Sultan Perak - Sultan Azlan Shah Mangkat

0 Membangkang


Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Duka cita dimaklum Sultan Perak Sultan Azlan Shah mangkat pada pukul 1:31 tengahari tadi. jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.

Berita itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Khadir secara langsung di RTM hari sebentar tadi.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Penghormatan terakhir  bagi pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi esok manakala oleh orang ramai bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2  petang hingga 3 petang.

Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu. 

Semua hiburan dan keraian ditanggguhkan dalam tempoh tujuh hari. Menteri besar juga mengumumkan cuti umum di Perak selama sehari esok sebagai tanda berkabung. 

AlFatihah.. 

Sumber: Astro Awani




Popular Posts