Mandi Safar!!

0 Membangkang
Tetiba aku teringat tentang ini ni. Kami dibesarkan dalam komuniti luar bandar yang samar untuk membezakan antara amalan agama dan budaya. Atau setidak - tidaknya untuk sehingga awal tahun 90-an.
Salah satunya adalah amalan mandi safar yang diamalkan oleh beberapa kampung di beberapa tempat (sungai) yang tidak ditetapkan tapi menjadi lokasi tetap setiap tahun. Untuk beberapa tahun amalan ni disangkakan sebahagian dari amalan islam, sehinggalah JHEINS formerly known as Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) besar besaran menjelaskan antara amalan sebenar dan khurafat di sabah.
Aku bukan mau berhujah itu benar ini salah, tapi aku setuju dan sangat boleh menerima yang mandi safar adalah salah dan menyimpang dari akidah. Yang aku mau ingat cuma suasana, kenangan dan menyimpannya sbgi satu dari jujukan memori dalam hidup di sepanjang timeline aku membesar.
Mandi safar dilakukan pada rabu terakhir dalam bulan safar. pada waktu ini walaupun bukan waktu cuti, beberapa pekerja dari mana mana sektor tak kisah awam swasta pun ada diberi kelepasan oleh majikan untuk menyertai mandi safar, bukan lama pun, sejam dua.
Mandi ramai ramai dalam satu kawasan public, dah jadi macam bekelah.
Satu kebiasaan yang lucu adalah selepas mandi safar kami akan menjumpai seluar dalam yang dibuang di sungai. bukan satu tapi boleh tahan banyak dan meriah dalam kelainan warnanya. Selalunya yang dijumpai adalah seluar dalam perempuan lebih banyak dari lelaki, hampir 90% sedangkan masa mandi lebih kurang sama banyaknya. Mungkin lojiknya diorang mandi berkemban pakai kain sarung jadi kalau dah buang pun masih ada penutup badan. Orang lelaki pulak mandi seluar pendek jadi payah la nak buang seluar dalam, kena tanggal dulu seluar pendek tu. Itu lojiknya.
Yang tak lojiknya, masyarakat dulu dulu percaya bila dah buang underwear macam tu boleh lah menolak bala dalam tempoh tahun itu.

0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts