah pro tu.. tak pe aku kalau dapat sagu hati pun tak pe. RM 4k tu.

Bagi sesiapa yang nak cuba luck boleh muaturun borang dan syarat penyertaan di SINI


Hadiah Pertandingan


CiptaLagu Malaysia 2010 adalah seperti berikut:
a. Pemenang Pertama RM40,000.00

b. Pemenang Kedua RM25,000.00
c. Pemenang Ketiga RM15,000.00
d. 5 hadiah Saguhati sebanyak RM4,000.00 setiap satu.

Lee Chong Wei Juarai All England 2011

0 Membangkang
Lee Chong Wei menjuarai  All England 2011 dengan bergaya menewaskan musuh tradisi Lin Dan dengan mata 21-17, 21-17 straight set. Lee Chong wei bermula garang tanpa membenarkan Lin Dan memintas mata yang dipungut olehnya.

Lin Dan hanya dapat menyamakan kedudukan 17-17 pada set ke dua sebelum Chong Wei menghabiskan sisa perlawanan tanpa menoleh ke belakang lagi. Jika dinilai boleh dikatakan ini adalah aksi terbaik Chong Wei dalam perlawanan Chong Wei - Lin Dan dan menjadikan jurang kemenangan Lin Dan ke atas Chong Wei semakin hampir 15-8. Lebih membanggakan Chong Wei berjaya mendapatkan mata mata perlawanan dengan begitu bergaya yang jelas membuatkan Lin Dan terpaku tanpa sempat membalas pukulan.

Syabas Chong Wei, kemenangan ini paling diingati kerana banyak faktor; menang straight set, ke atas Lin Dan, ALL ENGLAND, dan menidakkan peluang Lin Dan untuk mengumpul koleksi ke lima All England.

Popular Posts