Dua minggu lepas aku ke Jerlun untuk bertugas sebagai Petugas Pameran sempena Karnival Usahawan Neveri Kedah 2011. Ni buat kat tempat Datuk Mukhriz. Ini kali ke dua aku pijak Kedah selepas habis belajar dari UUM tahun 2004. Tapi kali ni aku tak sempat nak ke Sintok. Takde bajet
Aku pegi dengan duit di poket ada RM16 je.. punya la kesian. Tapi sebab nak claim mileage untuk outstation ni aku bawak jugak kereta sendiri. Kalau tumpang kawan alamatnya tak dapat lah nak claim.
Minyak dan tol cukup cukup je.
Aku sewa motel kat Shahab Perdana. Ina D'sukma Motel. Sebab lain tempat tak boleh masuk selagi tak bayar deposit. Jadi tempat ni je lah yang layak untuk aku. Deposit RM 10, bayar masa check out..
Oklah aku pun check out hari gaji.. selesai masalah penginapan. Tp sesuai dengan harga motel ni yang kelas ayam, memang banyak kesakithatian yang berlaku di sini. Malam pertama aku nak tido aku bunuh 11 ekor nyamuk sebelum tutup lampu nak tido. Minta kat penjaga dia boleh jawab,
" kat sini nyamuk memang banyak, kalau kita sembur ubat pun kat luar lagi banyak. Tak kan habis. pasang je lah kipas", katanya penuh sopan.
Aku pun terima hakikat kerana ni je bajet yang aku ada time tu.. Nak masuk bilik mandi, singki penuh dengan muntah / sisa makanan. tak dibersihkan sampai lah hari aku check out.
Masuk bilik mandi lagi lah banyak nyamuk. Kat atas lantai ada pisau dapur panjang 6 inci, dah berkarat terbiar di sudut kolah. Dekat sangat dengan ibu jari kalau aku duduk mencangkung mandi bogel.
Tuala pulak nipis sangat. Tuala anak aku pun lagi tebal dari tuala dia. Dan yang best tuala tak tukar sampai 4 hari..
Best sungguh pengalaman selama menginap di sini. Aku bukan komplen. sekali lagi, AKU BUKAN KOMPLEN, aku nak share je pengalaman. Sebab aku bayar RM30 je semalam.. memang padanlah dengan nilai dia. lain lah kalau kat KK RM 30 tu boleh la di kategori kan sebagai bilik tidur.. cuma banyak ayam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kecik dulu aku kerapkali dimomokkan dengan perkataaan pengait, yang tidak jelas maksud dan samar kewujudannya.. tapi tidak pada masa itu. D...
-
Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian. Kedua-dua belah otak manusia berfungsi secara bersilang yang mana otak kanan berfungsi terhadap...
-
Jom kita buat ujian untuk mengenalpasti anda cenderung kepada otak belah mana. Sebut satu persatu warna dalam gambar ni; Jika anda membaca ...
-
12 : 30p.m : Kesemua anak penumpang maut- Awani 12 : 30p.m : Putin sedang berbincang kejadian nahas dengan Obama- RIA 12 : 25p.m : ...
-
Comel tak kanak kanak perempuan ni. Kalau google nama dia memang lagi banyak gambar yang comel2 keluar, ramai yang mengatakan dia adalah kan...
-
Hey guys, I found this useful directories.. credit to agrizlife Do you want to submit your article in directories to get better backlinks? ...
-
Lagu cuti sekolah yang paling meninggalkan kesan paling dalam pada diriku dan adik beradik lain... Hatiku riang bersama ayah keliling kota a...
-
Nazca Lines yang terletak di Peru dalam Negeri Pampa. Ia merupakan garis garis kuno yang dibuat lebih 2000 tahun dahulu dan kekal terpelihar...
-
Salah satu kepercayaan suku di Tibet, selepas mati tubuh sudah tidak bererti dan harus dikembalikan kepada alam semulajadi untuk mendapat l...
0 Membangkang:
Post a Comment