Balik Kampung!!!

0 Membangkang
Raya ni aku balik kampung awal seminggu dari orang lain. Tapi kena balik ke rumah mertua dulu macam selalu2, sbbnya kampung bini dekat dengan airport KK. Tahun ni pulak buat pertama kalinya balik kampung naik AirAsia untuk kakitangan kerajaan.. bagus jugak selain jimat duit kerajaan menyokong Sistem Penerbangan tambang Murah Malaysia ni.. lagipun naik AirAsia bukanlah buruk sangat. Airasia sekarang telah menukar semua kapalnya kepada kapal baru, tidak seperti masa awal operasinya dahulu pakai kapal second. lagipun ada makan sekali dalam pakej kerajaan. Yang bestnya lagi dapat hotseat dari no 1-5. untuk penumpang dengan hot seat ni ada banyak kelebihannya. pertama makan dia serve dulu, baru sorong troli jualan untuk layan orang lain. time nak naik kapal pun hot seat berlepas dulu, jd tak kira la kalau orglain dah beratur panjang pun kita diberi keutamaan untuk boarding first. Best kan. Untuk flight aku yang baru baru ni, pukul 4.00 pm LCCT-KKIA T2 Flight No AK5114 layanan mmg class. Lagipun semua pramugari dan pramugara muda muda, tak de senior sangat dan tak de nampak berlagak sangat. tak macam pramugari lain yang aku nampak sbelum ni. Raya lebih kurang sehari dua lagi, petang ni tengok anak bulan, kalau di Sabah tempat famous tengok anak bulan ni adalah di Tanjung Dumpil. Nama punya lah buruk.
Harap harap esok raya, jadi boleh lah makan puas puas. Ni Raya ke dua tanpa adik ku, aku pun belum hilang rasa sedih lagi kehilangan dia dalam keadaan belum sedia mental dan semuanya. Apa yang aku harap kami semua nanti berkumpul juga tidak kira dimana sekali pun, mungkin di alam barzakh, padang masyar, ataupun syurga kalau ada rezeki. Insya Allah

Saya Ada Bukti Bertulis – Mansor Puteh

0 Membangkang
Ditulis oleh Nonie Sabtu, 28 Ogos 2010 13:17

27 Ogos 2010, genap 22 tahun ketibaannya pertama kali di New York, dengan hasrat menggenggam segulung sarjana perfileman dari Universiti Columbia, Amerika Syarikat.

Namun sehingga ke hari ini, hasratnya terbantut gara-gara Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (Bank SME) tidak meluluskan pinjamannya sebanyak RM1.2 juta untuk menjalani penggambaran Malaysian Snow.

Mansor Puteh telah kemukakan saman RM40 juta dan sehingga kini pihaknya masih tidak menerima maklumbalas daripada pihak terlibat.

“Mahkamah telah tetapkan tarikh 20 September ini untuk mengemukakan segala dokumen berkaitan dan selepas itu barulah tarikh perbicaraan akan ditetapkan.

“Bank SME tak layan permohonan saya sedangkan saya sudah tunjukkan segala dokumen namun tetap dipertikaikan. Mereka kata saya tak buat apa yang diperlukan sedangkan saya mempunyai segala bukti bertulis dan dokumen sokongan yang diperlukan.

“Sepatutnya mereka menyokong dan suka apabila melihat filem Malaysia ingin diterbitkan di peringkat antarabangsa. Dan ini merupakan filem Malaysia pertama dibuat sebagai tesis. Akibat masalah ini, saya kerugian masa, wang dan sarjana saya terpaksa ditangguh dalam tempoh yang sangat lama. Sepatutnya saya tamat pengajian pada tahun 1985.

“Bukan senang nak cari RM1 juta. Saya sudah mohon di Finas namun gagal kerana mereka katakan tak sesuai dengan matlamat. Namun bagus juga isu ini timbul, sekurang-kurangnya orang akan buka mata dan ternanti-nanti akan filem ini. Dan akibat gagal menyempurnakan tesis saya telah disaman pihak universiti dan digesa untuk mempercepatkannya,” ujar Mansor kecewa.

Filem Malaysian Snow mengisahkan dua orang pelajar perkampungan nelayan di Kampung Serkam, Melaka yang membesar bersama namun terpaksa berpisah selepas tamat pengajian. Filem ini bakal dijalankan di 70 lokasi penggambaran termasuk Nottingham.

Beliau percaya filem ini lain daripada yang pernah dihasilkan pengarah di Malaysia dan merupakan hasil seni Malaysia yang tidak pernah dilihat masyarakat luar. Penghasilan Malaysian Snow adalah bertujuan untuk dicalonkan dalam Student Academy Award, satu anugerah tertinggi yang mengiktiraf hasil kerja seni pelajar seluruh dunia.



"Setiap kali terlintas kekecewaan apabila masalah ini timbul, saya akan melihat kembali kad pelajar untuk kembalikan semangat. Kad ini akan saya bawa ke mana-mana untuk menebus rasa hampa.

"Saya bangga menunjukkan kad ini kepada orang dan bangga mengatakan Barrack Obama merupakan antara pelajar yang pernah melanjutkan pengajian di Universiti Columbia.

Mansor juga mengimpikan untuk menerbitkan filem ini bersama 60 buah buku hasil penulisannya untuk mencipta rekod dunia. DIPETIK DARI MANGGA ONLINE


Boleh ke macam tu, kita nak pinjam duit org tak bagi dia pulak kena saman.. macam tu teruklah bank bank kat malaysia ni asyik kena saman je.. mengapa tidak mansur putih bermula dengan drama kecil kecilan dulu untuk mengumpul modal dan kemudian merangkak ke produksi filem sedikit demi sedikit, kumpul modal sendiri.. tidak semestinya idea hebat, pulangan yang kita dapat hebat. Mungkin sebab itu SME tidak berani meminjamkan 1.2 juta kepada beliau.. lagipun mansur putih dah cukup lama berdiri di luar garisan industri, aku kenal dia pun dari cakap cakap kosongnya di melodi yang mengkritik pedas pengarah pengarah besar Malaysia seperti Datuk Yusoof Haslam dan sebagainya.. mengapa tidak masa yang panjang tu diisi dengan pembuktian kepada penonton walaupun hanya sekadar 1drama atau paling kurang short film buah tangan dari Pengarah Madya malaysia yang sentiasa betul..

Popular Posts