19 Hadis Rasulullah Mengenai Wanita..

0 Membangkang
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-
sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada

jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya

seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t.
dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki
yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah
s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang
dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts