Tan Sri Khalid Ibrahim Dipecat dari PKR, kekal Menteri Besar Selangor sebagai Adun Bebas

0 Membangkang
KENYATAAN AKHBAR
PRESS RELEASE

PARTI KEADILAN RAKYAT

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor).
Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:

o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;

o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT

9 OGOS 2014

Lagi Pesawat Komersil Terhempas

0 Membangkang
Sebuah pesawat penumpang kepunyaan TransAsia Airways yang berpangkalan di Taiwan  terhempas dan terbakar di Lapangan Terbang Penghu Taiwan. Pihak berkuasa Taiwan berkata pesawat itu terpaksa membuat satu pendaratan cemas di Bandar Penghu yang juga dikenali sebagai Pescadores.

Seramai 47 orang terbunuh manakala 11 lagi cedera dan telah dihantar ke hospital. Media tempatan melaporkan Jjuruterbang berhadapan dengan detik cemas pendaratan dalam kawasan taufan membadai.

"Taufan sedang berlaku semasa kapal terbang tersebut mendarat," menurutHsi Wen-guang, jurucakap Bomba Penghu sebagaimana dipetik Reuters. 

Penerbangan GE222 dijadualkan berlepas dari Kaohsiung pada 4 pm menuju ke Lapangan Terbang Magong tetapi penerbangan ditunda sehingga 5:42 pm kerana taufan tersebut.. GE222 terputus hubungan dengan menara kawalan ketika berada 300 kaki di atas daratan menurut Agensi Berita Pusat Taiwan.

Gambar Mayat Penumpang MH17 bergelimpangan

0 Membangkang

12 : 30p.m : Kesemua anak penumpang maut- Awani

12 : 30p.m : Putin sedang berbincang kejadian nahas dengan Obama- RIA

12 : 25p.m : Obama arah pegawai kanan AS berhubung rapat dengan pegawai-pegawai Ukraine mengenai pesawat dijatuhkan- Reuters

12 : 20p.m : Pegawai Kementerian Kecemasan berkata serpihan kapal berselerak di sekitar sehingga 15 km dari tapak kemalangan, sekurang-kurangnya 100 mayat kelihatan- Reuters

12 : 15p.m : Perdana Menteri Ukraine, Areseny Yatseniuk arah siasatan segera terhadap nahas." - NST

12 : 07p.m : Perdana Menteri, DS Najib - "Saya terkejut dengan laporan kapal terbang MH terhempas. Kami sedang melancarkan penyisiatan segera." - Twitter

12 : 04p.m : Kawasan berkenaan terlibat dengan peperangan antara pasukan Ukrain dan pemisah Rusia - AP

11 : 57p.m : 280 penumpang, 15 krew tidak terselamat :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters

11 : 50p.m : Misil dilepaskan oleh puak pemisah :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters

11 : 47p.m : MAS mengesahkan hilang komunikasi dengan pesawat
11 : 45p.m : AP melaporkan kapal terbang ditempak misil pada ketinggian 33,000 kaki


sumber : siakapkeli

Pesawat Mas MH17 ditembak jatuh di Ukraine

0 Membangkang
"Syarikat penerbangan Malaysia mengadakan penerbangan dari Amsterdam - Kuala Lumpur berjarak 50 batu sebelum memasuki ruang udara Rusia, mula terbang rendah, dan kemudiannya ditemui terbakar di atas tanah di Ukraine," kata sumber, sambil menambah bahawa 280 penumpang dan 15 anak kapal berada di atas kapal.

 Pakar tentera Dmitry Tymchuk berkata pesawat Malaysia Airlines itu terhempas di utara Torez di rantau Donetsk, menurut wartawan Ukraine Myroslava. Kawasan ini dikawal oleh puak pemisah pro-Rusia yang sedang menentang tentera Ukraine.

 Pada 8 Julai, Pentadbiran Penerbangan Ukraine menutup ruang udara kepada pesawat awam selepas sebuah pesawat pengangkut tentera ditembak jatuh. Pesawat itu dilaporkan menyeberangi sempadan Rusia pada kira-kira 09:30 EDT.



Video Pesawat MAS MH17 ditembak jatuh

0 Membangkang
Susulan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Berikut beberapa video yang sempat merakamkan pesawat yang terbakar daratan.


Sumber: Youtube

TERKINI MH17! PESAWAT MAS DITEMBAK JATUH SEMASA MELALUI UKRAINE

0 Membangkang

Berikut tweet dari Official MAS twitter: Malaysia Airlines has lost contact of MH17 from Amsterdam.The last known position was over Ukrainian airspace -Agendanews


Apa jadi ni, kesian MAS belum reda sedih atas MH370 kali ni kena tembak jatuh pulak




Al Fatihah (moga moga pembaca baca surah penuh). Penerbangan MH17 berlepas dari Armsterdam ke Kuala Lumpur. Kita tunggu report rasmi nanti. 




Bonus Raya 2014

0 Membangkang


Setelah hampir pasrah kakitangan awam menunggu, Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan iaitu Bonus Raya 2014 sebagai persiapan lebaran pada tahun ini. Bonus sebanyak RM500 itu walaubagaimanapun hanya dibayar kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54 sahaja. Tidak dilupakan kepada 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250. Untuk rekod, tahun lepas bonus raya yang dibayar kerajaan adalah setengah bulan gaji

"Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat mulai 15 Julai ini. Bayaran bonus penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta," menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pada itu kerajaan negeri Selangor turut mengumumkan pemberian bonus raya sebanyak satu bulan gaji untuk aidilfitri tahun ini.  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selanogr telah memutuskan bersetuju untuk memberikan bonus raya itu kepada kakitangan kerajaan Selangor bagi membantu penjawat awam Selangor membuat persediaan lebih awal.

Sultan Perak - Sultan Azlan Shah Mangkat

0 Membangkang


Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Duka cita dimaklum Sultan Perak Sultan Azlan Shah mangkat pada pukul 1:31 tengahari tadi. jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.

Berita itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Khadir secara langsung di RTM hari sebentar tadi.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Penghormatan terakhir  bagi pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi esok manakala oleh orang ramai bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2  petang hingga 3 petang.

Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu. 

Semua hiburan dan keraian ditanggguhkan dalam tempoh tujuh hari. Menteri besar juga mengumumkan cuti umum di Perak selama sehari esok sebagai tanda berkabung. 

AlFatihah.. 

Sumber: Astro Awani




Pemasangan percuma ABNxcess - murah tapi berkualiti

7 Membangkang
Petang ni aku dikejutkan dengan ketukan di grill pintu bertalu - talu. Serentak dengan pintu gril jiran sebelah menyebelahku jugak. Bila aku buka pintu seorang pemuda berbangsa cina memperkenalkan diri sebagai wakil dari ABNxcess.


Ringkas dan sekejap, tak perlu menunggu lama untuk aku buat keputusan. Aku terus setuju dan tandatangan borang. 

Sejak kebelakangan ni, servis Stremyx kurang memuaskan, dalam tempoh 3 minggu lepas aku dah buat 6 panggilan ke TM 100. Ada saja penyebab yang mengganggu kelancaran internet. Unifi memang tak sampai di tempat ni. To be honest, sebelum ni takde masalah sangat pun dengan TM Streamyx, cuma dalam 2-3 minggu kebelakangan ni sahaja seperti yang aku mention kat atas. Perkhidmatan Pelanggan TM pun aku puji memang tip top. Sebenarnya ada penyebab lain yang buat aku tertarik dengan ABNxcess ni.

Apa pun korang patut tengok promosi ABNxcess ni. 

ABNxcess 5Mbps
Murah tahap ada udang sebalik batu. Tapi sebenarnya takde pun udang tu, memang dah murah.














Aku ambil pakej paling hina streamyx, 1Mbps RM110 sebulan tanpa saluran TV (ada talian tetap percuma). Dengan 10 kali ganda kelajuan iaitu 10Mbps ditambah lagi dengan 50 saluran TV, ABNxcess menawarkan harga yang lebih menarik.

Banyak penjimatan yang boleh dibuat kalau dikira betul-betul. Dengan ABNxcess ni aku berkira-kira tak perlu lagi melanggan ASTRO Byond. Bukan sebab tak bagus, tapi buat apa nak ambik dua-dua sekali kalau dah ada ABNxcess ni.

Streamyx    Byond 
 RM110  + RM97  = RM207 

ABNxcess Pakej kelajuan membunuh 10Mbps + 50 TV Channels
RM98.99  (penjimatan RM108)

ABNxcess Pakej 5Mbps  + 50 TV Channels
RM69.99 (penjimatan RM137)

Wow! banyak jimat tu, wow. Aku bagi dua kali wow kepada kompeni ni. Jangan silap paham, aku tak benci TM atau Astro, tak harap pun yang TM ni berkubur, nanti kalau tinggal ABN yang monopoli harga dan dah tak de persaingan, boleh jadi dia naikkan mahal jugak. Jadi baiklah berkekalan. Bila banyak persaingan, harga pun turun dan servis dipertingkat. Terus maju TM, ceh ambik hati sikit.

Pemasangan adalah percuma - untuk yang terpilih pintu rumahnya kena ketuk sahaja. So buat apa nak jual mahal, aku terus setuju dan sain borang dalam keadaan bertuala tak pakai baju. 

*pandangan peribadi dan pengalaman peribadi dengan servis yang disebut di atas. Takde pun ABN ni nak bayar. Kalau dia nak bayar memang aku puji melambung - lambung macam Samy vellu puji Poslaju, " Hari ini pos, semalam sampai". 




Pemegang 2 Passport Palsu dikenalpasti

0 Membangkang
Kedua dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunapakai pasport palsu telah dikenalpasti warga Iran seperti disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Penumpang lelaki itu dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun; dipercayai bercadang untuk berhijrah ke Jerman dan Delavar Seyed Mohammad Redza, 30 tahun

"Kita telah semak latar belakang mereka. Kita juga telah semak profail mereka dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya mereka tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Ketua Polis Negara itu.

Pasport Austria milik kepada Christian Kozel yang dipegang oleh Pouria Nour telah disahkan dicuri di Phuket, Thailand. Sementara itu hasil siasatan Polis Thailand mendapati dua penumpang dengan dokumen curi itu berkemungkinan adalah pelarian yang mencari suaka di eropah. Ia berdasarkan kepada tempahan tiket dengan harga paling murah ditambah lagi dengan laluan transit KL - Beijing - Armsterdam sebelum menuju ke destinasi akhir masing masin di Frankfurt, Jerman dan Conpenhagen, Denmark.

"Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki," kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters pada Selasa.

Mereka dibantu oleh dua warga senegara yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang telah dilanggani sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat berkata dua penumpang pasport curi itu menggunakan pasport yang sama untuk masuk dan keluar dari Malaysia.

"Kita tidak dapat kesan. Sistem (pasport) kita biometrik. Saya tidak pasti pasport mereka ada biometrik atau tidak," katanya, sambil menegaskan semua protokol keselamatan sudah dipatuhi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Isnin memaklumkan siasatan berhubung isu pasport curi itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pasport.
Penumpang MH370 Warga Iran dengan Passport Palsu 

Telefon Pintar Mudah Alih Penumpang MH370 Dapat Dihubungi 3 kali

0 Membangkang
Ahli keluarga terdesak penumpang di atas kapal yang hilang Malaysia Airlines ( MAS) MH370 penerbangan telah menggesa MAS untuk menggunakan teknologi satelit untuk mengambil isyarat daripada telefon mudah alih pada pesawat sebelum mereka kehabisan bateri , Singapura The Sunday Times melaporkan semalam.

Terdapat dakwaan dari ahli keluarga penumpang MAS MH370 yang dilaporkan hilang, berjaya menghubungi telefon bimbit mangsa namun tiada jawapan. Justeru mereka mendesak Malaysia Airlines untuk menggunakan teknologi Satelit untuk mengesan isyarat daripada telefon mudah alih sebelum kehabisan bateri. Ini dilaporkan dalam akhbar negara jiran Singapura, The Sunday Times.

Sebuah keluarga di China mendakwa mereka telah berjaya menghubungi telefon bimbit salah seorang penumpang terbabit. Satu video klip menunjukkan serorang lelaki mendail nombor abangnya iaitu penumpang dalam pesawat tersebut. Panggilan dapat dibuat tetapi tidak jawapan. Lelaki itu bercakap kepada pemberita pada taklimat Malaysia Airlines di Beijing, dan mendakwa beliau telah berjaya membuat sebanyak tiga panggilan, tetapi tiada jawapan.

Malaysia Airlines MH370

0 Membangkang
Sudah lebih 48 jam sejak MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan, dan segala bentuk komunikasi lain, melebihi had penerbangan pesawat iaitu 12- 16 jam juga bekalan minyak yang dikatakan boleh terbang sehingga 7 jam.

Tiada apa-apa penemuan positif walaupun pelbagai usaha dari pelbagai negara yang mengikuti misi mencari dan menyelamat. DCA mengesahkan pasukan adalah dari Australia, China , Thailand, Indonesia, Singapura , Vietnam, Filipina dan Amerika Syarikat. Sementara itu, selain usaha menyelamat, fokus utama MAS adalah untuk menjaga keluarga atau waris penumpang terlibat. Ini bermakna menyediakan mereka dengan maklumat yang tepat , kemudahan perjalanan, penginapan, makanan, perubatan dan sokongan emosi. Kos untuk ini semua ditanggung oleh Malaysia Airlines.

Sekurang - kurangnya seorang kaunselor diperuntukan untuk setiap keluarga. Kaunselor ini adalah kakitangan terlatih dan sukarelawan dari Malaysia dan negara lain.Sehingga kini, terdapat lebih daripada 150 "Go Team" ahli yang terdiri daripada pengurusan kanan dan penjaga di Beijing untuk menghadiri kepada keluarga-keluarga ini . Di Kuala Lumpur, kumpulan yang berbeza penjaga menghadiri dengan keperluan keluarga.

Keluarga dari negara-negara lain selain dari China telah tiba di Kuala Lumpur sejak awal semalam. Selebihnya dijangka akan tiba pada hari ini.

Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370

0 Membangkang

Garis masa yang menjelaskan tentang  kronoloogi peristiwa-peristiwa sekitar kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini belum ditemui. 

  12:41 am : Penerbangan MAS) MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA). Kapalterbang Boeing 777-200 itu membawa 239 orang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal. 38 orang daripadanya dilaporkan adalah rakyat Malaysia. 

2:40 am : Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi ini di ruang udara Vietnam. Pesawat itu belum memasuki ruang udara dikawal oleh China dan tidak membuat hubungan dengan pengawal udara di China. 

6:40 am: Penerbangan dijadualkan tiba di Beijing , China. 

10:15 am: laporan palsu tentang MH370 penerbangan membuat pendaratan kecemasan di Nanning , China diterbitkan. Didedahkan sebagai tidak benar dalam beberapa minit. 

11:55 am : laporan palsu pihak penerbangan Vietnam menerima isyarat pesawat diterbitkan. Laporan dibukti palsu dalam beberapa minit. 

12:00 pm : Dalam satu sidang akhbar di Sepang MAS Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya berkata, penumpang penerbangan MH370 adalah 14 negara yang berbeza. 

Senarai penumpang termasuklah 153 warga China, 38 rakyat Malaysia, 12 warga Indonesia, enam warga Australia , tiga Perancis, empat rakyat Amerika , dua dari Ukraine, New Zealand dan Kanada masing-masing setiap satu dari Rusia, Taiwan, Itali, Belanda dan Austria. Penerbangan ini adalah merupakan satu rancangan perkongsian dengan China Southern Airlines. 

12.30 pm: MAS berkata tkali terakhir hubungan penerbangan MH370 adalah kira-kira 120 batu nautika timur Kota Baru di Laut China Selatan 

12:50 pm : Seorang pegawai penyelamat Vietnam menafikan ada isyarat pesawat Malaysia MH370 yang hilang telah dikesan. 1.00 pm : China menghantar dua kapal penyelamat maritim ke Laut China Selatan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 yang hilang. 

1:10 pm : Kedutaan Besar Malaysia di Beijing mengatur talian hotline bagi semua soalan yang berkaitan dengan kehilangan penerbangan MH370. Semua panggilan yang berkaitan dengan kejadian itu boleh ditujukan kepada +86 10 6532 2531 /2/ 3. 

1:30 pm: Satu kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi kerajaan Vietnam berkata bahawa pesawat itu terputus hubungan berhampiran ruang udara wilayah Ca Mau apabila ia telah bersiap untuk memindahkan kawalan trafik udara ke Ho Chi Minh. Pemindahan itu tidak berlaku 




2:00 pm : Senarai penumpang semua kapalterbang didedahkan kepada umum. ke Ho Chi Minh 

2:20 pm : Laporan tidak Rasmi di media Vietnam dan China telah memetik Tentera Laut Vietnam sebagai berkata penerbangan MH370 berada di Laut China Selatan. Kapal Penyelamat telah dihantar ke kawasan itu, kata Al -Jazeera. 

3:00 pm : Tentera Laut Malaysia berkomunikasi dengan rakan sejawatannya dari Vietnam untuk mengesahkan laporan melihat bahawa bangkai penerbangan MH370 dieksani berhampiran sebuah pulau di sebelah selatan negara ini.

MAS meminta dua keluarga terdekat setiap penumpang berada di KLIA pada pukul 6 petang hari Sabtu. 

4:20 pm : Vietnam kerajaan mengesahkan bahawa penerbangan MH370 hilang di ruang udara Vietnam.

Gambar Serpihan Pesawat dikesan, Lapor Media China

0 Membangkang
Media china melaporkan telah menemui serpihan pesawat di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun belum dapat disahkan ianya milik kepada pesawat MH370 yang dilaporkan hilang

Ditemui di longitud 10.3.29 darjah timur dan  6.42 darjah utara seperti dilaporkan oleh Pegwai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang.


“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi.”

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi.”

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Sebelum ini satu gambar serpihan hampir serupa turut diambil oleh seorang penumpang yang juga menaiki pesawat MAS dari Beijing ke Kuala Lumpur pada pagi ahad lepas.

Dilaporkan lagi lokasi serpihan berada dalam jarak masa perjalanan 90 minit dari Kuala Lumpur. Logiknya MH370 telah terbang melebihi 90 minit sejurus sebelum dikesan hilang.

Popular Posts