Semalam ku bermimpi

0 Membangkang
Semalam aku mimpi lagi, dalam bilik yang bahang panas, dua kali aku tebangun. tapi x menganggu langsung perjalanan dan karekter dalam mimpi ku.. kali ni aku mimpi mengusung dua jenazah. Sorang Islam sorang lagi ahli gereja.. aku dahulukan mencari ahli gereja kalau kalau ada yang tau dan mau menguruskan mayat yang tengah aku tolak atas troli.. sampai akhir mimpi ku , dengan bantuan sorang mualaf, datang sorang abg bukan islam menunjukkan cara menguruskan jenazah, bukan pada mayat ahlinya, tapi mengurus jenazah islam. Dengan cara yang paling salah..
Bila tebangun ralat dan sedikit pelik. Kenapa nak dahulukan org yang satu tu. Apa maksudnya..

Alam Mimpi

0 Membangkang
Akhir ni aku kerap bermimpi, tejaga di tengah malam, cuba menafsir kira kira apa maksudnya mimpi itu berkisar tentang.. kira kira apa maksud tersirat yang dikandung bersama.. sayang bila aku tidur semula ingatan, gambaran dan sekitar yang wujud dalam alam semalam cuma tinggal biasan dan kesan kimia yang menala mood pada otak tatkala bangun pada esok harinya. mungkin perlu aku bawa pen dan kertas masa tidur, jugak lampu suluh. atau rakam di handset, kalau kalau malam ni aku dijenguk mimpi yang aneh lagi.

Seri Kembangan New Pasar Malam

0 Membangkang
Pasar Malam baru dibuka di Seri Kembangan hari ni, betul betul depan rumah aku.. kalau membelakang betul betul belakang aku..




Ni hari pembukaan, kalau lagi sebulan dua meriah la pasar malam kat rumah aku ni, lagi sesak la nak cari parking.. lepas tu tempat aku yang terpencil ni pun jadi tumpuan org, ramai lah penyewa, berebut lah lagi tempat paking..




Menjelang malam, pasar ni jadi lebih meriah. Banyak makanan jual kat sini, tapi atas nasihat doktor aku tangguhkan niat makan besar untuk malam ni, tunggu dalam dua tiga minggu lagi...

Klinik Kesihatan Putrajaya

0 Membangkang

Kali kedua aku ke Klinik minggu ni, first masa selasa lepas, bila baring rasa pitam dan pandangan berpusing.. cuma ambil ubat pening dari dr Klinik Mega. Hari ni aku pegi lagi klinik putrajaya, kali ni free cuma masa menunggu kena lama sikit, hampir 3 jam tunggu baru sampai giliran..

Klinik putrajaya pun ada peningkatan dalam sistem komputernya, 2 tahun lepas masa aku sering beulang alik ke sini, dr sendiri merungut yang sistem melambatkan kerja, kerana perlu menaip di komputer untuk setiap jenis penyakit yang didiognosis dan kemudian taip lagi nama ubat yang perlu diberi, sambil tu semua maklumat pesakit diupload ke dalam sistem sebelum pesakit boleh ke farmasi untuk ambil ubat dan balik tidur.. hari ni sistem boleh detect apa istilah yang dr nak taipkan, mcm guna dictionary utnuk taip mesej tu.. jadi kerja doktor pun jadi senang dan masa yang diambil menjadi lebih singkat.

Atas nasihat dr aku kena pegi klinik setiap minggu untuk bulan ni, dan jumpa dr untuk minggu ke empat. Tekanan darah tinggi konon..

Kisah sedih tawanan perang Australia di Kundasang Sabah

0 Membangkang
3 tahun lepas aku balik ke kampung mertua kat Beaufort sabah, kemudian memandu Myvi ke kampung aku pulak di Tawau. Perjalanan mengambil masa lebih 13 jam, kalau tak stop2 11 jam sampai kot..





Dalam perjalanan pulang dari Tawau kami singgah sekejap di Kundasang War Memorial Park, tempat di mana kubu tentera bersekutu ditewaskan jepun dan kemudian kubu tersebut ditawan dan dijadikan kubu kuat jepun. Apa yang menariknya pada dinding kubu 4 tingkat tersebut dikisahkan tentang 183 tawanan perang australia yang di tawan oleh jepun dan dipaksa berjalan kaki sejauh hampir 300 km dari batu 8 Sandakan, melalui hutan tebal dan banjaran Crocker selama lebih seminggu.




Ramai tentera aussie yang dibunuh sepanjang perjalanan tersebut, kebanyakkan yang sakit dan cedera krn tentera jepun tidak memberi rehat dan makan secukupnya kpd Prisoner Of War (POW) ini.. bagi tentera yang terselamat, setiap beberapa tahun, bersama keluarga dan sahabat handai mereka mengadakan perjumpaan di Memorial Park ini untuk mengenang kembali sambil berkongsi cerita bersama rakan askar lain dan keluarga mereka.. dari gambar yang aku tengok ni agak veteren jugak la askar2 aussie yang masih hidup ni, lebih kurang 90an. Ada jugak famili dari askar yang terkorban yang turut datang pada setiap perjumpaan, dalam satu kes tu sorang macik org putih yang dah tua macam seluar dalam yang dipakai lebih dari 4 tahun. Makcik ni salah seorang isteri kpd askar yang dibunuh dan tak sampai dalam perjalanan 300km ni.



Ni adalah puisi hasil nukilan salah seorang askar australia terbabit, bila masa dia tulis tak tau, masa dalam tawanan ataupun masa dah bebas. Atau mungkin tak sempat bebas dah padam.. Tapi yang pasti bukan time tengah kena escort 300km dari sandakan tu, kalau masa tu ada masa lagi dia nak menulis mmg sajer je nak kena sebat kat bontot oleh tentera jepun time tu.



http://www.ww2australia.gov.au/behindwire/story_marches.html


Sedihnya 885 POW yang tinggal di sandakan disiksa dan dibunuh kejam oleh tentera jepun, Baki seramai lebih 500 org dikerahkan untuk berpindah ke kem baru, apa yang disifatkan sebagai Death Marches oleh ahli sejarah - perjalanan maut dari Sandakan ke Kundasang, dalam dua trip berasingan.


Drpd 500++ ini hanya 183 sampai ke kubu tersebut dimana yang lainnya di bunuh dalam perjalanan, disebabkan tak larat, cedera dan di serang penyakit.


Menjelang 27 ogos, baki tentera ini dihukum bunuh oleh jepun, 12 hari selepas Jepun menyerah kalah secara rasmi.. Hanya 6 orang terselamat ; seorang british dan yang lain aussie selepas perang tamat. 6 org ni lah yang mnceritakan derita dan kesengsaraan yang dihadapi oleh lebih 2000 tentera bersekutu sebelum dibunuh di borneo. Kalau tak pening jugak pegawai aset mencari mana pi lebih 2000 set baju askar hilang


Selepas beberapa hari balik dari mengunjungi Memorial Park ni, aku jadi lebih sentimental dan kerap bersin.. ahh itu takde kena mengena.

Mandi Safar!!

0 Membangkang
Tetiba aku teringat tentang ini ni. Kami dibesarkan dalam komuniti luar bandar yang samar untuk membezakan antara amalan agama dan budaya. Atau setidak - tidaknya untuk sehingga awal tahun 90-an.
Salah satunya adalah amalan mandi safar yang diamalkan oleh beberapa kampung di beberapa tempat (sungai) yang tidak ditetapkan tapi menjadi lokasi tetap setiap tahun. Untuk beberapa tahun amalan ni disangkakan sebahagian dari amalan islam, sehinggalah JHEINS formerly known as Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) besar besaran menjelaskan antara amalan sebenar dan khurafat di sabah.
Aku bukan mau berhujah itu benar ini salah, tapi aku setuju dan sangat boleh menerima yang mandi safar adalah salah dan menyimpang dari akidah. Yang aku mau ingat cuma suasana, kenangan dan menyimpannya sbgi satu dari jujukan memori dalam hidup di sepanjang timeline aku membesar.
Mandi safar dilakukan pada rabu terakhir dalam bulan safar. pada waktu ini walaupun bukan waktu cuti, beberapa pekerja dari mana mana sektor tak kisah awam swasta pun ada diberi kelepasan oleh majikan untuk menyertai mandi safar, bukan lama pun, sejam dua.
Mandi ramai ramai dalam satu kawasan public, dah jadi macam bekelah.
Satu kebiasaan yang lucu adalah selepas mandi safar kami akan menjumpai seluar dalam yang dibuang di sungai. bukan satu tapi boleh tahan banyak dan meriah dalam kelainan warnanya. Selalunya yang dijumpai adalah seluar dalam perempuan lebih banyak dari lelaki, hampir 90% sedangkan masa mandi lebih kurang sama banyaknya. Mungkin lojiknya diorang mandi berkemban pakai kain sarung jadi kalau dah buang pun masih ada penutup badan. Orang lelaki pulak mandi seluar pendek jadi payah la nak buang seluar dalam, kena tanggal dulu seluar pendek tu. Itu lojiknya.
Yang tak lojiknya, masyarakat dulu dulu percaya bila dah buang underwear macam tu boleh lah menolak bala dalam tempoh tahun itu.

2010 First Working Day

0 Membangkang
Hari pertama bekerja tahun ni aku kongsi dengan tak sampai separuh org ofis aku hari ni, yang lain memilih esok sbg hari pertama diorang, ramai jugak yang sambung cuti, anak menangis tak nak ditinggalkan di hari pertama persekolahan, EL terlajak cuti. Budak hermantino ni lagi la, seminggu direct terus dia cuti..
Penat bulan lepas tak habis lagi, banyak pameran dibuat oleh KDN last2 minit tu. Bachok, JPN Putrajaya,Sepang,Subang. Last sekali kat melaka, tapi yang tu bhgn tarik diri, tak cukup staff sbb ramai yang cuti hujung tahun.. yang tak bestnya cuti umum krismas n tahun baru aku habiskan duduk di rumah sbb dah takde duit nak buang, habis sebagai pendahuluan sewa bilik hotel dan belanja makan minum, sepanjang pameran berlangsung..

beberapa gambar untuk tatapan..

New Year yang ke 29 kali

0 Membangkang
Masuk tahun ni dah 29 kali new year. Aku belum sedia lagi mau tingggalkan 2009, banyak kenangan dan peristiwa jadi tahun ni.. biarlah.

Popular Posts