My Guitar Collection

0 Membangkang
Ni sebahagian Koleksi gitar yang aku kumpul setakat 29 tahun benafas ni.. beli kat Sungai Wang pada harga pukal RM 260.. classical nylon, kalu tak besa main boleh patah jari induk, sbb tali nylon mmg tak boleh nak bending, tapi kalau pinching mmg sedap. Lagi satu Fretboard / neck dia lebar dari gitar biasa.. lagu yang sedap main pakai gitar ni ialah.. percayakan padaku, classic soul by oscar lopez, golden dawn-malmsteen dan lagu2 classical..

















Sekali lagi aku datang kat sungai wang tu, sbb nak beli gitar karen pulak, kalu yg atas tu hasil gaji petama aku sebagai staf kerajaan, yang ni pulak hasil ot aku beberapa bulan.. murah je sampai malu nak tulis harga.. Untuk menjaga air muka penulis elok lah kita beranggapan yang harga gitar ni sekitar RM7000++. Aku tak minta warna merah tapi ni je yang tinggal, nak memilih sangat budget tak cukup.. aku rembat je













Jeng jeng.. gitar ni aku dapat hasil dari perkahwinan pertama dengan isteri sekarang.. ceritanya, masa berkawan dulu dia nak sangat belajar gitar, aku pulak nak sangat mengajar dia main gitar, jadi bila dia beli gitar ni aku yang bg spec dia.. mahal tak mahal sekali dengan beg RM 590.00 Hybrid gitar, maknanya boleh main unplugged dan main cucuk plug.. somewhere di sekitar bandar KK dia beli. guitar ni best kalu struming.. tapi aku dah tukar tali gitar karen









Ini yang terbaru, bagi tujuan menjaga imej penulis juga, marilah kita sama sama beranggapan gitar ni berharga sekitar RM2000+-..
Sound kering sbb pickup cikai, tapi body ringan sikit, mungkin sbb ada lubang kot..pickup licensed by floyd rose.




0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts