Hujung minggu baru baru ni aku beserta kawan kawan bercuti sambil meninjau lubuk bisnes dekat Cameron Highland. Alang2 dah sampai sini sorang group member mengajak kami ke Gua Musang yang perjalanannya cuma mengambil masa sejam lebih je dari sini.. Dia pun org kelantan, tapi tak mengundi kat sini.. nak tolong Tok Guru berkempen kot.
Dun N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Aku berkesempatan menyibukkan diri memerhati lebih dekat persiapan calon calon yang bertanding.. tapi awal awal lagi aku nak bagi tau aku pro kpd pemerintah..
Gua Musang adalah jajahan terbesar dalam Negeri Kelantan. Panorama di sini dihiasi dengan bukit batu kapur peninggalan banjaran gunung lipat tua yang menghasilkan landskap bongkah bukit bergua. Mungkin daripada sini asalnya nama Gua Musang.. tak tau pulak cerita pasal musang tu, tak sempat bertanya.
Sampai sampai je kat Dun Galas seperti yang dijangka dan diuar-uarkan hotel dah penuh.. jadi kami ambil keputusan untuk tinggal dalam rumah sewa yang berhampiran Taman Seri Mewangi, lebih kurang begitu nama taman tu. Tak macam dalam paper kata sewa rumah sehari RM6k rupanya kat situ takde lah mahal sangat ratus2 je dalam sehari..
Gua Musang adalah jajahan terbesar dalam Negeri Kelantan. Panorama di sini dihiasi dengan bukit batu kapur peninggalan banjaran gunung lipat tua yang menghasilkan landskap bongkah bukit bergua. Mungkin daripada sini asalnya nama Gua Musang.. tak tau pulak cerita pasal musang tu, tak sempat bertanya.
Sampai sampai je kat Dun Galas seperti yang dijangka dan diuar-uarkan hotel dah penuh.. jadi kami ambil keputusan untuk tinggal dalam rumah sewa yang berhampiran Taman Seri Mewangi, lebih kurang begitu nama taman tu. Tak macam dalam paper kata sewa rumah sehari RM6k rupanya kat situ takde lah mahal sangat ratus2 je dalam sehari..
Melihat rancaknya perang poster di sini memberi pengalaman baru kepada org luar yang tak pernah lagi merasa suasana proses merayu undi di kelantan. ntah apa2 ayat.
Disini tempat tokoh tokoh politik pas memberi ceramah, aku sempat tengok ustaz diorang Mat Sabu berceramah kat sini, macam biasa penuh dengan cerita cerita panas yang tak pernah kita tahu.. peliknya org ramai setuju benar dengan ustaz ni. Aku pernah dengar cerita dia ni salah seorang pejuang Sekolah Agama Rakyat dulu, tapi anak sendiri disekolahkan kat Sekolah Kebangsaan. ntah ape2 ntah org mcm ni..
Seterusnya pulak aku pusing bangunan belakang sebab nak carik tempat kencing.( ada restoran ). Balik dari kencing tu aku tengok tempat tu penuh sikit berbanding tadi. rupanya kali ni Nurul Izzah pulak punya turn.. sedap je dengar suara dia ni, yang sempat aku paham dia kata, dalam perjalanan ke kelantan ni dia perasan ni lah jalan negeri yang paling tak standard kat semenanjung. Betul jugak, tak best langsung kalau nak pegi sini, ini sbb kerajaan pusat dengan cara kotor menyekat kemajuan dan hak rakyat Kelantan.
Tak senonoh sungguh.. begitu jugak yang terjadi pada jalan di Sabah, teruk teruk jalan cameroon ke Gua Musang ni, ada jugak jalan dua hala aku jumpa, cuba pegi tengok kat Sabah tu, jalan Ranau - KK, lagi teruk dari Gua Musang, pusing keliling Sabah 9 kali pun tak kan jumpa Tol.. Apa lah, pembahagian kekayaan tak sama rata.. sama lah jugak macam bapak si Nurul Izzah ni masa jadi Menteri Kewangan, sekarang baru pulak tunjuk simpati, hampeh! kalau dikira Hasil negeri Sabah lagi banyak yang ditarah. Tapi tempat lain pulak dibangunkan.
Pelik aku tengok nama restoran ni, KEDAI MAKAN MANA LAGI DUA. tak ke pelik tu.. tapi nampak ramai je org makan kat situ, aku tak sempat nak singgah makan, mungkin lain kali kalau ke gua musang lagi aku cuba sedaya upaya singgah sini walaupun cuma untuk kencing.
Balak balak dari hutan di Gua Musang, kaya betul tokey dia ni, teringat cerita bapak aku dulu, masa muda dulu pun dia keja kem balak. Katanya balak dulu kalau muat dalam lori cuma muat 2-3 batang je sbb saiz dia besar. tak macam balak sekarang, satu lori mau berbelas belas batang. Tak cukup besar lagi dah kena tumbang.
Aku ingat takde langsung supporter BN ni di Kelantan rupanya ada jugak.. masa ceramah malam tu ada beberapa dajal bermotor yang membawa bendera UMNO buat bising semasa lalu dekat padang ceramah PAS dengan memBLOW motor dan membunyikan hon tak tentu pasal.. dah macam watak jahat dah aku tengok.. pakcik2 kat situ pun mula lah buat kesimpulan yang kononnya budak budak tu kena bayar dan diisikan minyak motor tu pasal la sanggup.. sedap je tanpa usul.. agak-agaknya itu boleh masuk kategori fitnah tak?. mana dia pedulik..
Ni tempat penginapan press dari Metro dan BH jugak NST.. ini kalau tak ngam lapor ni senang je tempat nak cari, org time time politik ni bukan boleh duga temparature dia.. Lapor yang betul pun kalau org tak suka boleh kena belasah.
Ni tempat penginapan press dari Metro dan BH jugak NST.. ini kalau tak ngam lapor ni senang je tempat nak cari, org time time politik ni bukan boleh duga temparature dia.. Lapor yang betul pun kalau org tak suka boleh kena belasah.
KEKEJAMAN NEGERI KELANTAN
Kuala Betis Gua Musang Terbabit 10 buah keluarga miskin yang membuka kawasan dan menetap disitu.
Pada tahun 2004 mereka memohon hakmilik untuk tanah 10 seekar seorang dr Allahyarham Che Hashim Sulaima untuk dijadikan tapak rumah dan bertani.
Malangnya permohonan mereka ditolak atas alasan kononnya tanah tersebut akan dibangunkan dengan pelbagai projek yang telah dirancang oleh kerajaan negeri.
Bila mereka enggan keluar Allahyarham menggugut memaksa dan mendesak. Tanah itu tidak dibangunkan tetapi diberi kepada Ah Ching Sayur untuk tanaman kontan dan ternakan burung walit.
Salah seorang mangsa kini menetap di rumah setinggan. Keadaan sangat daif"
Fuh ini tak tau betul ke apa ni, kalau tak betul dah jadi memfitnah org yang dah meninggal ni, siap ulang ulang Allahyarham lagi..
Tak sampai 17 saat aku ambil gambar poster ni kena koyak oleh seorang mamat Pas. Marah betul dia, banyak lagi poster macam ni yang mengatakan calon pas kena tangkap khalwat. Tak senonoh betul. Tapi tak sempat nak ambik gambar. nanti tak pasal2 kena pukul orang. Diorang ni bukan betul sangat, kopiah pakai je tapi asyik nak begaduh je, sorang lawan sorang takpe, ni dia bawak satu van baru berani, macam tu gajah pun mampus.
0 Membangkang:
Post a Comment