Selepas tiga hari berlangsung, walaupun nampak je dari tingkap ofis tapi tak berkesempatan menghantar body ke tapak fiesta belon ni.. tadi pun org kata plock shot. Terdapat 23 hot air ballon kali ini dengan penyertaan dari 12 negara.. cakap banyak org bukan nak tau sangat. Ni aku bagi gambar..
Sebelum pasang api, kipas angin saiz badak sumbu diperlukan untuk mengembangkan mulut belon, jadi bila pasang api tak le terbakar kain terpal buat belon tu..
Seorang amoey yang lawa sengaja mengambil gambar di depan aku snap foto ni, sedar tak sedar bila tengok ada 17 gambar hampir serupa yang aku ambil terdpat muka amoey yang kiut ni..
"nasib baik dia dah cukur, "itu pandangan pertama disuarakan rakan seofis..
kebanyakkan belon yang terbang awal belon bebentuk tradisional... bila last last baru la Dark Vader Starwars keluar....
Walaupun nampak dah terbang tinggi, belon ni belum pun mencecah tiang lampu ni. Bayangkan tinggi tiang lampu ini, setinggi pokok pisang udang..
Seperti yang anda lihat dlm gambar, time nak snap je, tiba2 pokok di sblah enterframe.. lebih kurang dua kali mengelak pun dia enterframe jugak malas la delete gambar ni, lagi pun dia dah sindir,
''kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak''
aku pun ambil beberapa foto pokok ni bersendirian untuk menjaga hatinya, tak sampai 5 minit aku delete semuanya.. aku tak minat gajah.
Dalam sibuk sibuk tu aku sempat ambil gambar jeans koyak, pulak tu koyak kat atas.. kalau tang lutut ke buku lali takpe jugak..
0 Membangkang:
Post a Comment