Aishah Saman Uncle Seekers

0 Membangkang
Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman akhirnya memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang, pada Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers selepas dia mendedahkan maklumat sulit beliau.

Siti Aishah menamakan Syed Abdullah Hussein sebagai defendan pertama dan bapa pengamal perubatan tradisional berkenaan, iaitu Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.


Kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 22 Disember ini.


Siti Aishah memohon perintah injunksi bagi melarang Syed Abdullah dan bapanya tidak mendedahkan sama ada secara lisan, blog, akhbar atau wakil berhubung sebarang maklumatnya.


Siti Aishah juga memohon perintah untuk melarang kedua-dua defendan menerbitkan buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog atau laman web mengenai plaintif.

Berdasarkan penyata tuntutan, Siti Aishah mendakwa pada Jun lalu, beliau ada meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantunya menangani masalah emosi yang dihadapi selepas lelaki itu memberitahu boleh mengubati dan menjalankan kaunseling.

Selepas membuat persetujuan, plaintif bersetuju menjalani rawatan itu dengan bayaran RM15,000. Bagaimanapun, Siti Aishah menamatkan rawatannya selepas berlaku perselisihan faham dengan defendan pertama.

Sumber Metro

0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts