Maxis Broadband = Lembab nok mapuh

0 Membangkang
Tipu punya Maxis Broadband, masa pujuk nak beli bukan main lagi dia, itu tak bagus, ini tak best, dia je terbaik... tengok2 aku duduk kat Seri Kembangan ni pun lembab gila babas, belum lagi tinggal kat Hutan Simpan Belum.. rasa cam nak baling je ke atas hidung, di antara dua kening promoter dia yang hari tu..

2h di Lahad Datu

0 Membangkang
Hari tu aku ke Bandar Lahad Datu, kesian kat bandar ni.. dipenuhi dengan PATI di setiap penjuru, akibatnya bandar jadi kotor dan budaya vandalisme berleluasa. Ni gambar tandas awam yang aku sempat ambil
Bukan berniat memburukkan bandar Lahad Datu, tapi bersimpati dengan penduduk sebenar daerah itu yang terpaksa berkongsi faciliti dengan hantu pati ni..

My Guitar Collection

0 Membangkang
Ni sebahagian Koleksi gitar yang aku kumpul setakat 29 tahun benafas ni.. beli kat Sungai Wang pada harga pukal RM 260.. classical nylon, kalu tak besa main boleh patah jari induk, sbb tali nylon mmg tak boleh nak bending, tapi kalau pinching mmg sedap. Lagi satu Fretboard / neck dia lebar dari gitar biasa.. lagu yang sedap main pakai gitar ni ialah.. percayakan padaku, classic soul by oscar lopez, golden dawn-malmsteen dan lagu2 classical..

















Sekali lagi aku datang kat sungai wang tu, sbb nak beli gitar karen pulak, kalu yg atas tu hasil gaji petama aku sebagai staf kerajaan, yang ni pulak hasil ot aku beberapa bulan.. murah je sampai malu nak tulis harga.. Untuk menjaga air muka penulis elok lah kita beranggapan yang harga gitar ni sekitar RM7000++. Aku tak minta warna merah tapi ni je yang tinggal, nak memilih sangat budget tak cukup.. aku rembat je













Jeng jeng.. gitar ni aku dapat hasil dari perkahwinan pertama dengan isteri sekarang.. ceritanya, masa berkawan dulu dia nak sangat belajar gitar, aku pulak nak sangat mengajar dia main gitar, jadi bila dia beli gitar ni aku yang bg spec dia.. mahal tak mahal sekali dengan beg RM 590.00 Hybrid gitar, maknanya boleh main unplugged dan main cucuk plug.. somewhere di sekitar bandar KK dia beli. guitar ni best kalu struming.. tapi aku dah tukar tali gitar karen









Ini yang terbaru, bagi tujuan menjaga imej penulis juga, marilah kita sama sama beranggapan gitar ni berharga sekitar RM2000+-..
Sound kering sbb pickup cikai, tapi body ringan sikit, mungkin sbb ada lubang kot..pickup licensed by floyd rose.




Sandakan, Sim sim

0 Membangkang

Kubur tepi bukit.. sudah sepatutnya pbt cari tempat lain untuk dijadikan tanah perkuburan, Jln Aman pun makin sempit

Silent n

0 Membangkang
Me alone, and my guitar..


I miss him very much..very very much...

Selalu aku guna perkataan rindu.. slalu aku dengar digunakan oleh orang orang.. begitu yang aku pernah tuliskan di surat, taipkan di sms, atau ucapkan di khalayak.. untuk satu waktu yang panjang, setakat itu yang aku paham maksud katanya rindu.. sampai saat ini, aku sedar rindu itu sendirinya tidak dapat membayangkan rasa hilangnya adik ku dari aku.. perlunya aku bergantung dengan dia dan untungnya aku selama bernyawa sewaktu disampingnya

Saat aku terpikir untuk menyebut rindunya aku pada hadirnya, bukan "rindu" itu yang aku mau, bukan kata itu yang aku maksud.. .. aku x penah katakan yang dia kembarku, " ooo dia tu macam kawanku" dia bukan kembar, sebahagian diriku adalah dirinya, sebahagian lagi adalah hasil dari tunjuk ajarnya dan rasa ingin menjadi sesuatu sepertinya. sayang aku x bisa menjadi dia, apa lagi menggantikan kehilangannya buat orang orang yang , ibu bapa ku, kakak adikku, kak atik yang paling dekat dan terasa kehilangannya.. aku sendiri mungkin tidak dirasa kehilangan andai di takdir aku yang pegi dulu kecuali baginya yang aku satu2nya abang.


aku kagum dengan dia. selama yang aku kenal aku x penah berhenti mengaguminya, sifatny, cekalnya, bersihnya, tangkasnya rasa ambik berat yang dia ada.. dan tentang dia seluruhnya.. aku bangga dikurnia adik sepertinya, aku x penah malu, berdiri mengaku lantang aku abangnya..

saat malam kian larut, aku memohon kepada Alah, agar tidak dipisahkan aku dari dia hanya dengan ajal dan maut.. Amin

Allahurabbi

0 Membangkang
Ya Allah, ampuni dosa adikku, tempatkan dia bersama orang beriman. Ya Allah
janganlah engkau siksa dia dengan azab kubur.. perkenankan lah doanya, taubatnya dan amalannya semasa hidup di dunia.. Ya Allah, Tuhan yang maha pengasih dan pengampun, luaskan lah kuburnya, sinari dengan rahmat dam nur mu Ya Allah.. amin ya rabbal al amin

Hampir 4 bulan

0 Membangkang
hampir empat bulan. Raya ni aku balik ke sabah, berkumpul adik beradik, tapi dalam suasana yang sangat berlainan. Tahun ini raya sudah hilang serinya.. saat mencium tangan mak aku menangis lagi.. akhir2 ni aku semakin sentimental, terlalu murah airmata untuk menitis. aku hilang malu untuk menangis sebagai lelaki.. biarlah, aku x pernah menangis kerana cerita2 cinta yang jelas rekaan semata.. tapi kasih sayang adik beradik, saudara darah daging sendiri bukan bandingan cinta yang hanya muncul selepas bertahun2 kita wujud..

hakikatnya aku sendirian di dunia, aku x cukup kuat untuk mendepani dunia tanpa adik ku yong.

Memancing..in my life

0 Membangkang
"Ayuk mancing kita",..
Aku dah stop memancing.. memancing bukan pasal tangkap ikan pada aku, memancing seluruhnya bermakna being close to my late brother Allahyarham Yong.. aku geli pegang cacing, potong katak dan macam lagi.. tapi aku hepi setiap kali keluar memancing. Sebab aku dapat keluar dengan dia, meneroka dunia kanak2 kami.. Adik ku mmg sangat minat dengan apa2 aktiviti memancing.. walaupun dengan budget yang low kami tetap memancing.. akhir2 ini, (3-4 bulan sebelum dia pergi, kami kerap keluar memancing sekitar dengkil, banting, kajang, bangi .. putrajaya) lari bila nampak kereta polis ( sbb memancing di putrajaya tak boleh) ada kalanya kami keluar dalam pukul 11 malam, pegi ke tasik lombong di puchong perdana.. Hairannya tiada seekor ikan pun yang kami dapat.. aku tak kisah pun x dapat ikan, yang penting aku dapat keluar berdua dengan adik ku, release tension dari masalah rumah, ofis, dunia.. tapi adik aku selalu mengeluh, kenapa ikan tak penah sangkut. walhal umpan dah bermacam macam, umpan yang sama kami pakai masa di kampung, tapi tak dapat menarik walau seekor ikan pun di sini, kemudian pakai umpan yang dibeli, direkomen oleh kawan kawan kaki pancing lain.. pun tak laku..
kemudian aku tersedar.. itulah petanda yang adik aku sudah tiada rezekinya di dunia ni kerana semakin hampir dengan waktunya..
I miss U bro.. aku ndak mintak untuk lama di dunia, tp bukan meminta untuk mati kerna mendoakan kematian itu haram hukumnya.. Dunia dan isinya hampir kosong bila mana half of my soul are gone forever.. Doa ku, agar kematian bukan penamat, kematian sendiri cuma sebahagian dari proses kehidupan, di sana nanti aku harapan ku hubungan adik beradik, ibu bapa tak kan putus selamanya

lagu cuti sekolah

1 Membangkang
Lagu cuti sekolah yang paling meninggalkan kesan paling dalam pada diriku dan adik beradik lain...

Hatiku riang bersama ayah
keliling kota amat gembira
ke sana ke mari dengan senang hati
berlagak seperti tuan puteri

marilah kawan bersuka ria
semasa kita cuti sekolah
puas lah sudah kita bergembira
di ini cuti sekolah

c/o
bila ku ke sekolah belajar semula
mengikut kata ayah jadi orang berguna
ilmu yang dapat semat di dalam dada
buat bekalan hidup di mana mana

keriangan kan datang sendiri
kiranya ilmu penuh dihati
puaslah sudah kita bergembira
di ini cuti sekolah
0 Membangkang
Al Fatihah untuk adik ku Yong.. untuk menulis sebegini pun hatiku berat untuk mengatakan yang dia sebenarnya sudah tiada.. kalau org lain daripada dia walaupun seribu org aku tak penah kisah pun.. tapi ini dia..

aku sayangkan adikku sampai bila bila. cuma buat masa ni kami terpisah oleh alam yang berbeza, insya Allah aku pun akan dijemput ke sana bila bila masa jak..

untuk Arwah Adik ku AL FATIHAH...

0 Membangkang
AL FATIHAH .....

17 Jun 2009, detik paling sedih dalam hidupku, adik paling aku sayang, paling mengambil berat terhadap kami sekeluarga.. pergi menghadap Allah. Semoga rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan besama org org saleh, amin ya rabbal al amin..

Yong, pergi mu x kan berganti, aku tau sampai bila bila pun x kan ada org yang sayang aku macam mana syg mu sama aku, sama adik2 lain, sama family kita, sama anak mu. aku sendiri pun x akan sayang sesiapa pun di dunia ni melebihi aku sayang kau, adik2 yang lain ibu bapa kita, isteri ku sendiri pun x penah aku rasa sayang macam mana aku sayang kau, anak cucu pun kalau ada x kan ada yang boleh mengganti..

Ya Allah, aku bermohon kepada mu Tuhan yang maha Esa, Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ampuni dosa adikku, pelihara lah dia sbg mana ibu bapa memelihara kami semsa kecil dan lebih lagi, tempatkan dia bersama para anbiya, awliya, muslimin dan muslimat, lapangkan dada adik ku dalam menghadapi alam kubur, aku memohon kepada mu Ya Allah agar diluaskan kuburnya, disinari nur Rahmat mu dan dibukakan pintu syurga untuk nya di alam sana, Ya Allah ya Tuhan ku, jadikanlah pusara adik sebagai salah satu dari taman taman mu di syurga, jadikanlah ya Allah pemergiannya ke alam kubur sebagai satu kelegaan baginya selepas mengharungi alam dunia yang memeritkan, biarlah bangunnya pada hari kiamat nanti sebagaimana bangunnya pengantin baru, yang belum puas menikmati malam..

Amin Ya Rabbal al amin...

Popular Posts