Kisah sedih tawanan perang Australia di Kundasang Sabah

0 Membangkang
3 tahun lepas aku balik ke kampung mertua di Beaufort sabah, kemudian memandu Myvi ke kampung aku pulak di Tawau. Perjalanan mengambil masa lebih 13 jam, kalau tak stop2 11 jam sampai kot..





Dalam perjalanan pulang dari Tawau kami singgah sekejap di Kundasang War Memorial Park, tempat di mana kubu tentera bersekutu ditewaskan jepun dan kemudian kubu tersebut ditawan dan dijadikan kubu kuat jepun. Apa yang menariknya pada dinding kubu 4 tingkat tersebut dikisahkan tentang 183 tawanan perang australia yang di tawan oleh jepun dan dipaksa berjalan kaki sejauh hampir 300 km dari batu 8 Sandakan, melalui hutan tebal dan banjaran Crocker selama lebih seminggu.




Ramai tentera aussie yang dibunuh sepanjang perjalanan tersebut, kebanyakkan yang sakit dan cedera krn tentera jepun tidak memberi rehat dan makan secukupnya kpd Prisoner Of War (POW) ini.. bagi tentera yang terselamat, setiap beberapa tahun, bersama keluarga dan sahabat handai mereka mengadakan perjumpaan di Memorial Park ini untuk mengenang kembali sambil berkongsi cerita bersama rakan askar lain dan keluarga mereka.. dari gambar yang aku tengok ni agak veteren jugak la askar2 aussie yang masih hidup ni, lebih kurang 90an. Ada jugak famili dari askar yang terkorban yang turut datang pada setiap perjumpaan, dalam satu kes tu sorang macik org putih yang dah tua macam seluar dalam yang dipakai lebih dari 4 tahun. Makcik ni salah seorang isteri kpd askar yang dibunuh dan tak sampai dalam perjalanan 300km ni.



Ni adalah puisi hasil nukilan salah seorang askar australia terbabit, bila masa dia tulis tak tau, masa dalam tawanan ataupun masa dah bebas. Atau mungkin tak sempat bebas dah padam.. Tapi yang pasti bukan time tengah kena escort 300km dari sandakan tu, kalau masa tu ada masa lagi dia nak menulis mmg sajer je nak kena sebat kat bontot oleh tentera jepun time tu.


http://www.ww2australia.gov.au/behindwire/story_marches.html

Sedihnya 885 POW yang tinggal di sandakan disiksa dan dibunuh kejam oleh tentera jepun, Baki seramai lebih 500 org dikerahkan untuk berpindah ke kem baru, apa yang disifatkan sebagai Death Marches oleh ahli sejarah - perjalanan maut dari Sandakan ke Kundasang, dalam dua trip berasingan.

Drpd 500++ ini hanya 183 sampai ke kubu tersebut dimana yang lainnya di bunuh dalam perjalanan, disebabkan tak larat, cedera dan di serang penyakit.

Menjelang 27 ogos, baki tentera ini dihukum bunuh oleh jepun, 12 hari selepas Jepun menyerah kalah secara rasmi.. Hanya 6 orang terselamat ; seorang british dan yang lain aussie selepas perang tamat. 6 org ni lah yang mnceritakan derita dan kesengsaraan yang dihadapi oleh lebih 2000 tentera bersekutu sebelum dibunuh di borneo. Kalau tak pening jugak pegawai aset mencari mana pi lebih 2000 set baju askar hilang

Selepas beberapa hari balik dari mengunjungi Memorial Park ni, aku jadi lebih sentimental dan kerap bersin.. ahh itu takde kena mengena.

0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts