Badminton Persahabatan KDN dan JPN (bukan laporan rasmi)

0 Membangkang
Pada hari minggu yang lalu, saya dan beberapa orang rakan terlibat dengan aktiviti yang menyihatkan di mana satu pertandingan persahabatan antara JPN Putrajaya dan KDN VVIP diadakan. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan JPN dan KDN selain menggalakkan kakitangan awam membuat aktiviti berfaedah di hujung minggu contohnya beriadah dan bermain badminton bersama majikan..


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato Seri Mahmood bin Adam tiba lebih kurang pada pukul 10.45 pagi seperti yang dijadualkan dengan disambut oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negera (selepas ini disebut sebagai KPPN), Dato Alwi Ibrahim dan urusetia JPN serta para VIP KDN lain yang tiba lebih awal.

Ditemani isteri, Dato Seri KSU meluangkan masa untuk memenuhi aktiviti yang dirancang JPN dengan penuh komitmen dan semangat kesukanan walaupun diketahui ruang dan peluang beliau terhad dek tuntutan kerja dan tanggungjawab.

Selepas sessi bergambar lebih kurang perlawanan dimulakan dengan Dato Seri KSU dan partner En Liew berbaju kuning dengan sticker 1Malaysia dipercayai pegawai dari JPAM menentang KPPN dan En Lee, seorang Pengarah salah satu bahagian di JPN. Perlawanan pertama berlangsung sengit dan meriah, penuh dengan jeritan sokongan dan kata kata semangat dari penonton kedua dua pihak dengan satu laungan yang paling diingati adalah " Dato' !!, Kembalikan zaman kegemilangan tu Dato" beberapa kali dengan pelat semacam dan kadang kadang kepayahan pelaung menyebut perkataan kegemilangan menjadi ' kegegemilannngan' hampir setiap kali cubaan laungan.. sungguh mengganggu tapi menceriakan.. Walaubagaimanapun perlawanan ini dimenangi straight game oleh Dato Seri dan partner dengan KPPN dan partner dilihat menyaingi rapat lebih lebih lagi di pusingan kedua.

Seterusnya barulah perlawanan lain antara KDN dan JPN dibuat serentak 4 perlawanan sekaligus dengan keputusan memihak kepada KDN 3-2 sesuai dengan status mereka
sebagai majikan. Penulis berpeluang bermain di perlawanan ke 7 dengan JPN dilihat menurunkan pemain pemain muda sekitar lewat 20-an dan awal 30-an. Namun tetap mendapat saingan sengit dari KDN dengan penulis sendiri diheret sehingga ke perlawanan penentuan walaupun melawan Tuan Haji dan Tuan 'sesuatu'(nama) yang sudah tentu berpangkat tinggi dan berusia hampir 60. malahan pemain JPN Khairil dan Dari sendiri kalah dengan Pemain dari KDN walaupun mereka lebih berusia.. jangan lihat dari usia tapi nilai dari pengalaman mereka, itulah kata yang kerap didodoikan sepanjang perlawanan, mujur penulis menang kalau tak dah tentu menanggung malu selama hampir 4 hari dan tak direncanakan di dalam blog.

Selepas siri beberapa lagi perlawanan yang tidak dijadualkan (untuk memenuhi slot satu jam sehingga tamat waktu sewaan dewan) barulah acara penyampaian cenderahati dilakukan dengan pemain pemain rasmi lima perlawanan mendapat goody bag dari JPN. Penulis cuba untuk memujuk urusetia dgn banyakkan bertanya " baju ada lagi tak?" beberapa kali namun urusetia tetap tidak berganjak dgn keputusan penulis tak layak dapat baju, walaupun ada kalanya penulis hampir menggesel-gesel beberapa urusetia dalam usaha merayu dan memesongkan fokus mereka.

Selepas itu majlis diteruskan dengan jamuan tengahari (Mirazy Catering). namun penulis dan beberapa kawan lain meneruskan perlawanan menentang sesama sendiri atas dasar tidak mahu membazirkan wang yang dibelanjakan untuk menyewa dewan yang ada lebih kurang setengah jam lagi berakhir, keputusannya penulis menang straight set. Hebat sungguh penulis!!

Selepas itu penulis dan rakan-rakan di Psycho oleh urusetia dengan lalu lalang sambil mengangkut peralatan seperti PA System, Kerusi Meja dan Projector di tepi gelanggang. Penulis cair dgn merelakan diri mengangkat beberapa item yang boleh tahan berat dan mengujakan.
Malahan agak melampau bila penulis dilihat naik sehingga ke belakang truck untuk mengikat peralatan yang dibawa untuk mengelakkan dari jatuh dan merugikan kerajaan persekutuan. Sambil dalam hati penulis, lagi tinggi aku naik lagi la boss perasan. Namun usaha penulis sia-sia kerana tetap jugak tidak diberi baju cenderahati oleh urusetia namun bersyukur kerana dijemput makan.. Untung dapat merasa makanan yang disediakan untuk VVIP sebuah Kementerian Kerajaan kerana menunya tentulah berbeza dari menu kenduri kahwin di kampung ataupun jamuan raya ke empat oleh jiran sebelah menyebelah.

Selepas makan lebih kurang, kerana Mirazy Catering yang dah susun sebelum penulis habis makan, penulis pun balik ke rumah kerana ada urusan lebih penting iaitu membahagiakan isteri dan ipar duai..

0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts