Pertandingan Bowling Unit PC

0 Membangkang
Semalam pertandingan bowling. Tempat keja lama yang anjur tapi semua ex pc dijemput untuk memeriahkan lagi acara.. best jugak teringat balik masa masa best di situ dulu..

aku memang tahap bangang kalau main game ni, org lain boleh baling kuat aku baling lembik dari perempuan, bini aku pun pakai bola 12 lbs, aku pakai bola 8 tu pun sbb bola 6-7 jari tak muat nak masuk, kecik sangat.

tau je semalam nak main pertandingan lepas gaji minggu lepas aku pun start training. sampai sakit sakit tangan, kena pulak isnin selasa aku dapat mc sbb sakit mata, aku bantai main sampai lima game. lagi pun kat south city plaza RM10 5 game kalau main sebelum pukul 2.00 pm.

esoknya aku bantai lagi main.. sampai nak lumpuh separuh badan

sekali main malam tadi, tak sampai 100 pun point, lemah batin betul la, nasib baik org lain pun tak pandai sangat, pastu aku kena pulak team yang boleh tahan, dapat la second place peringkat kumpulan.. tapi kalau bukan sbb aku mungkin dorang boleh menang.

Blind Type - My way

0 Membangkang
Sekitar tahun 2000 dulu lebih kurang dalam bulan 7, time ni aku begelar freshie.. aku kagum betul bila ada sorang budak chinese menaip tanpa tengok keyboard duduk sebelah aku, jarang org boleh taip macam ni, ada pun dalam movie ataupun kerani2 professional.. itu pun sbb attend kursus yang dah confirm kena bayar..

aku terus terusan kagum sampai memikirkan yang blind type ni hanya orang orang terpilih je yang boleh buat.. aku pulak dalam kategori org yang tak tepilih tu.. sampai satu hari bila aku mengajar member finger plucking untuk acoustic guitar.. aku terang kan pada dia konon jari manis untuk tali satu, jari fuck untuk tali 2 dan jari telunjuk untuk tali tiga, jangan ada jari yang memandai2 petik tali selain dari tali yg dah ditentukan untuk diorang.. aku pun terfikir, kalau ada 26 huruf kat keyboard bahagi dengan 8 jari maknanya satu jari boleh cover sampai 4 letter..

aku start dengan membuka on screen keyboard pada start menu>all program>accesories>accessibilty

















Dengan melihat itu pada monitor dan meletak jari pada huruf default asdf hjkl untuk 8 jari kiri dan kanan aku mula membiasakan jari untuk membahagikan tugas mengconquer huruf huruf tertentu tanpa ada pertindihan/perkongsian huruf dan jari..




PENTING: jgn sesekali tengok jari kat keyboard, atau pun keyboard, ataupun papan kekunci ataupun butang2 huruf yg disertakan sekali masa kroang beli komputer tu!! KALAU ENGKAR: sampai bulan Oktober 2024 ppun korang tak kan pandai2,(pandai sikit je dari ayam kalau iye pun)

berpandukan on screen keyboard aku cuba merangkak2 mencari kedudukan huruf dan jari terdekat yang sepatutnya menekan.. dalam masa tiga hari dah boleh hafal kedudukan semua 26 huruf ni,.. tak lama pun.. dan untuk betul2 lancar cuma mengambil masa 2 minggu sahaja.. tak rugi aku berteori2 sebelum ni, oh ya untuk praktis aku pasang lagu slow, buka notepad dan cuba menaip lirik lagu yang sedang dinyanyikan, lagu yang aku buat praktis tu aku masih ingat lagi, Joget Senyum Memikat dari CT..



Hari yang ke 7, seeloknya selepas maghrib cuba test diri anda dengan mengisi butang2 kosong yang diberi dibawah, ini ujian untuk menguatkan ingatan tumpul anda..

Jangan Tengok Keyboard kalau tak anda takkan lebih pandai dari lembu bunting hampir selama lamanya (pernah dilaporkan seorang wanita di Britain Putus urat keting kerana cuba menipu diri sendiri dan rakan siber lain dengan menjeling ke arah cermin muka yang sengaja diletakkan di sebelah kiri keyboard) aku sendiri pun kurang percaya tapi takut jugak nak melanggar pantang.. salah satu sebabnya aku tak tau pun apa fungsi sbenar urat keting, takut2 bila dah putus menjejaskan fungsi rahim dan organ badan lain!





CUBA Isi tempat kosong dengan cara kau sendiri, kau nak conteng marker kat atas monitor pun boleh tapi ingat2 lah, komputer kau tu ada lekat sticker Hak milik kerajaan




















Sebenarnya tak semua kerani pun tahu blind type, sepanjang aku kerja hampir 10 tahun (swasta + gomen) tak penah lagi aku jumpa org yang betul2 boleh blind type ni kecuali PA Boss tu pun sorang je, sbb masa muda muda dulu dia penah belajar trengkas, masa tu taip pakai mesin taip lagi.. lagi terrer dari aku...

disertakan dibawah ni gambarajah kedudukan jari, - ikut cara aku la, sbnarnya kedudukan jari yang sebenar adalah asdf jkl; tapi sbb aku dah biasa guna asdf hjkl jadi aku malas dah nak tukar2, bukannya dosa pun..

lagi satu dulu bila tekan huruf kat keyboard, display on screen keyboard tu akan blinking masa pakai windows NT, ni bila dah pakai XP dan above tekan lama lama pun dia buat dek je, jadi susah la kita nak tau huruf apa yang jari kita dok tekan tu..


Dalam ayat ringkas yang sesuai untuk menerangkan semua perenggan di atas adalah

"UNTUNG ADA AKU YANG PANDAI CUBA MENGAJAR MEMBER2 YANG LANGSUNG TAK PANDAI DAN TERFIKIR WALAUPUN DIBERI JISIM DAN JIRIM OTAK LEBIH KURANG"

Kisah Sedih Kasih Sayang adik beradik

0 Membangkang
kisah kasih sayang
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah – ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”
“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. .
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”
“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. “
“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

kiriman:”Khu-Z”

UTHM batu pahat Johor

0 Membangkang
Balik dari KK pulak aku sekali lagi dikejutkan dengan berita mengejut kononnya aku terpaksa pergi ke UTHM pada sabtu itu dengan meminjam kereta kawan isteri untuk membajet minyak dan lagi kerana road tax kereta yang telah mati sejak bulan lima lalu.. Terkedu dengan berita itu aku menyiap-nyiapkan diri sambil menyerah diri kepada takdir sepenuhnya. Kononnya lagi kami akan bertolak tepat pukul 9 pagi dari putrajaya memandangkan adik ipar dan mak mertua sampai ke Airport Senai lebih kurang dalam pukul 1 ptg. Namun akibat karenah birokrasi kami hanya bertolak lebih kurang pukul 12 t/hari.

Hati terasa berdebar-debar saat masuk ke simpang Air Hitam, entah mengapa tiba tiba kami terserempak dengan lampu isyarat berwarna hijau. Tanpa sempat berfikir panjang aku menekan minyak dan bernafas dengan sendiri. Rupanya rupanya UTHM bukan di Air Hitam ni tapi di batu pahat, patut lah semasa melalui lampu isyarat tadi seorang pakcik sedang membonceng motosikal. Pada mulanya aku merasa ragu tapi berkat hari sabtu aku bernafas semula.

Kami melalui bandar air hitam dengan memutuskan untuk belok ke sebelah kanan. Sepanjang perjalanan aku perasan kami memakai tali pinggang. Tak banyak yang boleh kami makan dalam perjalanan ini selain singgah sarapan Nasi Lemak Ayam di RnR Seremban, Tom Yam dan Nasi Goreng USA, Ayam Penyet Ria selera Jawa timur Resep Ibu Ruth di Simpang air Hitam dan Tom Yam Kelapa. Akhirnya kami menjumpai Sign Board UTHM dan berpatah balik ke putrajaya..

Popular Posts