Aku Bermain Gitar

0 Membangkang

Lagu ni dipopularkan oleh kumpulan nasyid top era 80-an, Belajar Mengucap Sendiri dari Cromok

2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta.

0 Membangkang
2nd Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2010, atau dalam bahasa melayunya belon.. atau sesuatu tentang belon-belon.. Hari ni second last day sebelum penutupan esok yang konfirm lagi sesak dari apa yang dilalui tadi.. U nak berita serius u klik sini, tak kuasa I.

Selepas tiga hari berlangsung, walaupun nampak je dari tingkap ofis tapi tak berkesempatan menghantar body ke tapak fiesta belon ni.. tadi pun org kata plock shot. Terdapat 23 hot air ballon kali ini dengan penyertaan dari 12 negara.. cakap banyak org bukan nak tau sangat. Ni aku bagi gambar..


Sebelum pasang api, kipas angin saiz badak sumbu diperlukan untuk mengembangkan mulut belon, jadi bila pasang api tak le terbakar kain terpal buat belon tu..

Seorang amoey yang lawa sengaja mengambil gambar di depan aku snap foto ni, sedar tak sedar bila tengok ada 17 gambar hampir serupa yang aku ambil terdpat muka amoey yang kiut ni..

"nasib baik dia dah cukur, "itu pandangan pertama disuarakan rakan seofis..





kebanyakkan belon yang terbang awal belon bebentuk tradisional... bila last last baru la Dark Vader Starwars keluar....















Walaupun nampak dah terbang tinggi, belon ni belum pun mencecah tiang lampu ni. Bayangkan tinggi tiang lampu ini, setinggi pokok pisang udang..










Seperti yang anda lihat dlm gambar, time nak snap je, tiba2 pokok di sblah enterframe.. lebih kurang dua kali mengelak pun dia enterframe jugak malas la delete gambar ni, lagi pun dia dah sindir,

''kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak''

aku pun ambil beberapa foto pokok ni bersendirian untuk menjaga hatinya, tak sampai 5 minit aku delete semuanya.. aku tak minat gajah.






Dalam sibuk sibuk tu aku sempat ambil gambar jeans koyak, pulak tu koyak kat atas.. kalau tang lutut ke buku lali takpe jugak..









Belon Pengintip dari Israel, beberapa saat sebelum jatuh terhempas dibedil pejuang hamas, Jurucakap Hamas dipetik sebagai berkata" Kami tak sengaja, kami sangka burung gagak.."
Macam- macam diorang ni
















Jangan percaya semua info di atas.. Semua Auta

Popular Posts