Compose lagu..

0 Membangkang
Cuti tahun baru cina ni, takde keja aku cari keje.. lagu ni aku ambik masa dua minggu nak siapkan.. cuti ni 4 hari aku peruntukkan untuk compose, and video editing.. enjoy... jiwang sikit, tapi time ni kan masih umur 13 tahun

Wallpaper lagi

0 Membangkang
Best pulak adobe photoshop ni,
beberapa lagi wallpaper lukis pakai photopshop

Donut Kulit Telur

0 Membangkang
Mudah saja membuat Donut jenis ni, tapi jarang jarang ditemui di pasaran, lagi pun resepi tidak sengaja ini kurang diminati penggemar donut lain.. Berminat, datang beramai ramai ke Cafe Usahawan, MeCD Presint 2 Putrajaya, bersebelahan bangunan JPN.




















Mesti makcik tu ingat aku kondem donut dia, nak buat camna ko buat kuih cincai2, pastu jual

Buat Wallpaper guna Photoshop Cs2

0 Membangkang



Aku minat dengan warna biru langit, tapi aku x suka laut.. aku lebih suka hutan dan suasana dalam hutan. aku baru perasan aku x minat warna hijau.. jadi bila buat wallpaper, hutan pun jadi warna biru laut..













Selepas2tu aku buat lain pulak



Hutan di somewhere






















Brushes test, sebelum digunakan melukis, tapi bila dah banyak kali tindih, nampak ada charcter pulak.
Kisah anjing dan buah anggur. cerita mengenai seekor anjing yang nak sangat merasa buah anggur yang berbuah paras paras hidung orang. penat melompat2 masa nak petik buah anggur tu anjing tu give up, sambil bercakap,
" ah bukannya sedap pun buah anggur tu, macam la aku nak sangat, dah la *&^ ,".
Banyak berlaku di sekeliling kita cerita serupa begini. sebab tu bila herman berlagak aku selalu tanya,
"eh, kau tau ka cerita pasal anjing sama buah anggur tu?'

























Mengabadikan kekiutan wife sendiri dalam Photoshop..

Baby & its baby

0 Membangkang
Its baby ke her baby, ntah.., sekolah pun tak tinggi mana. takpelah salah sikit.. Satu lagi watak penting dalam cerita kehidupan seharian. Baby dan anak2 nya.. Baby ni dibeli dengan harga bebrapa ratus RM di sebuah pet shop di Bangi, asal nya nak beli seekor anak kucing jantan.. mula2 tanya sebelum tu harga dah ngam dah. bila datang esoknya nak ambil harga naik sekali ganda pulak. Harga yang dipersetujui sebelum tu untuk anak kucing betina.. kami pun fikir, tak pa la kalau betina pun, boleh produce anak.. Jadi wife aku pun ambil la anak kucing betina yang kemudiannya selepas 2 hari befikir nama yang sesuai baru lah di panggil baby. Baby ni Persian + Local, sbb tu bulu mcm parsi tapi muka nampak local.. aku lebih suka macam tu daripada muka penyek parsi, bukannya comel pun, mahal je lebih.. ah dah jd macam cerita anjing ngan buah anggur la pulak!





Baby, dia ingat time ni dia comel, dia cuba melupakan time dia kena hambat pakai sangkutan baju warna oren tempo hari














Kun, berfikir tentang kejadian kucing dan tanggungjawab mereka terhadap pencipta






















Nampak tenang, sebenarnya Kun baru diherdik isteri penulis atas kelantangannya yang kuat mempercayai yang kucing juga punya hak untuk bersuara dan perlunya masa tidur yang berkualiti.









Ini Com, bosan mendengar karenah artis artis tempatan yang lebih banyak menjual cerita peribadi daripada kualiti persembahan mereka. Tanpa merujuk pada mana mana artis terlibat dia berharap akan adanya sinar muncul mengembalikan kegemilangan muzik tanahair seperti di sekitar tahun 60an. begitu harapan si kecil molek ini yang juga meminati lagu Jong jong Inai dan Bunga Melur











Com lagi, masa ni com sangat merindui alam rahim, syahdu bila mengenangkan com membongkok berbentuk C pepet sambil berkongsi ruang bersama adik beradik yang lain. Sayang sejurus selepas gambar ini diambil, com cedera selepas tengah belakang disiram air panas dipercayai dilakukan oleh penulis sendiri selepas dia gagal menjawab pertanyaan tuannya "mana remote astro?"

Com cuba menilai penulis, dia tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya terhadap kekurangan bekalan makanan di sesetengah negara dunia ketiga dan rancangannya untuk memungut dana yang hampir pasti gagal dilaksanakan





















This is Tina. Tina adalah terjemahan Com dalam bentuk positif dan optimistik, dia percaya yang bumi berbentuk bulat juga Alexender The Great dan Iskandar Zulkarnain dua individu berbeza tapi pernah tinggal di asrama lelaki yang sama, walaupun dibantah oleh kebanyakan kucing hatta dari ibu kandung dan bapa mertua ibunya













Berpandangan Jauh. Tina berkira kira untuk menubuhkan





















Tidak seperti rupanya yang hina dan serupa makhluk sumpahan Neraka Jahim, Smeagol petah pada tutur bicaranya.. berpegang kuat kepada prinsip jus Soli dan tidak tunduk kepada tekanan



GAMBAR:Smeagol menyuarakan kebimbangannya tentang pemanasan global dan kesan terhadap industri kelapa sawit dunia...







Mengenang mukanya yang seperti setompok taik separa kering dan masih hangat, terkadang Smeagol merasa kekurangan dirinya menghalangnya untuk pergi jauh lagi ke peringkat antarabangsa dalam mengejar cita2nya muncul sebagai pemidato terbaik pada Pidato Piala Diraja German, di Karachi Oktober depan.





Popular Posts