untuk Arwah Adik ku AL FATIHAH...

0 Membangkang
AL FATIHAH .....

17 Jun 2009, detik paling sedih dalam hidupku, adik paling aku sayang, paling mengambil berat terhadap kami sekeluarga.. pergi menghadap Allah. Semoga rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan besama org org saleh, amin ya rabbal al amin..

Yong, pergi mu x kan berganti, aku tau sampai bila bila pun x kan ada org yang sayang aku macam mana syg mu sama aku, sama adik2 lain, sama family kita, sama anak mu. aku sendiri pun x akan sayang sesiapa pun di dunia ni melebihi aku sayang kau, adik2 yang lain ibu bapa kita, isteri ku sendiri pun x penah aku rasa sayang macam mana aku sayang kau, anak cucu pun kalau ada x kan ada yang boleh mengganti..

Ya Allah, aku bermohon kepada mu Tuhan yang maha Esa, Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ampuni dosa adikku, pelihara lah dia sbg mana ibu bapa memelihara kami semsa kecil dan lebih lagi, tempatkan dia bersama para anbiya, awliya, muslimin dan muslimat, lapangkan dada adik ku dalam menghadapi alam kubur, aku memohon kepada mu Ya Allah agar diluaskan kuburnya, disinari nur Rahmat mu dan dibukakan pintu syurga untuk nya di alam sana, Ya Allah ya Tuhan ku, jadikanlah pusara adik sebagai salah satu dari taman taman mu di syurga, jadikanlah ya Allah pemergiannya ke alam kubur sebagai satu kelegaan baginya selepas mengharungi alam dunia yang memeritkan, biarlah bangunnya pada hari kiamat nanti sebagaimana bangunnya pengantin baru, yang belum puas menikmati malam..

Amin Ya Rabbal al amin...

Popular Posts