0 Membangkang
ada barang hilang pulak kat office, ni yang aku alergic ni, kalau ada barang hilang je mesti aku rasa semacam je...

bukannya apa, dulu dulu masa bujang dulu dah penah dah sekali barang hilang kat kampung, boleh aku pulak yang kena tuduh, siap dengan bukti bukti pulak tu.... letih betul la aku ceritanya maam ni..


Lepas STPM dulu aku pun pegi la merantau kerja kat bandar lain, tinggal kan keluarga sbb mmg macam tu kot kalau umur dah cecah 20 tahun, ingat nak berdikari lah.. masa tu aku duduk berhijrah ke sandakan, sewa rumah dekat rumah atas air kg Sim Sim jambatan 5, yang tak best nya duduk rumah dekat sini jamban dia pun direct je ke dalam air. pulak tu duduk berjiran dengan budak budak pompuan bujang kat sebelah rumah, bila mandi ke buang air kecil besar pun kita boleh tau.
..
Sbb tu la kalau sakit perut nak buang aku tahan je tunggu sampai ofis esok nya baru buang, itu kalau dapat tahan kalau tak dapat tahan caranya aku pegi dekat masjid daerah yang jaraknya lebih kurang 700 meter dari rumah.. buang air kat tandas dia dan terus sembahyang magrib & isyak kat situ la, tapi dalam seminggu 2 - 3 kali je.. bukan hari hari..
sbb tu la jugak bila ada kecurian kat masjid tu takde org lain yang kena tuduh, aku la suspek utama sbb budak budak masjid tu kata ada sorang budak jarang2 datang masjid, seminggu sekali je, tak campur org.. mata pulak liar liar tengok org masjid dengan barang dalam masjid.. mmg la aku tak campur dengan org masjid tapi mata tak lah liar macam yang dorang cakap tu, lagi satu bila time sembahyang aku jarang pakai kopiah, jadi selepas sujud atau ruku aku dongakkan kepala sikit, mungkin tu yang diorang kata mata aku liar tengok barang kat dalam masjid..

masa aku nak sembahyang lagi hari lain nya kat situ, dua org CID tangap aku masa nak ambik wudhu, nak bawak p balai pulak, soal punya soal, nasib baik imam besar masjid tu kenal atuk aku .. dia pun baru habis kursus 3 bulan kat tawau, dekat dengan kampung atuk aku, aku mmg tak heran kalau orang kenal atuk aku, dia mmg glamour sbb Orngnya penuh dengan sense of humor kalau berkawan...
Tu la yang buat aku fobia tu bila ada barang kecurian, tup tup disbbkan kita ada kat situ kita pulak kena tuduh, mmg la org cakap kalau tak salah tak payah takut, tapi yang au kita tak salah kita ngan tuhan je org lain semua tak tau...

0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts