Pemasangan percuma ABNxcess - murah tapi berkualiti

7 Membangkang
Petang ni aku dikejutkan dengan ketukan di grill pintu bertalu - talu. Serentak dengan pintu gril jiran sebelah menyebelahku jugak. Bila aku buka pintu seorang pemuda berbangsa cina memperkenalkan diri sebagai wakil dari ABNxcess.


Ringkas dan sekejap, tak perlu menunggu lama untuk aku buat keputusan. Aku terus setuju dan tandatangan borang. 

Sejak kebelakangan ni, servis Stremyx kurang memuaskan, dalam tempoh 3 minggu lepas aku dah buat 6 panggilan ke TM 100. Ada saja penyebab yang mengganggu kelancaran internet. Unifi memang tak sampai di tempat ni. To be honest, sebelum ni takde masalah sangat pun dengan TM Streamyx, cuma dalam 2-3 minggu kebelakangan ni sahaja seperti yang aku mention kat atas. Perkhidmatan Pelanggan TM pun aku puji memang tip top. Sebenarnya ada penyebab lain yang buat aku tertarik dengan ABNxcess ni.

Apa pun korang patut tengok promosi ABNxcess ni. 

ABNxcess 5Mbps
Murah tahap ada udang sebalik batu. Tapi sebenarnya takde pun udang tu, memang dah murah.














Aku ambil pakej paling hina streamyx, 1Mbps RM110 sebulan tanpa saluran TV (ada talian tetap percuma). Dengan 10 kali ganda kelajuan iaitu 10Mbps ditambah lagi dengan 50 saluran TV, ABNxcess menawarkan harga yang lebih menarik.

Banyak penjimatan yang boleh dibuat kalau dikira betul-betul. Dengan ABNxcess ni aku berkira-kira tak perlu lagi melanggan ASTRO Byond. Bukan sebab tak bagus, tapi buat apa nak ambik dua-dua sekali kalau dah ada ABNxcess ni.

Streamyx    Byond 
 RM110  + RM97  = RM207 

ABNxcess Pakej kelajuan membunuh 10Mbps + 50 TV Channels
RM98.99  (penjimatan RM108)

ABNxcess Pakej 5Mbps  + 50 TV Channels
RM69.99 (penjimatan RM137)

Wow! banyak jimat tu, wow. Aku bagi dua kali wow kepada kompeni ni. Jangan silap paham, aku tak benci TM atau Astro, tak harap pun yang TM ni berkubur, nanti kalau tinggal ABN yang monopoli harga dan dah tak de persaingan, boleh jadi dia naikkan mahal jugak. Jadi baiklah berkekalan. Bila banyak persaingan, harga pun turun dan servis dipertingkat. Terus maju TM, ceh ambik hati sikit.

Pemasangan adalah percuma - untuk yang terpilih pintu rumahnya kena ketuk sahaja. So buat apa nak jual mahal, aku terus setuju dan sain borang dalam keadaan bertuala tak pakai baju. 

*pandangan peribadi dan pengalaman peribadi dengan servis yang disebut di atas. Takde pun ABN ni nak bayar. Kalau dia nak bayar memang aku puji melambung - lambung macam Samy vellu puji Poslaju, " Hari ini pos, semalam sampai". 




7 Membangkang:

Assalamualaikum...
so apa cerita sekarang?
boleh kongsi pengalaman guna abnxcess ni?
ok or tak line dia... :)

Anonymous
16 June 2014 at 21:30 comment-delete

Wsalam.. setelah hampir 3 bulan melanggan ABN ni boleh dikatakan puas hati jugak la, walaupun kelajuan tak sampai 5Mbps dan kelajuan minima yang dijanjikan sekurang kurangnya 4Mbps.
Kadang-kadang tak sampai 3Mbps pun, tapi disebabkan dulu melanggan 1 mbps masa dengan streamyx setakat kelajuan 2Mbps masih berpuashati. Yang salahnya aku sendiri sebab tak call ABN untuk buat report, janji youtube masih tak sangkut malas nak buang kredit handphone..

Berkenaan bill pada first billing tu memang terkejut, lepas dapat second barulah normal balik, first bill mahal sbb tempoh masa pemasangan dengan due date dicampur sekali jadi 1 bill merangkumi sebulan ++ tempoh masa.

Kalau bil ketiga ni melambung memang aku cepat2 kondem dalam forum. Harap2 tak la kot, ABN kan best!

8 July 2014 at 00:00 comment-delete

Suck

20 September 2014 at 21:56 comment-delete

Ok dah nampak dah, ABNxcess speed dah macam hampeh.. tak sampai 500kb pun.

Bila post kat official FB diorang delete, tinggal comment yang murni2 je.

20 October 2014 at 01:30 comment-delete

abn speed mcm haram..siot jer

Anonymous
12 December 2014 at 08:36 comment-delete

I use this ABNxcess for 2 months,

** I can tell you that this service totally cannot use!!! **

Problem 1: Low up time.
up time around 70% in Oct,
up time around 60% in Nov,
Up time around 30% till 12 Dec 2014.

The internet service down any time. For example, last down time is from 29 Nov to 9 Dec.

Problem 2: No support.
When there is not internet, I call their help line/ service line everyday, once a day.
The operator told me that someone / Technician will contact me within 48 hours.

BUT, NO BODY CONTACT ME. There is only one time someone contact me on 12 DEC, because I start call in 3 times a day. From 29 Nov I call once a day, from 7 Dec I call 3 times a day.

Problem 3: Not Stable.
Internet is unstable, Streamyx is much more stable than ABNxcess.
When the only (very less) time that u able to online, it break down around 1 to 2 time in an hour. (break down time just 1 to 3 mins).

Problem 4: Internet speed go below 1 mbps at peak hour.
The up time is low, although most of the up time your download / upload is 10mbps / 2mbps,
But the peak hour, like wed evening, Friday night, Sunday your internet speed cut down to 1mbps.

** It said 10mbps, actually is 10mbps download and 2mbps upload, not like unifi or maxis fiber that 10 and 10.

Hairul
12 December 2014 at 18:02 comment-delete

memang abnxces ni tak boleh harap. aku langgan 10mbps tapi bila buka internet lambat nak mampus. buat sakit hati jerrrr. lebih baik tukar unifi balik. lagiiii laju. betulllll

Anonymous
24 December 2014 at 08:22 comment-delete
Post a Comment

Popular Posts