Kesian. Tu pekataan pertama aku fikir bila orang mengutuk dan memperlecehkan Datuk Lee Chong Wei apa bila kalah pada Lin Dan. Serba salah juga jadi pemain ni. Dapat masuk final pun belum tentu orang hargai, nak menang juga baru dilambung.
Mungkin tak salah kalau peminat di Malaysia kecewa dengan Chong Wei kalau melihat kepada duit cukai yang dibayar kepada kerajaan adalah sebahagian besarnya menjadi sumber kewangan BAM untuk membiayai gaji pemain dan jurulatih serta menanggung kos lain termasuk yuran masuk bertanding. Tapi tak semua orang bayar cukai pun, yang pendapatan melebihi beberapa ribu je kena bayar, yang lain haram tak penah sekali pun kena potong.. tapi yang bayar tak kecoh pun, yang tak mampu bayar lebih lebih.
Apa yang kita paham Chong Wei jadi pemain no satu dunia kerana beliau banyak bermain dalam Superseries dan Terbuka sepanjang dua tahun kebelakangan ni, sementera Lin Dan memilih kejohanan besar sahaja, sekali gus Chong Wei mengumpul lebih mata dari Lin Dan. Bagaimanapun Lin Dan terbukti lebih hebat dan berada setingkat lebih dari Chong Wei melalui kejohanan yang melibatkan penyertaan kedua dua pemain ini.
Bukan sepenuhnya salah Chong wei bila kalah pada Lin Dan, kalau nak ikutkan Hafiz Hashim, Ariff Latif pun tidak dapat mengalahkan Lin Dan, malah lebih teruk langsung tidak berpeluang kerana sering kandas dalam pusingan awal. Tapi mereka selamat tak kena kutuk.
Kita percaya Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun bekerja keras ke arah itu, cuma adat pertandingan, yang hebat lebih layak menang.
Lin Dan mungkin dikenang sebagai Pemain hebat, tapi Chong Wei pulak dapat kumpul title dan duit kemenangan lebih dari Lin Dan. win win situation la..

0 Membangkang:
Post a Comment