Jari Jemari
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda
yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke
hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima
waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada
jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja
akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah
fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti
bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada
rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar
pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia
remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya
disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak
terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini
sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan
taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan
mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan
Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu
namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di
peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti
dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun,
anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau"
yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu
iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas
terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.
Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan
esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari
ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.
Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil
sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea
bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan
kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu
dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau
cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan
lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang
berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh
berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu
jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu .
Renung dan
fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Comel tak kanak kanak perempuan ni. Kalau google nama dia memang lagi banyak gambar yang comel2 keluar, ramai yang mengatakan dia adalah kan...
-
Salah satu kepercayaan suku di Tibet, selepas mati tubuh sudah tidak bererti dan harus dikembalikan kepada alam semulajadi untuk mendapat l...
-
Ujian Otak Kiri Dan Otak Kanan. Setiap individu cenderung menggunakan samada otak kanan atau kiri. Ini adalah ujian ringkas untuk mengetah...
-
Kecik dulu aku kerapkali dimomokkan dengan perkataaan pengait, yang tidak jelas maksud dan samar kewujudannya.. tapi tidak pada masa itu. D...
-
12 : 30p.m : Kesemua anak penumpang maut- Awani 12 : 30p.m : Putin sedang berbincang kejadian nahas dengan Obama- RIA 12 : 25p.m : ...
-
Petang ni aku dikejutkan dengan ketukan di grill pintu bertalu - talu. Serentak dengan pintu gril jiran sebelah menyebelahku jugak. Bila aku...
-
Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian. Kedua-dua belah otak manusia berfungsi secara bersilang yang mana otak kanan berfungsi terhadap...
-
Jom kita buat ujian untuk mengenalpasti anda cenderung kepada otak belah mana. Sebut satu persatu warna dalam gambar ni; Jika anda membaca ...
-
Lagu cuti sekolah yang paling meninggalkan kesan paling dalam pada diriku dan adik beradik lain... Hatiku riang bersama ayah keliling kota a...
-
Hey guys, I found this useful directories.. credit to agrizlife Do you want to submit your article in directories to get better backlinks? ...
0 Membangkang:
Post a Comment