Satu klik dapat USD$1.16 - 4ever-in-time.blogspot.com

0 Membangkang
Alhamdulillah, baru je semalam entry pasal hujanbatu.com yang dapat klik $3 lebih.. hari ni time aku pulak dapat satu klik $1.16. Tapi satu tu je lah yang klik pun.. tak pe still bersyukur lagi.. aku rasa lepas tukar keyword ni ni lah kali pertama aku dapat klik yang valuenya lebih $1.

Orang lain cerita pasal nilai 1 klik, aku pulak heboh pasal pendapatan satu hari yang cuma $1. Fine, still bersyukur lagi, kalau hari hari macam ni, dalam masa lebih kurang 3 bulan lagi dapat lah aku merasa duit adsense.

Thanks hujanbatu.com, walaupun dia tak tau langsung aku tengah mengumpat hebat kat dia di sini. Sebenarnya selepas tengok post dia semalam aku pun bekira2 nak buat blog baru berkeywordkan automotive jugak. Tapi research punya research rasa cam tak boleh blah je, sudahnya aku pilih keyword lain.
Takpe lah, sekurang2nya semangat aku untuk buat research balik, find theme, edit html untuk site baru, datang balik, berkobar2 pulak tu..

Karnival Usahawan Jerlun

0 Membangkang
Dua minggu lepas aku ke Jerlun untuk bertugas sebagai Petugas Pameran sempena Karnival Usahawan Neveri Kedah 2011. Ni buat kat tempat Datuk Mukhriz. Ini kali ke dua aku pijak Kedah selepas habis belajar dari UUM tahun 2004. Tapi kali ni aku tak sempat nak ke Sintok. Takde bajet

Aku pegi dengan duit di poket ada RM16 je.. punya la kesian. Tapi sebab nak claim mileage untuk outstation ni aku bawak jugak kereta sendiri. Kalau tumpang kawan alamatnya tak dapat lah nak claim.
Minyak dan tol cukup cukup je.

Aku sewa motel kat Shahab Perdana. Ina D'sukma Motel. Sebab lain tempat tak boleh masuk selagi tak bayar deposit. Jadi tempat ni je lah yang layak untuk aku. Deposit RM 10, bayar masa check out..

Oklah aku pun check out hari gaji.. selesai masalah penginapan. Tp sesuai dengan harga motel ni yang kelas ayam, memang banyak kesakithatian yang berlaku di sini. Malam pertama aku nak tido aku bunuh 11 ekor nyamuk sebelum tutup lampu nak tido. Minta kat penjaga dia boleh jawab,

" kat sini nyamuk memang banyak, kalau kita sembur ubat pun kat luar lagi banyak. Tak kan habis. pasang je lah kipas", katanya penuh sopan.

Aku pun terima hakikat kerana ni je bajet yang aku ada time tu.. Nak masuk bilik mandi, singki penuh dengan muntah / sisa makanan. tak dibersihkan sampai lah hari aku check out.

Masuk bilik mandi lagi lah banyak nyamuk. Kat atas lantai ada pisau dapur panjang 6 inci, dah berkarat terbiar di sudut kolah. Dekat sangat dengan ibu jari kalau aku duduk mencangkung mandi bogel.

Tuala pulak nipis sangat. Tuala anak aku pun lagi tebal dari tuala dia. Dan yang best tuala tak tukar sampai 4 hari..

Best sungguh pengalaman selama menginap di sini. Aku bukan komplen. sekali lagi, AKU BUKAN KOMPLEN, aku nak share je pengalaman. Sebab aku bayar RM30 je semalam.. memang padanlah dengan nilai dia. lain lah kalau kat KK RM 30 tu boleh la di kategori kan sebagai bilik tidur.. cuma banyak ayam..

Satu klik dapat USD$3.68! - hujanbatu.com

0 Membangkang

NI aku capture dari blogger Encik hujanbatu. Gila babas pendapatan Adsense sampai mcm tu.. tapi kalau baca kat komen komen dia ni kira tak power lagi, ada yang sampai satu klik dapat $15. Punya la meriah hidup dia. Aku setakat ni masih kekal di bawah taraf miskin tegar lagi.. tak sampai pun $4.

Blog berbahasa Inggeris ni mmg payah kalau kita sendiri pun tak paham apa yang kita tulis. Itu pun eksyen je tulis 'tulis'. Sebenarnya banyak 'copy paste' je pun.

Menurut encik hujanbatu ni, keyword yang dia gunakan adalah berkaitan automotive.. itu general tu. Kena buat kajian sendiri lagi.. ada satu ebook yang aku beli tu hari tu dia cakap elakkan guna keyword macam gini sbb payah nak bersaing dengan mereka yang dah lebih arif. Alamatnya tak laku la website kita tu.. ye la diorang dah spend ribu raban untuk promote website diorang, confirm la blog kita ni duduk belakang belakang.

Tapi mcmmana hujanbatu.com ni masih boleh survive.. senang je, aku jawab kat diri aku sendiri sebab hujan batu tu antara yang advance kot.. mungkin dia pun dah spend ratus-ratis untuk promote blog dia..

Apa pun tahniah, aku tak jeles pun.. entry ni untuk menambahkan semangat yang dah makin hilang untuk buat adsense ni kpd aku dan tak langsung pada mereka2 yang jugak terpernah lagi cash out duit adsense..
alah aku bukan tak pandai, aku je tak nak.. buat apa nak side income, gaji aku kan dah besar ( cis riak tak betempat) gaji pun lepas sikit je dari margin miskin tegar di bandar.. pi buat adsense tuh..

Popular Posts