Klinik Kesihatan Putrajaya

0 Membangkang

Kali kedua aku ke Klinik minggu ni, first masa selasa lepas, bila baring rasa pitam dan pandangan berpusing.. cuma ambil ubat pening dari dr Klinik Mega. Hari ni aku pegi lagi klinik putrajaya, kali ni free cuma masa menunggu kena lama sikit, hampir 3 jam tunggu baru sampai giliran..

Klinik putrajaya pun ada peningkatan dalam sistem komputernya, 2 tahun lepas masa aku sering beulang alik ke sini, dr sendiri merungut yang sistem melambatkan kerja, kerana perlu menaip di komputer untuk setiap jenis penyakit yang didiognosis dan kemudian taip lagi nama ubat yang perlu diberi, sambil tu semua maklumat pesakit diupload ke dalam sistem sebelum pesakit boleh ke farmasi untuk ambil ubat dan balik tidur.. hari ni sistem boleh detect apa istilah yang dr nak taipkan, mcm guna dictionary utnuk taip mesej tu.. jadi kerja doktor pun jadi senang dan masa yang diambil menjadi lebih singkat.

Atas nasihat dr aku kena pegi klinik setiap minggu untuk bulan ni, dan jumpa dr untuk minggu ke empat. Tekanan darah tinggi konon..

0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts