Hidup Tanpa Wanita!!

0 Membangkang



>HIDUP TANPA WANITA
>
>
>
>Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa
>mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari
>walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga,
>namun
>Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki
>memanggil
>ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok
>
>untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak
>lurus,
>tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak lojik kayu yang bengkok
>menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara
>yang
>ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah
>mereka dengan panduan dariNya.
>
>JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
>JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA
>
>Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka
>kepada
>Allah, zat yang kekal, itulah suisnya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN
>DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA,KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT
>
>SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.
>
>Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan
>keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak
>
>jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun women
>gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu
>kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih
>sayang
>
>Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandung-kan
>lelaki-
>lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan" lain. Tidak
>akan
>lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
>pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan
>akhlak,
>mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula
>membengkokkan.
>
>LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN
>YANG
>DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN
>SEPANDAI-PANDAI LELAKI.
>
>Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan
>kenal
>diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss
>
>telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami
>kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka
>dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati
>dan
>limpa.
>
>Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah
>kepimpinan.
>Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, PIMPINLAH DIRI SENDIRI
>DAHULU KEPADANYA. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah
>segala-galanya dibawah pimpinan kita.
>
>JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI
>SEPERTI SAYIDINA ALI.

0 Membangkang:

Post a Comment

Popular Posts