Bonus Raya 2014

0 Membangkang


Setelah hampir pasrah kakitangan awam menunggu, Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan iaitu Bonus Raya 2014 sebagai persiapan lebaran pada tahun ini. Bonus sebanyak RM500 itu walaubagaimanapun hanya dibayar kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54 sahaja. Tidak dilupakan kepada 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250. Untuk rekod, tahun lepas bonus raya yang dibayar kerajaan adalah setengah bulan gaji

"Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat mulai 15 Julai ini. Bayaran bonus penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta," menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pada itu kerajaan negeri Selangor turut mengumumkan pemberian bonus raya sebanyak satu bulan gaji untuk aidilfitri tahun ini.  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selanogr telah memutuskan bersetuju untuk memberikan bonus raya itu kepada kakitangan kerajaan Selangor bagi membantu penjawat awam Selangor membuat persediaan lebih awal.

0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts