Bulan ni aku banyak menghabiskan masa di rumah sebab istei dah nak masuk 9 bulan. takut dicepatkan, mana lah tau.. so bila dah duduk rumah tak kluar kluar rasa bosan boleh sampai ke tahap oren. Nak tengok tv pun mmg payah sebab remote control astro dicipta untuk lebih kemas di tangan perempuan. Tak boleh nak kata apa itu teknologi dia.. Jadi untuk menurunkan kebosanan ke tahap hijau kalau tidak pun kuning, aku penuhi masa dengan membaiki beberapa peralatan elektrik yang rosak di rumah.. dari Soket lampu, radio cd, Komputer yang lembab sampailah kipas meja dan kipas siling. Semalam lepas minum kopi putih ipoh aku jadi hang tak boleh tidur, jadi aku pun bongkar stor nak tengok balik Home shower yang dah beli dua tahun lepas tapi baru 2 minggu pakai dah rosak.
Aku x ada pengalaman khas atau basic knowledge tentang elektronik melainkan yang kita belajar dulu dulu masa dekat sekolah dalam subjek kemahiran hidup. Selebihnya more kpd sifat ingin tahu dan minat yang timbul bila lihat bapak aku yang pandai membaiki alat alat elektrik di rumah. Dia buat wiring keta jadi tahu lah sikit sikit.
Jadinya aku pun tiada tool khas melainkan sebiji mentol (untuk test componen), test pen dan pemotong wayar. Ammeter, volmeter( lebih kurang) tu semua aku mmg takde kalau ada pun aku tak tau pun apa fungsi dia. Check punya check litar dekat board dalam tu komponen semua ok cuma ada dua peralatan yang test pen tak nyala kat kaki dia. Iaitu Triac dan satu lagi Reed Switch. payah jugak aku dah la tak tau apa fungsi dia ni, yang aku ingat dulu dulu triac ni macam diode untuk arus AC, Reed Switch ni pulak suis yang berfungsi secara magnetic. Kalau baiki komputer senang je, cabut, plug lain habis cerita.. tapi barang elektronik ni kena cabut componen la satu satu, aku pun tak tau ada ke jual benda benda kecik macam ni kat jusco.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kecik dulu aku kerapkali dimomokkan dengan perkataaan pengait, yang tidak jelas maksud dan samar kewujudannya.. tapi tidak pada masa itu. D...
-
German di Berlin (ANTARA News)- Sebuat syarikat di German telah memecat seorang pekerjanya hanya kerana dia didapati mencuri elektrik ber ni...
-
Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian. Kedua-dua belah otak manusia berfungsi secara bersilang yang mana otak kanan berfungsi terhadap...
-
12 : 30p.m : Kesemua anak penumpang maut- Awani 12 : 30p.m : Putin sedang berbincang kejadian nahas dengan Obama- RIA 12 : 25p.m : ...
-
Jom kita buat ujian untuk mengenalpasti anda cenderung kepada otak belah mana. Sebut satu persatu warna dalam gambar ni; Jika anda membaca ...
-
Hey guys, I found this useful directories.. credit to agrizlife Do you want to submit your article in directories to get better backlinks? ...
-
"Syarikat penerbangan Malaysia mengadakan penerbangan dari Amsterdam - Kuala Lumpur berjarak 50 batu sebelum memasuki ruang udara Rusia...
-
Sedih berbaur kasihan melihat gambar ini. Entah apa sebabnya si ibu dibunuh dengan kejam yang turut mengorbankan sang bayi. Apa daya seorang...
0 Membangkang:
Post a Comment