Godzilla=Gojira, Kapal Baru Sea Sheperd!

0 Membangkang


Kapal baru Sea Shepherd, Gojira mula bertolak hari ini ke Southern Ocean dalam usaha menghalang pemburu paus Jepun menangkap mamalia itu bersama sama dengan Steve Irwin dan Bob Baker . Sea Shepherd Conservation Society, semalam, melancarkan kapal baru , Gojira, yang diambil dari nama watak filem yang sangat ditakuti di filem Jepun yang dalam bahasa Inggris dikenal sebagai Godzilla, kira-kira 11 bulan selepas bot futuristiknya, Ady Gil karam dalam pertempuran di laut lepas dengan kapal pemburu paus.

Bot sepanjang 33 meter yang didaftarkan di Australia itu memiliki saiz yang besar tanpa menjadi terlalu berat di samping cukup pantas untuk mengejar kapal pemburu paus Jepun, kata pengarah Sea Shepherd di Australia, Jeff Hansen.

“Kami tidak akan mendedahkan kelajuan maksimumnya, memadai untuk kami mengatakan kepantasannya mengatasi kapal pemburu paus.

“Bot ini akan digunakan semata-mata kerana kelajuannya,” katanya.



0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts