Menurut lagenda nenek moyang bisaya berasal dari keluarga yang berhijrah ke utara Borneo. Mereka mempunyai 7 orang anak dengan 6 daripadanya adalah lelaki, yang sulung bernama Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting). Alak Betatar adalah anak bungsu kepada pasangan ini dan jugak watak utama dalam sejarah awal kemunculan bangsa bisaya dan lebih mengagumkan lagi permulaan kerjaan Islam Brunei..
Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan raja barunai yang keputusannya dimenangi oleh Alak Betatar @ Awang Alah Betabar dan diangkat menjadi raja Barunah atau Barunai ( kemungkinan asal perkataan Pulau Borneo kerana pernah dicatatkan Borneo sebagai Bruni Island oleh individu berpengaruh british lama) yang bertempat di Sungai Klias Beaufort dengan sebelum ini dikenali sebagai Kota Klias, Pusat Pemerintahan Kerajaan Borneo Utara terawal...
Alak Betatar kemudiannya memeluk Islam pada tahun 1363 dengan gelaran Sultan Mohamad Shah dan berkahwin dengan Puteri Pingai @ Puteri Johor dari Temasek atau Singapura Tua..
Pada tahun 1370 Sultan Muhamad Shah berpindah ke Brunei dan menjadi Sultan Brunei Pertama dan mengangkat anaknya Sultan Ahmad Koyoh sebegai pemerintah Kerajaan Barunah di Kota Klias..
Dibawah pemerintahan Sultan Awang Koyoh, Barunah dalam keaadaan aman dan makmur kesinambungan dari peninggalan sultan Muhamad shah. Beliau tidak mempunyai ramai anak, menurut sejarah beliau ada dua orang putera iaitu Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim dan Panglima Awang Alapu atau Lapu-Lapu..
Kisah penculikan Sultan Awang Koyoh melalui tipu muslihat Sultan Sulu mengakibat kan isteri baginda di bawa lari ke Sulu manakala baginda dapat menyelamatkan diri dengan terjun ke laut dan mengalami kecederaan. Peristiwa ini menimbulkan kemarahan yang meluap2 pada putera dan kerajaan baginda dan dengan keizinan kakandanya Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim , Panglima Awang Alapu mengepalai rombongan menyerang Kerajaan Sulu dan menjatuhkannya..
Serangan dilancarkan sebaik sampai di perairan sulu dan diceritakan Kerajaan sulu dapat dihancurkan sehancur-hancurnya, Awang Alapu kemudiannya atas cintanya kepada kerajaan Barunah dan maruah bangsa bisaya berazam menetap di sebuah pulau yang menjadi markas baginda melumpuhkan kegiatan lanun yang sebelum ini banyak menggangu perairan Borneo..
Lokasi Kepulauan Visaya di Filipina. |
Sehingga kini pulau tersebut dikenali sebagai pulau Bisaya sempena pahlawan-pahlawan Bisaya yang sanggup mati disana bagi menghalang kemasukan lanun ke perairan Borneo. Setelah penjajah barat menguasai Sulu maka perkataan Bisaya bertukar menjadi Visaya.
Kejadian tersebut dirakamkan sekitar 1500 masihi dan sehingga kini, kenangan pahlawan Bisaya yang diketuai Panglima Awang Alapu kekal dalam ingatan sanubari keturunan Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar. Berita terakhir yang diterima ialah apabila kejayaan Panglima Awang Alapu menumpaskan angkatan tentera Sepanyol yang diketuai oleh Ferdinand Magellan pada 1521 masihi.(sejarah mencatatkan Ferdinand Magellan dibunuh oleh seseorang dipanggil Lapu-lapu)
Sejarah perjalanan Awang Alak Betatar sebenarnya telah menempuh pelbagai onak dan duri yang bertali arus. Secebis kisah yang tidak diuar-uarkan ialah perjalanan pertama baginda ke gunung Kinabalu yang mana telah membawa penemuan besi tahi bintang atau Karusani.
Setelah berjaya menumbangkan tembadau bertanduk emas yang selama ini merosakkan tanaman halianya, tanpa disedari pemburuan tersebut membawa baginda ke gunung Kinabalu. Besi tahi bintang yang diperolehi baginda telah ditempa menjadi dua bilah pedang yang panjang dan berwarna hitam. Menurut maklumat yang diperolehi, semasa Awang Alak Betatar menguasai kerajaan Barunah, bersama-sama baginda tersisip sebilah pedang dipinggang baginda sebagai senjata dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah Azza wa jalla. Sebilah pedang lagi baginda titipkan kepada anakanda baginda Sultan Awang Koyoh. Oleh itu, senjata yang menjadi tanda keturunan baginda telah hilang dan menjadi misteri sehingga kini.
Menurut cerita, seorang nelayan berbangsa Bisaya dari Labuan telah menemui sebilah keris dalam perut seekor ikan dan beliau pernah diberitahu sebelum kemangkatan Sultan Awang Kuyoh, baginda memegang sebilah keris kebesaran kerajaannya. Keris tersebut juga mempunyai pertalian dengan kesultanan Borneo suatu ketika dahulu.
Salah satu senjata yang sehingga kini masih menjadi misteri ialah keris emas yang merupakan senjata sulit Sultan Awang Koyoh bin Sultan Muhammad Shah. Selain itu, andiban emas juga merupakan senjata penting bagi mempertahankan diri daripada musuh. Ini merupakan fakta yang menjelaskan tentang tradisi bangsa Bisaya yang memiliki andiban sebagai senjata warisan keluarga.
0 Membangkang:
Post a Comment