Pengalaman Astral Projection aku

4 Membangkang
Semalam selepas beberapa kali berlatih untuk membuat astral projection, akhirnya membuahkan 'hasil'.

Teknik memanjat tali tak boleh jalan, sbb otak logic ku sentiasa berfikir. Kemudiannya lagi aku try fokus kepada cakra jantung dan solar plexus. pun tak boleh.

(Sebenarnya aku tak suka kaitkan cakra dengan spriritual. Cakra tu bahasa sanskrit sebab meditasi yang berkembang banyak pada hari ini adalah dari cabang hindu. Ramai tak tau meditasi ni jugak diamal oleh banyak bangsa dan budaya. Nusantara pun boleh tahan, cuba google tengok frasa meraga sukma. Ini semua meditasi jugak, budak2 silat yang bertapa behari hari tu pun jenis2 meditasi jugak. Pekataaan meditasi ni pun aku tak suka pakai sebenarnya. Boleh kata bertafakur kalau dalam bahasa melayu tapi kan selalu tafakur tu diisi dengan zikrullah dan membesarkan Allah jadi kalau nak gantikan dengan tafakur nampak tak sesuai pulak.)panjang gila ayat dalam kurungan cam ni mak ai.

Astral projection ni aku buat kat ofis je time rehat pukul 1pm. Berhari hari  buat tak pernah serius, cuma sekadar mencuba. Dah terbaring kat port tidur tu, terfikir la pulak untuk mencuba. Tapi tak pernah so serius untuk fokus atau berharap ia terjadi, selalunya terus tertidur, dan bangun tanpa rasa kecewa sbb tak jadi, kalau tak dapat tidur itu aku frust.

Nak dijadikan cerita, lagi 20 minit nak ke pukul satu aku terjaga dan macam biasa kena sleep paralysis, tapi kali ni aku tak gabra lagi dah macam yang sebelum ni beribu2 kali kena sleep paralysis. Aku biarkan diri dalam keadaan lumpuh sedar tu. Fokus ke tak semena mena ke pintu bilik port aku tidur tu, Dalam kurang dari 15 saat aku dalam tubuh astral ku berjaya keluar dari bilik tu menuju ku bilik sebelah yang di diami oleh staff lain. Aku boleh lihat diorang berbual sambil begelak ketawa, ye la time rehat. Kemudian aku teruskan ke partition lain tempat kawan kawan aku duduk, semua kosong agakny a sebab diorang keluar makan. Dalam tengah melayang layang dengan tubuh astral tu aku rasa tiba tiba disedut oleh seseorang pegawai yang boleh nampak pulak aku, dia sergah buat apa ngintai orang ni, sambil pegang kaki kanan aku..

Aku tak le gabra sangant kerana pegawai ni bukan direct pegawai atasan aku kalau dalam realiti, tapi aku pelik kan ini astral projection, tak patut dia boleh nampak aku. Rimas tak boleh bergerak ke mana2 aku terus niatkan balik ke tubuh asal yang tengah terbaring di port tidur tu, Bila bangun aku rasa puas dan tegelak sorang2, rasa mcm tak percaya benda tak logik  boleh jadi.

Nanti aku huraikan alasan skeptik pasal ni

4 Membangkang:

bro..best story ko..aku masih mencuba..tolong la sket tips

11 December 2014 at 10:21 comment-delete

Saya dan keluarga saya pulangkan semua kepunyaan kamu selama lamanya

18 November 2017 at 10:21 comment-delete

Saya dan keluarga saya pulangkan semua kepunyaan kamu selama lamanya

18 November 2017 at 10:22 comment-delete

Asal x terbang pg disneyland?..pg paris ker?..huhuhu

12 July 2019 at 18:55 comment-delete
Post a Comment

Popular Posts