Satu klik dapat USD$3.68! - hujanbatu.com

0 Membangkang

NI aku capture dari blogger Encik hujanbatu. Gila babas pendapatan Adsense sampai mcm tu.. tapi kalau baca kat komen komen dia ni kira tak power lagi, ada yang sampai satu klik dapat $15. Punya la meriah hidup dia. Aku setakat ni masih kekal di bawah taraf miskin tegar lagi.. tak sampai pun $4.

Blog berbahasa Inggeris ni mmg payah kalau kita sendiri pun tak paham apa yang kita tulis. Itu pun eksyen je tulis 'tulis'. Sebenarnya banyak 'copy paste' je pun.

Menurut encik hujanbatu ni, keyword yang dia gunakan adalah berkaitan automotive.. itu general tu. Kena buat kajian sendiri lagi.. ada satu ebook yang aku beli tu hari tu dia cakap elakkan guna keyword macam gini sbb payah nak bersaing dengan mereka yang dah lebih arif. Alamatnya tak laku la website kita tu.. ye la diorang dah spend ribu raban untuk promote website diorang, confirm la blog kita ni duduk belakang belakang.

Tapi mcmmana hujanbatu.com ni masih boleh survive.. senang je, aku jawab kat diri aku sendiri sebab hujan batu tu antara yang advance kot.. mungkin dia pun dah spend ratus-ratis untuk promote blog dia..

Apa pun tahniah, aku tak jeles pun.. entry ni untuk menambahkan semangat yang dah makin hilang untuk buat adsense ni kpd aku dan tak langsung pada mereka2 yang jugak terpernah lagi cash out duit adsense..
alah aku bukan tak pandai, aku je tak nak.. buat apa nak side income, gaji aku kan dah besar ( cis riak tak betempat) gaji pun lepas sikit je dari margin miskin tegar di bandar.. pi buat adsense tuh..

0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts