Singapore kalahkan Malaysia kelayakan Piala Dunia

0 Membangkang
Panas betul aku semalam. Apa pun permainan Singapura lebih berkualiti (tolak belakon pura2 nazak tengah padang). Kita kena belajar sebahagian taktik Singapura kalau nak main lebih bagus. Hantaran jauh yang dibuat oleh pemain singapore lebih tepat. Manakala hantaran jauh pemain kita masih banyak kekurangan. Ahmad fakri misalnya nak bola dihantar tepat ke kaki dia. kalau nak kejar tunggu tahun depan la.

Sharbinee pun satu lagi, goal kick gila -gila jauh, tapi sia sia dapat kat kaki defend lawan. buat apa, ptuih.. tengok gol tunggal singapura.. goal kick tepat ke mamat tua tu, tanduk ke china buncit tu tinggal tolak masuk je. GOL.

nak buat counter attack, nak atur stategi, even nak score gol pun pentingkan hantaran jauh yang tepat, kalau tak mimpi la nak jadi gergasi bola sepak.

Masa sekolah dulu, walaupun main cuma untuk sekolah tapi jurulatih cikai aku pun ada tekan kan. JANGAN BUANG BOLA TAK TENTU PASAL. Maknanya kalau tak terdesak tak payah la buang bole keluar padang, dah tentu tentu lawan dapat lontaran masuk. Dia la yang pegang bola..

Sama jugak kalau defend nak buang bola, main rembat je ke atas, dapat kat defend lawan buat apa.. senang senang je dia atur balik serangan. tak payah nak rebut bola, dekat2 gol malaysia defend malaysia akan sepak balik ke tempat lawan.. cuba pegang bola tu, passing sesama sendiri.

kalau coach sekolah pun boleh fikir aku rasa banyak lagi datuk jurulatih patut diberi.

aku cuma kenal dua tiga orang je pemain malaysia, Safee, Khairul Fahmee, Muslim, Mahali, Gunalan, Norshahrul Idlan.. yang lain main lebih kurang je..

bukan apa.. gaji pemain dibayar atas peruntukan kerajaan, pendapatan kerajaan pula melalui cukai2. Pendek kata dari pada duit kita yang menonton dan tak tonton ni. Kalau boleh biarlah pemain yang betul2 menghargai posisi mereka sebagai pemain negara yang menerima gaji dari duit rakyat Malaysia.. bukan sebab diorang hebat, bukan sebab orang lain tak cukup hebat.

Aku tetap sokong Harimau Malaya, penyokong lain jangan lah sampai mencarut dan menghina peribadi pemain. Cukup skill permainan. Dan Team Negara pun kena terima pendapat penyokong.. oklah kalau ada orang nak ambil tahu, ikut perkembangan..

Polis bertindak ke atas Perhimpunan Haram

0 Membangkang
Aku tak kata Bersih. Malas aku nak kaitkan politik dengan blog aku. Apa pun gambar-gambar kat bawah ni untuk release tension korang je..  







Lagi 10 Imej menarik yang dicapture Google Earth

0 Membangkang

Shot ni diambil dari atas Alberta, Kanada. Jelas dapat dilihat wajah dan hairdress native Amerika Ia juga digelar Badlands Guardian. Bentuk ni wujud pada lembah tanah liat. Sesetengah orang melihatnya sebagai orang sambil dengar earphone. Aku pun nampak macam tu jugak. Sebenarnya tali earphone dan lubang telinga tu jalan dan telaga minyak. Macam tu lebih kurang



 Ni pun bestu jugak. Peminat Oprah, pada tahun 2004 telah mengukir/membuat apa benda nak sebut, kata menganyam macam tak sesuai la pulak, korang letak lah word yang sesuai. Dia buat kat ladang jagung dia sendiri atas penghargaan kepada Celebrity wanita terkenal kat amerika ni. Adalah sikit muka Oprah, tapi yang heran macam mana dia pantau lukisan dia dari mula, payah jugak sbb pandangan ni jauh dari atas udara. Org kalau dah expert macam nilah. Kacang je dia buat.




 Ni pun tak kurang jugak bestnya. Ada pulak jet pejuang kat tempat letak kereta. Gambar ni diambil berdekatan Paris. Ada orang kata ni Model Skala penuh Mirage 2000 dekat kampus Universiti Paris. manakala pendapat lain menyatakan bahawa ia adalah Mirage lama yang berpusat di pejabat Systeme Dassault.


 Atlantis Found? Gambar ni diambil diluar pantai Afrika. Grid tu macam struktur jalan yang teratur, macam bandar moden, Saiz grid ni sebesar Wales. Besar tu.




Tasik merah darah di Iraq telah membawa kepada khabar angin yang menakutkan bahawa ia telah disebabkan oleh rumah sembelih yang berdekatan. (bukan sembelih unta, tapi sembelih orang) Tapi skeptik pulak cakap mungkin pencemaran air pada kumbahan yang menyebabkan air tu tukar kaler, atas alasan ketidak seimbangan kimia.


 Jassim SS feri Bolivia kargo yang terkandas dan tenggelam pada Reef Wingate di luar pantai Sudan pada tahun 2003. Bila dah tau info rasa macam dah tak amazing pulak.. takpelah



Pada tahun 2006, Oregon State University Linux Users  mereka bentuk logo Firefox gergasi di ladang jagung di Oregon. Bulatan tanaman yang besar menjangkau 45000 kaki persegi dan telah dicipta pada sambutan 50 juta pelayar muat turun  Web. Bepeluh ketiak diorang dengar ceritanya.  Nice Work!


 Ok ini translatenya.
Tidak hairanlah pulau berbentuk hati yang ditemui di Google Earth menjadi hit besar di hari Valentine. Ia terletak di Adriatic di luar pantai Croatia dan kini tidak didiami. Ia adalah 130,000 kilometer persegi dan telah dinamakan Galesnjak. Pemilik pulau itu tidak pun sedar bentuknya sehingga dia telah dibanjiri dengan permintaan dari pasangan romantis yang ingin menyewa pulau!

Pemilik pulau tu yang tak tahan. Pulau pun ada pemilik, ni mesti orang kaya gila babas ni





Korang nampak tak bentuk Santa claus tu.. bahagian kepala macam real semulajadi, tapi kaki perfect pulak.
Ni kat Finland. tinggi santa ni dalam 36 batu.. memang tak logik kalau ada orang buat. takde faedah.. so aku terima je la semulajadi.




Base Coronado Naval amfibia di San Diego dibina semula pada tahun 1967. arkitek dan pembina seolah tahu bahawa gambar yang diambil oleh Google Earth pada tahun 2007  akan mendedahkan bahawa empat bangunan yang tidak berkaitan membentuk bentuk swastika. Secara tak sengaja. Diulang, tak sengaja. Tentera Laut Amerika menghabiskan $ 600.000 untuk mengubah ataupun menyembunyikan bentuk ini. ye la, ni kat amerika, kang kotroversi pulak ada lambang nazi

Popular Posts