Kredit Kad untuk Paypal dan ebay

1 Membangkang
Huh. berjaya jugak aku bukak akaun ketiga dalam ebay. Bagi yang bergelar ebayer mungkin menghadapi masalah ini bila ingin membuka multiple akaun. Penyelesaian paling famous yang aku biasa dengar adalah verify guna VCC. Aku tak sampai ke tahap tu lagi. Masih hijau lagi, ibarat kalau baby, masih pakai lampin. 
Tapi tak menolak mungkin suatu hari nanti aku pun terpaksa menagih khidmat member2 yang tawarkan VCC servis.
Public Bank Debit Card
 Akaun ebay pertama aku berjaya buka dengan menggunakan Debit Ccard Public Bank. Sangat mudah berurusan dengan Public Bank, staff professional dan boleh dilihat dari cara kerja yang cepat dan pantas. Berlari - lari anak lagi nak ke mesin fotostat. Sungguh menjadi kalau itu lakonan la. Tapi aku pasti memang staff dia kerja macam tu, nak nak pulak penyelia pun duduk sekali kat belakang kaunter.

Di bandingkan dengan BSN. Pengalaman aku memang tak manis langsung, Ok sikit je dari berurusan di Pejabat POS. Dah la tu aku, kata nak cerita pasal paypal-ebay. Ok cukup.


Credit Card EON Bank
Tapi memang betul, cara kerja diorang memang...dah dah, sajer je. Ok Ebay akaun yang ke dua aku buka awal 2012 tanpa tujuan apa-apa. Langsung tiada dalam memory bila masa bukak ni, sebab dan tujuan pun tak ingat, otak pun tak bagi kerjasama sangat.


Debit Kad Maybank
Ini adalah Debit Kad yang paling famous. Akaun ke tiga adalah dari servis Debit Kad Maybank ni. Aku dah lama ada kad ni, aku tukar pun semata mata nak buat ebay. Tapi pada masa tu Debit Kad Maybank hanya untuk urusan beli belah di pasaraya sahaja. Belum boleh digunakan dalam urusan Online. Atas sebab tu lah aku buka akaun Public Bank pada masa tu bila dapat tahu debit kad Maybank belum boleh online transaction. Carannya mudah sahaja, datang ke Cawangan Maybank terdekat, kata kat kaunter nak apply Debit Kad. Diorang akan ambil kad ATM kuning buruk anda tu untuk digantikan dengan kad seperti di atas.

Aku cuma dapat tahu yang kad debit Maybank dah boleh buat online transaction selepas maklumat tu dah basi. Time tu baru lah aku buka, lebih kurang dalam bulan September 2012. Pada masa tu aku beranggapan ini adalah akaun ebay dan paypal yang kedua aku.

Bila nak buka akaun ketiga, maklumat Kad Kredit EON Bank yang aku masukkan asyik clash dengan sistem paypal. Katanya telah digunakan untuk akaun pengguna sedia ada. Apa kena paypal ni, ni kad aku aku tau la.

Cek punya cek rupanya memang ya bulan mac 2012 aku ter apply paypal guna kredit kad tu, dan dah dapat verification code pun (RM10). Sangat misteri - hanya orang buruk akhlak sahaja yang tak perasan dia guna kad sendiri dan daftar akaun lalu berperasangka orang lain menggunakannya secara salah. Tapi sebab yang buruk akhlak tu aku kenal rapat, aku diamkan ajer.




Popular Posts