Dari JB ke KK pulak

0 Membangkang
Lepas balik dari program Misti Johor tempo hari aku balik semula ke Putrajaya untuk sehari sebelum berlepas pulak ke Kota Kinabalu pada lusa hari.. Bestnya jalan jalan kalau ada sponsor ni, anyway ini bukan sponsor sbenarnya tapi ada tugas sedikit.

Hampir terlewat untuk check in penerbangan nasib baik macha tu jenis yang baik hati dan jinak. Aku dapat seat no 1C tapi silap masuk dari ekor pesawat, dah jadi macam orang bodoh nak tembus ke seat paling depan pesawat. Untungnya, makhluk yang duduk bersebelahan dengan aku bukan public sembarangan, tapi org media atau tepatnya lagi produser dan jurukamera untuk RTM, diorang datang ke KK untuk menjalankan audition rancangan Adik-adikku di RTM1, di Labuan, KK dan last sekali Kuching.. Norazman dan Muhamad Ivin, aku nak tengok nama dorang esok kat program tv1. Ruparupanya orang kuat belakang tabir ni pun orang biasa macam aku dan kanak2 kanak lain, bercerita, belagak hebat, memandai2, takut2 nak tanya, mengumpat, tak puas hati dengan orang yang sama, kutuk boss, kutuk kutuk kerajaan takde pulak, ni contoh yang bagus!!

Di KK aku memilih untuk menginap di hotel bajet di Kg Air, masa mula mula member tu nak dropkan aku kat kg air aku ingatkan dia nak bawak aku pg ceruk kampung mana. rupa rupanya kg air tu letak di tengah tengah bandar kk ni.. Nama je orang sabah tapi aku jarang jejak kaki ke KK ni. Banyak hotel murah di sini, tapi langsung tak selesa, penginapan kampung yang aku survey macam tidur dalam tandas. Caj mmg la murah RM 17 tapi aku jarang tidur dengan suasana kandang babi begitu. aku pilih hotel yg up sikit dari pada tu, tidur pun selesa, bedepan pulak dengan pasar malam di situ.. satu kelainan yang pelik di KK yang tidak ada di bandar lain ialah kebanjiran pendatang dari negara jiran yang mengubah landskap dan geografi politik sabah.. berbeza dengan semenanjung di mana pendatang dan warganegara dapat dibezakan dengan matakasar, tapi di sini pendatang hampir menyerupai warganegara.. kerana mereka dilahirkan disini dan tidak nampak ada usaha dari mereka sendir untuk balik ke neraka asal mereka.. urutan dilakukan secara terbuka di taman taman bandar, dah macam kat Pattlong Beach Phuket dah aku tengok.. pelacuran juga dijalankan hampir terbuka dengan pelacur sendiri usha pelanggan tak melalui org tengah atau bapa ayam.. teruk betul la

0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts