"Ayuk mancing kita",..
Aku dah stop memancing.. memancing bukan pasal tangkap ikan pada aku, memancing seluruhnya bermakna being close to my late brother Allahyarham Yong.. aku geli pegang cacing, potong katak dan macam lagi.. tapi aku hepi setiap kali keluar memancing. Sebab aku dapat keluar dengan dia, meneroka dunia kanak2 kami.. Adik ku mmg sangat minat dengan apa2 aktiviti memancing.. walaupun dengan budget yang low kami tetap memancing.. akhir2 ini, (3-4 bulan sebelum dia pergi, kami kerap keluar memancing sekitar dengkil, banting, kajang, bangi .. putrajaya) lari bila nampak kereta polis ( sbb memancing di putrajaya tak boleh) ada kalanya kami keluar dalam pukul 11 malam, pegi ke tasik lombong di puchong perdana.. Hairannya tiada seekor ikan pun yang kami dapat.. aku tak kisah pun x dapat ikan, yang penting aku dapat keluar berdua dengan adik ku, release tension dari masalah rumah, ofis, dunia.. tapi adik aku selalu mengeluh, kenapa ikan tak penah sangkut. walhal umpan dah bermacam macam, umpan yang sama kami pakai masa di kampung, tapi tak dapat menarik walau seekor ikan pun di sini, kemudian pakai umpan yang dibeli, direkomen oleh kawan kawan kaki pancing lain.. pun tak laku..
kemudian aku tersedar.. itulah petanda yang adik aku sudah tiada rezekinya di dunia ni kerana semakin hampir dengan waktunya..
I miss U bro.. aku ndak mintak untuk lama di dunia, tp bukan meminta untuk mati kerna mendoakan kematian itu haram hukumnya.. Dunia dan isinya hampir kosong bila mana half of my soul are gone forever.. Doa ku, agar kematian bukan penamat, kematian sendiri cuma sebahagian dari proses kehidupan, di sana nanti aku harapan ku hubungan adik beradik, ibu bapa tak kan putus selamanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kecik dulu aku kerapkali dimomokkan dengan perkataaan pengait, yang tidak jelas maksud dan samar kewujudannya.. tapi tidak pada masa itu. D...
-
German di Berlin (ANTARA News)- Sebuat syarikat di German telah memecat seorang pekerjanya hanya kerana dia didapati mencuri elektrik ber ni...
-
Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian. Kedua-dua belah otak manusia berfungsi secara bersilang yang mana otak kanan berfungsi terhadap...
-
12 : 30p.m : Kesemua anak penumpang maut- Awani 12 : 30p.m : Putin sedang berbincang kejadian nahas dengan Obama- RIA 12 : 25p.m : ...
-
Jom kita buat ujian untuk mengenalpasti anda cenderung kepada otak belah mana. Sebut satu persatu warna dalam gambar ni; Jika anda membaca ...
-
Hey guys, I found this useful directories.. credit to agrizlife Do you want to submit your article in directories to get better backlinks? ...
-
"Syarikat penerbangan Malaysia mengadakan penerbangan dari Amsterdam - Kuala Lumpur berjarak 50 batu sebelum memasuki ruang udara Rusia...
-
Sedih berbaur kasihan melihat gambar ini. Entah apa sebabnya si ibu dibunuh dengan kejam yang turut mengorbankan sang bayi. Apa daya seorang...
0 Membangkang:
Post a Comment