Pemegang 2 Passport Palsu dikenalpasti

0 Membangkang
Kedua dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunapakai pasport palsu telah dikenalpasti warga Iran seperti disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Penumpang lelaki itu dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun; dipercayai bercadang untuk berhijrah ke Jerman dan Delavar Seyed Mohammad Redza, 30 tahun

"Kita telah semak latar belakang mereka. Kita juga telah semak profail mereka dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya mereka tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Ketua Polis Negara itu.

Pasport Austria milik kepada Christian Kozel yang dipegang oleh Pouria Nour telah disahkan dicuri di Phuket, Thailand. Sementara itu hasil siasatan Polis Thailand mendapati dua penumpang dengan dokumen curi itu berkemungkinan adalah pelarian yang mencari suaka di eropah. Ia berdasarkan kepada tempahan tiket dengan harga paling murah ditambah lagi dengan laluan transit KL - Beijing - Armsterdam sebelum menuju ke destinasi akhir masing masin di Frankfurt, Jerman dan Conpenhagen, Denmark.

"Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki," kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters pada Selasa.

Mereka dibantu oleh dua warga senegara yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang telah dilanggani sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat berkata dua penumpang pasport curi itu menggunakan pasport yang sama untuk masuk dan keluar dari Malaysia.

"Kita tidak dapat kesan. Sistem (pasport) kita biometrik. Saya tidak pasti pasport mereka ada biometrik atau tidak," katanya, sambil menegaskan semua protokol keselamatan sudah dipatuhi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Isnin memaklumkan siasatan berhubung isu pasport curi itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pasport.
Penumpang MH370 Warga Iran dengan Passport Palsu 

0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts