Selamat Hari Bapa

0 Membangkang
Awal bulan ni bapak ada mesej, minta tolong mau buat loan.. kena time aku ada credit terus aku call, rasanya dalam tempoh 4 tahun sekali baru aku tergerak hati call bapak. Rupanya dia mintak tolong jaminkan kereta proton saga yang dia mau beli, dalam RM 39K.. Terdiam jugak aku dengar.. tapi terlanjur cakap ok.

Terus aku call Kak ina, dia nasihat part membayar bapak mmg banyak hal.. bukan sbb tak mau bayar tapi bapak kan dah pencen kena pulak tiada persiapan masa sebelum pencen dulu. Sekarang bergantung sepenuhnya pada kerja kerja kebun. Isteri baru org tiada surat menyurat. Ipar duai dah la x da IC sibuk menumpang mintak disuap, harap diorang cari kerja siapa mau ambil org asing. Dah la bini baru high maintenance, mengalahkan orang tempatan walhal merempat di negara sendiri, menyusahkan pula di negeri orang. Kami pun bengang juga dah x da sumber untuk bayar semua tu kenapa masih mahu jugak beharta.. tapi bila difikirkan bapak telampau ikutkan selera bini baru dia, tengok lah masa dengan mak dulu kain langsir pun beli yang cikai2. Jahit sendiri, pasang. TV seumur dengan si elan. radio pakai bateri jak.

Lepas kawin dengan pilipin tu rumah ada home theatre, sofa, water dispenser mahal punya, kereta storm (tp bank minta balik.)

Jauh dalam hati aku kesian kan bapak, kesiankan hidup barunya. Raya lepas masa aku ziarah bapak baru balik dari menyabit kelapa sawit arwah datuk, kalau x silap baru masuk raya ke 3. Dengan seluar sukan x pakai baju dia sambut kami adik beradik. Bapak buatkan air walaupun kami x haus. Bapak sendiri hidangkan kuih raya yang baru dibuka dari bungkus. Kuih tunjuk la tu. Bapak becerita macam dulu dulu, nadanya, intonasinya, gaya bahasanya. Satu yang kami perasan bapak x boleh betentang mata lama dengan kami. Aku perasan dia menengok muka along bila masa dia x pandang muka bapak, bila along pandang muka bapak, bapak beralih pandang muka elan pulak yang kebetulan tengah menengok ke arah lain. Lebih kurang begitu prosesnya berulang ulang, bila semua kami pandang muka dia, dengan cerita yang masih lancar bapak tundukkan  pandangannya memandang searas lutut kami yang bersila di depannya. Dia ramah dengan senyum.
Isteri ku sendiri pernah bagi tau masa ziarah bapak time raya belum sampai setahun kami kahwin. Masa tu pun aku bawak along, elan kujai dengan lija sekali. Dia cakap bapak seboleh-bolehnya menatap wajah kami dalam masa kami tidak perasan. Masa tu aku mmg tak perasan. Raya tahun lepas baru aku perasan. Aku paham. Bapak sensitif jiwanya, diluarnya keras, nadanya tegas. tapi di dalam hatinya cukup lembut dan penyayang. Aku betul betul paham dan yakin pasal yang itu. Sbbnya aku sendiri begitu, bezanya aku x cukup setegas bapak (yang dulu2) Kami takut buat salah dengan bapak bukan takutkan hukumannya, tapi takut dia kecewa dengan kami. Begitu kuatnya didikan bapak sampaikan sudah beranak pinak kami masih berpegang teguh pada prinsipnya, selesa dengan pandangannya, berfikir dengan caranya. Hinggakan bila isteri ku minta aku dipanggil 'ayah' atau 'abah' oleh anak anak ku. Aku menolak dalam diam, aku tau alasan ku x jelas pada kebanyakan orang, apa salahnya dipanggil abah.

Secara asasnya aku kelaskan bapak adalah sebagai bapak, org paling dekat masa kita perlukan bantuan bila mana mak sendiri x tau apa keputusan yang patut dibuat. Dialah yang paling bersungguh menjaga selamatnya kita, cukupnya makan pakai. Bapak tu kata lain untuk ketua, ketua di rumah, malah sampai diluar rumah. Bapak dalam ayat rasminya aku pandang penuh dengan kharisma, bersedia bila masa atas apa saja sebab untuk anak anaknya, bapak x pernah kalah apa lagi mengalah. Dia berjuang untuk alasan yang aku pandang sangat biasa dan x da la perlunya, supaya aku terus bisa ke sekolah, supaya aku terus kononnya berjaya, katanya lagi nanti x perlu jadi macam dia. Begitu serba sikit maksud bapak pada aku..

Abah cuma lelaki yang baru tempo hari aku pegi majlis kawinnya, kemudian lepas setahun ada anak dari hasil kawinnya. Dia kelam kabut, banyak benda remeh yang bapak boleh uruskan tapi si abah ni sibuk ke sana kemari selesaikan hal serupa yang si bapak tadi selesaikan dengan cara paling mudah. Paling ketara abah ada di mana mana, kawan kawan ku abah kepada anak-anaknya, Iparku jadi si abah untuk anaknya, ratusan lagi orang yang aku kenal jadi abah, tapi bapak cuma ada satu, disitu dia tetap berfungsi sebagaimana layaknya bapak untuknya.Masa si abah tunjukkan sifat kebudak budakkannya, masa itu aku terfikir bapak x pernah kebudak budakkan, bapak sentiasa matang.. ahhh..

susah ceritanya..sebab itu aku diamkan, biarlah bapak aku simpan di tempatnya. lagi pun mungkin aku x sebagus bapak untuk memegang nama itu, apa lagi pikul tugas sama.. lebih layak abah untuk begitu.

Aku ingat cerita mak pasal zaman sekolah bapak,masa bapak cikgu besar orang putih, cikgu cikgu pun dressing macam orang putih, Perpustakaan dibilang khutub khannah. bapak aktif masa tu.. aku percaya sbb nenek masih simpan gambar gambar sekolah bapak, black and white, vintage. Gambar tahun 60an. Gambar kelas bapak duduk betul2 sebelah guru kelas selepas cikgu besar. 

Sedihnya bapak cuma sampai darjah lima, sekolah inggeris masa tu cover untuk lima tahun je sekolah rendah. Lepas tu terus boleh naik sekolah menengah. Masalahnya sekolah menengah di bandar. Ada kenderaan untuk ke sekolah tapi yuran mencecah RM 80 sebulan, itu jam RM 80 macam separuh gaji kakitangan awam pangkat rendah. Datuk cuma askar pencen, x mampu untuk sara sampai ke situ.. bapak menangis bila tahu dia x boleh sambung sekolah, exam cemerlang. Prestasi pun bagus. Cuma sbb tak mampu bapak tesekat sampai di sini. Dalam takut takut pun bapak masih berani merayu supaya datuk usahakan jugak dia boleh sambung sekolah, tapi sudah rezeki datuk x mewah. Bapak last last mengalah, aku sempat tengok sijil berhenti sekolah bapak, alasan berhenti sekolah MENGIKUT ABANG BEKERJA. Mmg betul lepas sekolah bapak ikut sepupu sepupu lain bekerja.

Azamnya dia x mahu adik-adiknya berhenti sekolah macam dia, untuk masa itu. Uncle belajar perubatan sampai ke Melaka, ( tahun 70an sudah kira berjaya pelajar sabah sambung belajar sampai semenanjung), auntie pun tamat tingkatan 5..Bila kahwin bapak kuatkan lagi azamnya, untuk kali ini sekali lagi dia janji pada diri sendiri dia tak mahu anak anak rasa apa yang dia pernah rasa. Sedaya upaya bapak usahakan kami belajar sampai level tinggi tinggi. Bila aku masuk SBP bapak bangga, nampak di muka nya. jelas pada butir percakapannya. Bila kak ina mahu angkat beg berangkat ke europe hati ku menangis tengok bapak yang tak kenal mengalah, kami tahu kak ina x da sponsor, duit tambang pun belum habis kumpul, tapi sampai saat saat terakhir bapak siapkan sedaya upaya, sampai tarikh terakhir, jam terakhir bapak suruh kak ina kemas kan beg, siap siap salam kami anak beranak. walaupun tiket belum ada di tangan, dua tiga jam sebelum berangkat ke airport baru bapak dapat terima yang kak ina x boleh ke mana mana hari tu, semua sbb duit..

Bapak menangis malam tu, berapa waktu bapak nampak macam orang yang kalah.. Aku x tau bapak menangis masa tu tapi lama selepas tu baru mak cerita, Bila aku dengar aku tafsirkan bapak sedih sbb x dapat hantar kak ina pegi europe, x dapat jadi bapak pertama dalam sekitar bebelas kampung kami yang pertama ada anak belajar di luar negara.. Kesian bapak, kalau x dia boleh becerita di kenduri kawin pasal seorang lagi anaknya masuk U, kali ni luar negara, Manchester. atau masa dalam bas bapak x boleh hebahkan yang dia mau ke bandar hari tu untuk bank in kan duit ke anaknya yang sekarang ada di luar negara. Mungkin bapak sedih dia telepas peluang tunjuk depan bosnya walaupun dia cuma driver tapi anaknya belajar lebih tinggi dari bos dia. Lebih kurang macam cerita aku dapat masuk sekolah SBP dulu.

Tapi sekarang perlahan aku sedar bukan itu yang bapak kesal, bukan itu yang bapak mahu tunjukkan, bukan cara begitu bapak dapat puaskan hatinya. Dia menangis sbb janjinya untuk sekolahkan kami sampai peringkat tinggi yang kami mampu x sempurna, lepas berpuluh puluh tahun dia tamat sekolah, kemudian kumpul duit dengan bekerja, dia masih sama macam datuk, x besungguh sungguh berusaha supaya anaknya jangan sampai tekandas x dapat ke sekolah. Dia menangis mungkin sebab apa yang pernah dia rasa berpuluh tahun dulu kini muncul balik, lebih teruk dikongsi dengan anak sulungnya. Aku tau itu, Kali ni bukan sebab mak cerita. Ada sedikit kalau x separuh diri bapak aku rasa mengalir dalam badan ku.

Bila aku fikir tepaksa jadi penjamin loan bapak aku terganggu dalam minggu tu, aku x mau. Nanti aku jadi macam kak ina, huru hara dikejar bank. Tapi aku x tau macam mana cara senang mau lepas kan diri, aku bekira kira x mau angkat telefon kalau bapak call, tapi bila keluar nombor dia aku x sampai hati, bapak bukan paksa, suaranya lembut, bapak jugak x la minta simpati supaya kali ni aku mesti tolong dia. Aku x rasa didesak oleh bapak. Cuma soal komitmen payah. Macam mana kalau bapak begini? kalau bapak jadi begitu apa aku kena buat? apa efeknya aku sebagai penjamin bapak? apa mak rasa kalau dia tau aku tolong bapak, sedangkan dia sendiri menyewa bilik di bandar, x ada tempat tinggal. Tolong bapak sama macam tolong selesakan perempuan pilipin tu. Selesakan perempun pilipin sama macam ikut sakitkan hati mak.

Semalam bila maybank putrajaya call suruh datang sain dokumen, aku tangguhkan aku cakap aku outstation. aku x ada di Putrajaya time tu.

"Ok encik, saya ada sampai petang ni pukul 5.30, kalau encik sempat balik hari ni saya boleh tungu"',

"tak sempatlah puan,  saya jauh ni, kat Melaka, kena hari ni jugak ke?",

"Selewat-lewatnya esok sebelum pukul 12 tengah hari, sbb esok tengahari saya keluar sampai beberapa hari berikutnya, ada kerja luar. Minggu depan promosi ni tamat, ikutkan ayah encik tak boleh apply loan ni sbb income tak lepas", Ikhlas dia cakap.

aku tefikir cara mudah mengelak dengan bagitau bapak aku dihantar keluar minggu tu. Bila balik, dokumen tu x sempat tandatangan sbb promosi dah habis. Kejam jugak begitu.

Hari ni maybank tu call lagi balik, aku janji ok lah hari ni aku datang dalam pukul 11. Setengah jam sebelum puan tu blah jam 11.30 aku masih sibuk di ofis, buat buat sibuk sebenarnya, aku masih menimbang nimbang kali ni x payah jawab telefon minah maybank tu. Biarlah dia blah.

Tapi kuat aku teingat bapak, gambaran dia keseluruhannya dari atas sampai bawah, apa yang aku buat untuk dia. Habis belajar, dapat kerja apa yang dapat aku sumbangkan untuk bapak, mmg betul bapak becerai dengan mak. Mmg betul bapak tak patut buat begitu sama mak. Tapi logiknya bapak becerai selepas aku tamat sekolah, bejaya masuk u, lepas tanggungjawab bapak untuk sekolahkan aku, tanggung makan minum ku. Bapak bukan buat kerja jahat, dia cuma kahwin lagi satu. Banyak lagi lelaki lain yang lagi jahat, langsung x kahwin simpan perempuan asing jadi stok mcm barang kedai. Bapak tambah satu lagi isteri, cuma perempuan pilipin tu secara jahat mau cuma dia sorang jadi bini bapak. itu lain cerita.

Seboleh boleh nya bapak cuba rapat balik dengan kami adik beradik dalam sembunyi2 lepas dibelasah ramai ramai oleh bangsa iparnya pilipin bila bini nya dapat tau bapak masih x boleh lepaskan mamak n kami sepenuhnya..

Lima minit sebelum pukul duabelas aku ada di kaunter pertanyaan maybank,

"Kak, boleh saya jumpa pegawai ni?",

"naik atas bilik betul betul kat depan tangga",

aku separuh belari melompat tangga. Masih sempatkah ni?, x lambat kah?, Mcmmana kalau dia blah lepas aku x jawab panggilan tadi. Apa aku mau bagi tau bapak?.

"Encik, yang naik sign loan jadi penjamin ye? sila duduk sini",

aku sempat, aku belek belek kertas tu masa kakak tu ambil ic aku pegi photostat. aku tengok tulisan bapak.. Lebih sepuluh tahun aku x tengok tulisan tangan bapak, paling aku tekesan bila tepandang tandatangan bapak di sudut bawah kertas tu. Tahar bin Abdul Razak.. Sign tu aku cukup kenal. x la cantik tapi lebih dua puluh tahun aku berurusan kemana mana dengan tandatangan tu, sampai tandatangan aku sendiri mirip bentuk begitu. Aku teringat zman sekolah rendah masa mintak bapak signkan report kad, bapak gembira tengok aku boleh dapat tempat tebaik dalam kelas, bapak sign, Bila tahun aku jatuh aku takut takut jumpa bapak, mintak sain lagi...

Aku sain sebelah nama bapak, sah aku jadi penjamin,

"terima kasih encik, insya Allah lulus, tinggal proced balik ke Maybank tawau sebelum submit. rasanya takde masalah"

Selesai urusan, masa aku turun tangga Kak Ina call, 

"kaong, jadi ka kau jamin loan keta bapak?",

"sudah tadi, knp?",

"ooo sudah",

"ok ka tu, knp? disaster ka?",

"ndak la, aku mau tau jak apa keputusan mu"

"x pa la ba jugak, bukan orang lain",aku ulang balik ayat kak atik yang dia bagitau sebelum tu.

Aku belek handphone, tengok balik mesej bapak semalam, dia ada tanya pasal dokumen tu,

"ONG, KALAU SUDAH SAMPAI, MAKLUM SAMA BAPAK YA"    

Message Option>>Call back

"assalamualaikum, Pak. surat tu sudah sampai, sudah aku sain tadik",.

"walaikumsalam, iya",
 
"pegawai tu cakap insya Allah x da masalah, loan tu lepas. Tinggal submit jak la",

"iya ka, terima kasih nak ya",

aku letak telefon, ringkas  perbualanku dgn  bapak. Ayat last bapak berulang ulang kedengaran di kepalaku, bapak cakap terima kasih sbb aku bantu dia. Sedangkan aku x pernah ucap terima kasih sama bapak untuk semuanya.

aku keluar maybank menuju ke kereta, pandangan ku kabur, aku sebak. Sedihnya. Dalam 31 tahun aku hidup cuma itu mampu aku balas jasa bapakku. cuma sebagai penjamin, itu pun dengan berat hati pada mulanya, Makin dekat ke kereta airmata ku pecah, aku hampir x peduli org orang yang aku jumpa di parking. Aku tahan nangisku sebolehnya.. masuk dalam kereta aku lepaskan semuanya, sudah lama aku ndak nangis begitu. sudah lama aku x rasa macam begitu untuk bapak. 

Lebih 10 minit  aku rasa lega, aku start enjin kereta, ke klinik putrajaya untuk ambil wife ku yang tengah buat regular checkup untuk pregnancy. Dalam hatiku aku janji bila anak ku lahir nanti aku mau dia kenal bapak dengan seluruh sifatnya. Aku mau dia tau yang aku bangga ada bapak yang sehebat bapak.  Tau yang tanpa bapak dia x ada abahnya sekarang - walaupun tidak sesempurna bapak.

Popular Posts