Lee Chong Wei Juarai All England 2011

0 Membangkang
Lee Chong Wei menjuarai  All England 2011 dengan bergaya menewaskan musuh tradisi Lin Dan dengan mata 21-17, 21-17 straight set. Lee Chong wei bermula garang tanpa membenarkan Lin Dan memintas mata yang dipungut olehnya.

Lin Dan hanya dapat menyamakan kedudukan 17-17 pada set ke dua sebelum Chong Wei menghabiskan sisa perlawanan tanpa menoleh ke belakang lagi. Jika dinilai boleh dikatakan ini adalah aksi terbaik Chong Wei dalam perlawanan Chong Wei - Lin Dan dan menjadikan jurang kemenangan Lin Dan ke atas Chong Wei semakin hampir 15-8. Lebih membanggakan Chong Wei berjaya mendapatkan mata mata perlawanan dengan begitu bergaya yang jelas membuatkan Lin Dan terpaku tanpa sempat membalas pukulan.

Syabas Chong Wei, kemenangan ini paling diingati kerana banyak faktor; menang straight set, ke atas Lin Dan, ALL ENGLAND, dan menidakkan peluang Lin Dan untuk mengumpul koleksi ke lima All England.

0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts