KEJOHANAN BADMINTON JPN PUTRAJAYA

0 Membangkang

Dah lama aku tak main badminton. Lama jugak tak menang.. Semalam kejohanan badminton JPN di presint 18.. kali ni giliran aku pulak begelar johan.. pehg. tak sangka langsung, berumula sebagai underdog kemudian pelan2 merangkak ke setiap pusingan, semua rubber game, mana tak letih..

Bermula dari pusingan kelayakan lagi dah jumpa org terrer.. cuma di pusingan kedua jumpa beregu yang senang la sikit nak ditundukkan, selepas tu start dari quater final, semi, and final semua main tiga set.. set ketiga perlawanan akhir paling dramatik, ketinggalan 0-7, tinggal lagi 4-10, kemudian 8-12, 10-15( time ni opponent sempat cakap kat partner dia dalam dialek kelantan, main rilek je, dah jauh tinggal) kemudian kami cuba kejar tapi diorang semakin hampir tamat, 14-18, kemudian nya lagi bila dah jadi 18-20 semuanya jadi seakan- berakhir dengan keputusan kami kalah, tapi bila dapat smash dengan separuh menjerit, di sini la turning pointnya. dalam keadaan dah lemah kami bejaya merampas servis dan mendahului 21-20. Dekat nak menang diorang bangkit jadikan kedudukan 21-22, bila km matikan untuk point di sini, tinggal satu lagi point untuk kami begelar juara.. di sini la time nya, YESS aku jadi johan jugak last last..

Resepi kejayaan?

panadol activefast ngan 100plus, 2 bijik setiap satu game..
Taklah, semalam aku mmg betul2 demam tu la bantai panadol..

aku ndak dapat lari dari membayangkan Allahyarham adikku bediri di tepi gelanggang sambil menyokong aku.. macam selalu..saat paling getir aku cabar diriku untuk lakukan sesuatu yang dia pasti bangga... kalau dia masih ada.

Dia org paling bangga bila aku dapat capai sesuatu.. dia x malu untuk mengaku aku lebih hebat.. walhal sebenarnya pada aku dirinya la terjemahan untuk perkataan HEBAT... cuma aku jak yang tak pandai untuk mengaku dan tunjukkan pada dia..

Yong, ni untuk kau dik.. aku menang jugak..

Al-Fatihah

Sejuk badan

0 Membangkang
aku baca thread ni kat forum mana tah http://mforum3.cari.com.my/archiver/?tid-222927-page-7.html
tiba2 tangan n badan rasa sejuk semacam, aku buat excersiza ringan pun masih rasa seram sejuk jak..
tanda2 mau meninggal ni kali

Gah nya Bisaya Beaufort!!

0 Membangkang
Aku terpanggil untuk mencoret kisah awal kemunculan bangsa bisaya di Sabah yang kebanyakkannya menghuni Pantai Barat Sabah terutama Beaufort..merangkap asal usul bangsa isteriku..

Menurut lagenda nenek moyang bisaya berasal dari keluarga yang berhijrah ke utara Borneo. Mereka mempunyai 7 orang anak dengan 6 daripadanya adalah lelaki, yang sulung bernama Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting). Alak Betatar adalah anak bungsu kepada pasangan ini dan jugak watak utama dalam sejarah awal kemunculan bangsa bisaya dan lebih mengagumkan lagi permulaan kerjaan Islam Brunei..








Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan raja barunai yang keputusannya dimenangi oleh Alak Betatar @ Awang Alah Betabar dan diangkat menjadi raja Barunah atau Barunai ( kemungkinan asal perkataan Pulau Borneo kerana pernah dicatatkan Borneo sebagai Bruni Island oleh individu berpengaruh british lama) yang bertempat di Sungai Klias Beaufort dengan sebelum ini dikenali sebagai Kota Klias, Pusat Pemerintahan Kerajaan Borneo Utara terawal...

Alak Betatar kemudiannya memeluk Islam pada tahun 1363 dengan gelaran Sultan Mohamad Shah dan berkahwin dengan Puteri Pingai @ Puteri Johor dari Temasek atau Singapura Tua..

Pada tahun 1370 Sultan Muhamad Shah berpindah ke Brunei dan menjadi Sultan Brunei Pertama dan mengangkat anaknya Sultan Ahmad Koyoh sebegai pemerintah Kerajaan Barunah di Kota Klias..

Dibawah pemerintahan Sultan Awang Koyoh, Barunah dalam keaadaan aman dan makmur kesinambungan dari peninggalan sultan Muhamad shah. Beliau tidak mempunyai ramai anak, menurut sejarah beliau ada dua orang putera iaitu Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim dan Panglima Awang Alapu atau Lapu-Lapu..

































Kisah penculikan Sultan Awang Koyoh melalui tipu muslihat Sultan Sulu mengakibat kan isteri baginda di bawa lari ke Sulu manakala baginda dapat menyelamatkan diri dengan terjun ke laut dan mengalami kecederaan. Peristiwa ini menimbulkan kemarahan yang meluap2 pada putera dan kerajaan baginda dan dengan keizinan kakandanya Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim , Panglima Awang Alapu mengepalai rombongan menyerang Kerajaan Sulu dan menjatuhkannya..


 Serangan dilancarkan sebaik sampai di perairan sulu dan diceritakan Kerajaan sulu dapat dihancurkan sehancur-hancurnya, Awang Alapu kemudiannya atas cintanya kepada kerajaan Barunah dan maruah bangsa bisaya berazam menetap di sebuah pulau yang menjadi markas baginda melumpuhkan kegiatan lanun yang sebelum ini banyak menggangu perairan Borneo.. 


Lokasi Kepulauan Visaya di Filipina.


Sehingga kini pulau tersebut dikenali sebagai pulau Bisaya sempena pahlawan-pahlawan Bisaya yang sanggup mati disana bagi menghalang kemasukan lanun ke perairan Borneo. Setelah penjajah barat menguasai Sulu maka perkataan Bisaya bertukar menjadi Visaya. 


Kejadian tersebut dirakamkan sekitar 1500 masihi dan sehingga kini, kenangan pahlawan Bisaya yang diketuai Panglima Awang Alapu kekal dalam ingatan sanubari keturunan Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar. Berita terakhir yang diterima ialah apabila kejayaan Panglima Awang Alapu menumpaskan angkatan tentera Sepanyol yang diketuai oleh Ferdinand Magellan pada 1521 masihi.(sejarah mencatatkan Ferdinand Magellan dibunuh oleh seseorang dipanggil Lapu-lapu)






Sejarah perjalanan Awang Alak Betatar sebenarnya telah menempuh pelbagai onak dan duri yang bertali arus. Secebis kisah yang tidak diuar-uarkan ialah perjalanan pertama baginda ke gunung Kinabalu yang mana telah membawa penemuan besi tahi bintang atau Karusani. 


Setelah berjaya menumbangkan tembadau bertanduk emas yang selama ini merosakkan tanaman halianya, tanpa disedari pemburuan tersebut membawa baginda ke gunung Kinabalu. Besi tahi bintang yang diperolehi baginda telah ditempa menjadi dua bilah pedang yang panjang dan berwarna hitam. Menurut maklumat yang diperolehi, semasa Awang Alak Betatar menguasai kerajaan Barunah, bersama-sama baginda tersisip sebilah pedang dipinggang baginda sebagai senjata dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah Azza wa jalla. Sebilah pedang lagi baginda titipkan kepada anakanda baginda Sultan Awang Koyoh. Oleh itu, senjata yang menjadi tanda keturunan baginda telah hilang dan menjadi misteri sehingga kini.

Menurut cerita, seorang nelayan berbangsa Bisaya dari Labuan telah menemui sebilah keris dalam perut seekor ikan dan beliau pernah diberitahu sebelum kemangkatan Sultan Awang Kuyoh, baginda memegang sebilah keris kebesaran kerajaannya. Keris tersebut juga mempunyai pertalian dengan kesultanan Borneo suatu ketika dahulu.

Salah satu senjata yang sehingga kini masih menjadi misteri ialah keris emas yang merupakan senjata sulit Sultan Awang Koyoh bin Sultan Muhammad Shah. Selain itu, andiban emas juga merupakan senjata penting bagi mempertahankan diri daripada musuh. Ini merupakan fakta yang menjelaskan tentang tradisi bangsa Bisaya yang memiliki andiban sebagai senjata warisan keluarga.



Popular Posts